*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petikan tarbiah oleh Syeikh Ashaari Muhammad

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya MAZMUMMAH di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia :

1.    Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam 
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya 
tidak terang.

2.    Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. 
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta 
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang 
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.    Hasad dengki - amalnya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia 
memiliki sifat ketuhanan.

4.    Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, 
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada 
duit.
**    Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang 
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi 
manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui 
makhluk.

5.    Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan 
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.
**    Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau 
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh 
dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki 
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.    Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar 
apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7.    Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak 
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir 
mahupun batin.

8.    Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk 
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan 
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9.    Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila 
sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal 
hati jangan diletakkan pada harta itu.
**    Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat 
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati 
dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat 
dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan 
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin 
tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap 
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan 
bahagia jua akhirnya.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke