24 JAM TERAKHIR YANG MENJADI PENENTU

Setelah sekian lama rakyat Malaysia menanti akhirnya Parlimen ke 9 dibubarkan berkuatkuasa hari Khamis 11-11-99.

Seperti dengan pilihanraya yang lalu sepanjang era Mahathir pihak UMNO/BN  akan melancarkan kempen propaganda intensif memburuk-burukkan pembangkang  dengan tujuan untuk mengelirukan para pengundi yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk kerajaan selepas pilihanraya. Rencana Raja Petra  Kamaruddin mengenai "Jabatan Taktik Kotor UMNO" (UMNO Dirty Tricks  Department) memuatkan banyak contoh-contoh propaganda UMNO/BN yang digunakan untuk tujuan ini.

Pada tahun 1986 akhbar-akhbar tempatan menyiarkan gambar-gambar pemimpin PAS  tanpa memakai kopiah, serban mahupun songkok. Tujuannya hanyalah satu yakni untuk menunjukkan PAS tidaklah "Islamik" seperti yang digambarkan.  Bersedialah untuk disajikan dengan pengisytiharan keluar dari parti-parti pembangkang oleh "ahli-ahli" yang memasuki BN.

Antara bahan-bahan yang akan digunakan oleh jentera UMNO/BN kali ini ialah
:-

* rakaman video lucah lakonan "Anwar Ibrahim" * rakaman perbualan telefon di antara "Anwar Ibrahim" dengan isteri tokoh  korporat yang telah diedit secara professional * salinan permohonan cerai "Dr. Wan Azizah"

Suatu perkara yang mesti diberi perhatian serius oleh parti-parti Alternatif  ialah saat-saat kritikal sebelum hari pembuangan undi. Kajian psikologi di  Barat menunjukkan bahwa 24 jam terakhir mempengaruhi keputusan pengundi.

Istilah yang digunakan ialah "electoral mood swing" yakni fikiran dan  keputusan terakhir pengundi dipengaruhi oleh isu-isu yang ditimbulkan dalam  masa 24 jam terakhir . Tempoh 24 jam terakhir inilah sebenarnya menentukan kemenangan atau kekalahan parti-parti dan calon-calon yang bertanding. Segala usaha parti Alternatif menyakinkan rakyat tentang perjuangan mereka  akan musnah sekiranya 24 jam terakhir ini sekali lagi dimanfaatkan oleh jentera propaganda UMNO/BN untuk melakukan operasi "turning over" terhadap pengundi.

Rakyat masih ingat lagi bagaimana penyebaran secara meluas gambar Tengku  Razaleigh memakai tanjak Kadazan dengan ukiran seakan-akan salib Kristian  dilakukan dalam tempoh 24 jam terakhir ini.  Hasilnya bilik-bilik gerakan  S46 ditutup pada hari membuang undi mengakibatkan jentera pilihanraya  Semangat 46 lumpuh sama sekali. Walaupun S46 cuba melawan "kejutan" ini dengan mengedarkan gambar Mahathir memekai tanjak serupa namun tindakbalas  ini ternyata sudah terlambat. Sejarah menjadi saksi bagaimana S46 mengalami  kekalahan teruk di luar Kelantan.

Bagaimana hendak menangani 24 jam terakhir yang kritikal ini? Apakah kita  harus menunggu tindakan UMNO/BN sebelum memikirkan strategi tindakbalas?  Menunggu musuh melakukan serangan sebelum mengorak strategi sudah pasti akan membawa padah. Bak pepatah Barat, "Offense is the best form of defense"  - Menyerang adalah pertahanan yang paling baik!

Adalah cadangkan supaya Barisan Alternatif terutamanya PAS dan keADILan memainkan rakaman ucapan-ucapan Mahathir yang menghina Rasulullah dan Islam  di semua ceramah-ceramah semasa tempoh berkempen.  Sebarkanlah  risalah-risalah ke semua rumah di seluruh pelusuk negara mengenai isu yang sama dan salinan dokumen-dokumen salahlaku UMNO/BN pada saat-saat terakhir sebelum pembuangan undi. Rancanglah strategi dan counter-strategy yang berkesan untuk menghadapi pengundi dalam tempoh 24 jam terakhir ini.

Ingat! Sesiapa yang berjaya memanfaatkan 24 jam terakhir ini dengan sebaik-baiknya akan memperolehi kemenangan, insyaAllah.

Selamat Berjuang,

Steffan Khinge & Associates

Kirim email ke