KEPUTUSAN UPSR MENINGKAT BERBANDING TAHUN LEPAS? APAKAH MUSLIHAT NAJIB AL-JANDA?

 
Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini sungguh memberangsangkan. Terdapat begitu banyak sekolah yang memperolehi peningkatan pencapaian UPSR mereka. Tambahan pula ada sekolah yang mencapai peningkatan melebihi sekali ganda. Sebuah sekolah yang sejak dari tahun 1991 yang tidak pernah meningkat pencapaian UPSR dan tidak pernah mempunyai pelajar yang mendapat 5A, kali ini mempunyai 10 orang pelajar 5A. Mungkin sekarang guru besar itu masih belum hilang kejutannya, mungkin juga untuk beberapa hari.
 
Peningkatan dan kemerosotan pencapaian sekolah-sekolah bukanlah satu perkara baru. Tetapi kali ini ramai guru besar hampir tidak percaya apabila meneliti senarai keputusan yang mereka perolehi.
 
Bertambah pelik apabila Najib Al-Janda membuat pengumuman bahawa keputusan UPSR tahun ini hanya meningkat sebanyak 1.0% sahaja. Tambahan pula bilangan pelajar yang mendapat keputusan 5A berkurangan iaitu 19,282 berbanding 21,009 pada tahun lepas.
 
Apakah muslihat disebalik keputusan yang memberangsangkan di peringkat sekolah dengan keputusan yang dianggap merosot di peringkat kebangsaan? Seperti tahun-tahun lepas, dalam pengumuman keputusan peperiksaan SPM, STPM dan PMR, Najib Al-Janda juga membuat kejutan terhadap keputusan-keputusan peperiksaan yang dipercayai ramai mempunyai muslihat-muslihat tertentu.
 
Ketika Najib Al-Janda menghadapi pencalonan untuk jawatan Naib Presiden Umno, keputusan peperiksaan SPM diumumkan sangat cemerlang. Apabila disiasat, calon-calon yang mendapat keputusan ramai yang tidak mempercayai pencapaian yang mereka perolehi. Jelas keputusan yang diumumkan ketika itu hanyalah untuk mempopularkan Najib Al-Janda untuk menang kerusi Naib Presiden.
 
Setelah ramai lepasan SPM tersebut melanjutkan pelajaran mereka dengan keputusan yang 'cemerlang' itu, hasilnya beribu-ribu yang gagal dalam peperiksaan STPM yang mereka ambil 2 tahun selepas itu. Lebih menyedihkan lagi apabila ramai pelajar-pelajar melayu yang mengikuti program-program matrikulasi, samada anjuran kerajaan atau swasta gagal meneruskan pengajian mereka ke IPT.
 
Kali ini senario berlainan sedikit. Selepas BN mengumumkan Belajawan 2000, kemudian menghentikan perbahasan mengenainya kerana membubarkan parlimen, ramai berpendapat Belanjawan 2000 itu hanyalah gula-gula kepada rakyat yang digunakan untuk memancing undi.
 
Kini keputusan UPSR juga dilihat sebagai satu lagi gimik Najib Al-Janda untuk memulihkan popularitinya selepas dilihat jauh ketinggalan dari populariti Dolah Al-BAB. Adakah Najib Al-Janda memperolehi hajatnya untuk menampilkan dirinya sebagai pemimpin umno yang popular dalam pilihanraya kali ini, tidak dapat dipastikan.
 
Apa yang dapat dijangkakan ialah kesan kepada pelajar-pelajar yang menerima keputusan UPSR tahun ini. Mungkin sekarang ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mendapat keputusan UPSR itu akan berasa lega dan seronok. Hakikatnya keputusan itu tidak melambangkan pencapaian sebenar anak-anak mereka.
 
Kesan yang akan timbul hanyalah setelah pelajar itu masuk ke sekolah menengah dan seterusnya menduduki peperiksaan PMR tiga tahun lagi! Dahulu ramai lepasan-lepasan SPM yang tertipu dengan pencapai mereka. Apakah agenda Najib kali ini dengan mengorbankan lepasan-lepasan UPSR akan menjadi pula?
 
Untuk membuktikan pandangan ini, sila kumpulkan semua keputusan sekolah-sekolah yang memperolehi pencapaian yang 'mengajaibkan' ini dan bandingkan dengan keputusan yang akan mereka perolehi pada tahun 2000 kelak. Percayalah, keputusan itu akan kembali kepada keadaan asal, yakni dalam lingkungan peratusan tahun 1998 dan 1997.
 
 
JANGAN TERTIPU DENGAN BN LAGI
UNDILAH PARTI-PARTI ALTERNATIF
 

blue.gif

Kirim email ke