w'salam warahmatullah..
 
nak tambah sket..
 
insha ALlah kita akan buat taklimat kepada mereka2 yang bakal terlibat dalam menjayakan program ni..
 
kesimpulan kepada program di bawah ni:
 
1. Program ini dibentuk dengan konsep "ahli menyumbang tenaga, alumni mendapat hasilnya" . Selama ni, kita asyik meminta sumbangan dari ibu ayah, syarikat2 dan orang perseorangan.. tapi kali ni.. urusetia nak merayu sumbangan daripada ahli pulak.. kita nak tengok apa respon ahli terhadap rayuan ni.. (ala.. boleh laa.. ).
 
kita tahu dan faham, ahli2 semua belum lagi mempunyai lebihan wang, jadi.. kita nak merayu ahli2 menyumbang kepakaran.. menyumbang masa.. dan menyumbang tenaga..
 
amacam? sumbang tak?
 
2. Jadi, kita memerlukan tenaga sukarelawan bagi project ni, dan kat bawah ni ciri2 sumbangan dan ciri2 penyumbang..
 
kriteria penyumbang:
 
a. mampu meluangkan masa selama sekurang-kurangnya 1 jam  antara 30 May hingga 3 Jun atau 6-10 Jun, sama ada jam 10-11 pagi atau 11-12 pagi.. kami menyarankan supaya ex-maahad tahfiz menyumbang dalam Slot Cinta Quran, sementara sahabat2 yang lain boleh lah menyumbang dalam slot kedua, iaitu pada jam 11-12 tengahari (rujuk email sebelum ni)
 
b. mempunyai kepakaran dalam bidang pembikinan modul2 kem tarbiyah..
 
c. yang mempunyai kebolehan berinteraksi/ komunikasi, kerana kita perlukan tenaga untuk meng-approach surau2 target.
 
d. yang mempunyai adik beradik/ saudara mara/ sahabat2 di kawasan pilot.. promote2 la prog ni kat derang..
 
sampai sini saja ya..
 
apa2 masalah sila lah berhubung dengan anggota sepenuh masa unit ini (Radziq)..
 
wassalam
 
p/s: kalau ada sahabat2 yang free, minta tolong bantu team program ni, sebab setakat ni tenaga amatlah kurang (less then 2 full-time volunteers, err caner tu? )

kausar amin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 

A’kum….

 

Perhatian kepada semua ahli mailing list Hira’,

 

Seperti yang kita sedia maklum, Ijtima’ Mahabbah Sanawi Kali Ke-6 akan berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2005. Oleh yang demikian, saya wakil dari unit penajaan ingin ‘melancarkan’ sebuah subprogram yang harapnya dapat menampung belanjawan program tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya dan rakan2 unit penajaan yang lain amat mengharapkan kerjasama dari ahli alumni yang berkelapangan dan free mase cuti2 semester ni.kalau tak sekarang,bile lagi.ye tak;)

Kebiasaannya unit penajaan program akan meminta sumbangan melalui orang-orang perseorangan atau syarikat2.tapi untuk kali ni, kami cuba untuk membawa ALUMNI Hira’ dekat dan menyumbang kepada masyarakat, at the same time,duit masuuuk.bagaimana?meh nak citer…

Nama subprogram ni ialah PROGRAM ANAK SOLEH..bunyi menarik kan?program die lagi best.

Konsep nye gini:

 

TARIKH

Kumpulan 1 : 30 Mei 2005 hingga 3 Jun 2005

Kumpulan 2 : 6 Jun 2005 hingga 10 Jun 2005

 

 

Program Anak Soleh

Program terdiri daripada dua (2) slot setiap hari, selama lima (5) hari, dengan kapasiti masa satu jam bagi setiap slot.

 

Slot 1: Cinta Quran (Dari jam 10pg – 11 pg)

 

Di dalam slot ini, kesemua 36 peserta akan dibahagikan secara sama rata kepada 4 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan akan dikawal-selia oleh sekurang-kurangnya seorang fasilitator. Kesemua peserta akan berpeluang memperdengarkan bacaan al-Quran atau Muqaddam, bergantung kepada keupayaan pelajar. Fasilitator akan memberikan tunjuk ajar bersesuaian dengan tahap kelancaran atau keupayaan setiap peserta.

 

Slot 2: Cinta Islam (Dari jam 11 pg – 12 tgh)**

 

Slot kedua ini akan dipenuhi dengan modul-modul berikut

 

a.       Cara-cara Solat
b.      Akhlaq Muslim
c.       Sirah Nabi dan sahabat.

 

PERINCIAN KONSEP

Bilangan Surau              : 4

Surau Sasaran                          : 1. Surau Seksyen 4, Shah Alam

                                                  2. Surau Seksyen 7, Shah Alam

                                                  3. Surau Seksyen 9, Shah Alam

                                                  4. Surau Seksyen 11, Shah Alam

Bilangan Peserta/Surau             : 36 orang (18 orang peserta Tahap 1 dan 18 orang peserta Tahap 2)

Bilangan Fasilitator/Surau          : 4 orang*

Yuran Peserta                           : RM30/peserta/minggu

Masa                                        : 10.00 pagi – 12.00 tgh

 

*   Terdiri daripada ahli-ahli ALUMNI HIRA’

** Bergantung kepada modul yang telah disusun.

 

Kami menyasarkan ahli alumni yang free weekdays(mon-fri) untuk turun padang bagi menjayakan program ini. 2 jam je sehari.bila lagi kita nak menyumbang kepada masyarakat.ye tak..

 

Berkenaan dengan venue, kami mungkin akan cuba menghubungi Masjid Negeri sebagai alternative kpd surau2 yang telah dinyatakan.

 

Modul akan dibincang insha allah selewat2nye 16mei 2005.and mungkin follow up akan dibuat dalam 22 mei 2005.sbb time tu nama fasilitator2 dah confirm dan kita akan bincang sendiri modul gaya cmane kita nak wat.so,kepada sesiapa yang berkelapangan dan berminat,boleh la menghubungi kami;

  1. kausar mohd amin ([EMAIL PROTECTED]) – 012 2635678/0355197044
  2. mohd radziq jalaludin ([EMAIL PROTECTED]) – 012 9347112
  3. sarah mohd seth – 012 3999046

 

taklimat akhir bersama faci2 yang terlibat juga akan dibuat sblm program berlangsung untuk memastikan penyelarasan isi kandungan modul dan memberi kefahaman kepada faci2 mengenai apa yang perlu dilaksanakan sepanjang program.

 

apart from that, kami juga ingin mencukupkan ahli unit sponsor.so, sesiapa yang berminat untuk jadi ahli unit sponsor pun amatlah dialu2kan…sebarang pertanyaan boleh lah diajukan kepada kami seperti di atas.

 

Sebarang pendapat dari kalian juga amat kami harapkan untuk membaiki mutu dan kualiti program ini.

 

Segala kerjasama dari sume ahli alumni amatlah kami hargai. Semoga segala usaha kita diberkati olehNYA.

jazakumullahu khairan

-kausar-

unit sponsor ims6


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now_______________________________________________
Hira mailing list


"Perjuangan itu ertinya berkorban, Berkorban itu ertinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang, Demi agama dan bangsa, Inilah jalan kita
"
Tazakka


Yahoo! Mail Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke