*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
>Date: Tue, 15 Feb 2000 18:39:35 PST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petikan tarbiah oleh Syeikh Ashaari Muhammad

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya MAZMUMMAH di
dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia :

1.    Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati 
tentunya tidak terang.

2.    Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas
dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau 
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena 
sakit jantung.

3.    Hasad dengki - amalnya hangus akibat hasad dengkinya itu
kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.    Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih 
mengatakan ia
tiada duit.
**    Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu 
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah 
beri melalui makhluk.

5.    Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.
**    Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai
atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum 
boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah 
rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.    Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7.    Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut 
zahirmahupun batin.

8.    Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang
untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia 
akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9.    Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita
kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa 
tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.
**    Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas"
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu 
di hatidan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan 
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. 
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya
tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan 
akan bahagia jua akhirnya.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>


Assalamualaikum...

Di sini saya minta maaf kerana ada sedikit kesilapan( typing error saja) 
pada artikel saya di atas iaitu mazmummah no.3. iaitu "kerana ia memiliki 
sifat ketuhanan" itu sepatutnya diletakkan di di bawah mazmummah no. 7 iaitu 
sifat ego...Maaf atas kelemahan saya sebagai manusia hanya menyampaikan apa 
yang patut untuk dikongsi bersama.

Wassalam
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke