*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


                        Jawatan

                        KETUA PERGERAKAN PEMUDA PUSAT

                        Latarbelakang:

                        Mohamad Ezam Mohd Nor muncul sebagai tokoh muda paling
                        kontroversi dalam gerakan reformasi apabila dakwaan
beliau
                        bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor
                        bertanggungjawab memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
                        disahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja lima bulan
selepas
                        itu.

                        Mendapat pendidikan awal di Sekolah rendah Salak Selatan
 dan
                        kemudiannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur, Ezam
muncul
                        sebagai salah seorang pelajar terbaik apabila
memperolehi 8A
                        dalam peperiksaan SRPnya. Beliau meneruskan
kecemerlangan
                        akademiknya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
selepas itu
                        sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.

                        Selepas memperolehi pengajian peringkat tingginya, Ezam
                        meneruskan kerjaya dalam bidang keilmuan dengan
menyertai
                        Institut Kajian Dasar (IKD) sebagai pegawai penyelidik
dan
                        mendaki tangga kerjayanya dengan cemerlang sehingga
dilantik
                        ke kerusi Timbalan Pengarah.

                        Pada tahun 1994 disemarakkan dengan semangat dan
idealisma
                        perjuangan datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melakukan
                        reformasi total dalam semua aspek kehidupan bagi
melahirkan
                        mesyarakat Malaysia yang lebih dinamik, insani tetapi
pada
                        masa yang sama bersifat global, Ezam mengambil keputusan
                        untuk menyertai politik dan memilih UMNO sebagai
platform
                        perjuangannya. Dengan latarbelakang keluarganya yang
terdiri
                        daripada aktivis UMNO, Ezam dengan mudah menyesuaikan
diri
                        dengan dunia politik dan beliau kemudiannya terpilih
untuk
                        mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan.

                        Pada 1 November 1996, Ezam yang masih muda dan sedang
                        dalam proses mendalami ilmu politik tempatan, beliau
telah
                        dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar di
                        Kementerian Kewangan. Dari situ beliau dengan pantas
sekali
                        mempelajari sistem politik negara dan pentadbiran negara
 - kali
                        ini secara langsung daripada orang yang berada di kerusi
 nombor
                        dua pentadbiran kerajaan.

                        Dua tahun kemudian beliau memenagi jawatan Timbalan
Ketua
                        Bahagian pada usia 31 tahun dan mencatat sejarah sebagai
                        penyandang jawatan tersebut yang termuda di Malaysia
                        sehinggalah saat dipecat dari UMNO oleh Dr Mahathir pada
                        tahun 1998.

                        Selepas Datuk Seri Anwar ditahan dibawah ISA, Ezam
                        meneruskan gerakan reformasi dari luar negara dengan
                        tugas-tugas diplomasi selama hampir enam bulan di
Jakarta dan
                        seluruh negara ASEAN sebelum mengambil keputusan untuk
                        kembali ke tanahair untuk mengetuai Pergerakan Pemuda
                        keADILan.n



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke