*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamulaikum ,

Hamid Othman dakwa perjuangan UMNO sangat islamik ... 

Home News - 29/03/2000
     
Sekular: Hamid jawab dakwaan Nik Aziz
KUALA LUMPUR 28 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr. Abdul 
Hamid Othman hari ini menjawab kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz 
Nik Mat semalam berhubung UMNO yang didakwa membawa fahaman sekular.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian semasa menyifatkan usaha raja-raja 
untuk menyelesaikan konflik perpecahan di kalangan orang Melayu sebagai
tindakan 
mencampuri urusan politik di negara ini.

Berikut ialah kenyataan penuh daripada Dr. Abdul Hamid:

DALAM sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia pada 28 Mac 2000, Datuk Nik 
Aziz, Mursyidul Am Pas berkata bahawa UMNO membawa fahaman sekular dan ini 
bercanggah dengan Islam. Suka saya menerangkan kepada semua umat Islam dan 
rakyat Malaysia bahawa fahaman ilmiah yang dipegang oleh Nik Aziz mengenai 
sekular dan Islam adalah salah sama sekali. Yang bercanggah dengan Islam ialah 
fahaman sekularisme yakni tidak percaya kepada hari akhirat dan hisab di hari 
akhirat. Misalnya seorang berpendapat bahawa kejahatan yang dibuat di atas
dunia 
ini tidak ada balasan di akhirat. Kalau terlepas daripada tindakan
undang-undang 
atau hukuman maka terlepaslah orang itu daripada balasan di akhirat. Begitu
juga 
pegangan terhadap sesuatu hukum seperti hormatkan ibu bapa, adalah salah kalau 
hormat kerana kedua orang tua itu mempunyai harta ataupun sesuatu yang boleh 
dimanfaatkan, kalau tidak ada tidak perlu hormat atau taat. Ini adalah 
sekularisme yang bercanggah dengan Islam. Hormatkan ibu bapa adalah wajib, 
sekiranya sesiapa tidak patuh kepada ibu bapa, dia dikira berdosa dengan
balasan 
azab di akhirat. Fahaman seperti ini adalah contoh sekularisme.
Adapun sekular adalah perkataan Inggeris bererti duniawi. Di dalam Islam
hal-hal 
duniawi tidak dilarang kecuali yang haram di sisi syarak, bahkan Islam menyuruh 
kita mencapai kesejahteraan duniawi seperti semasa kita berdoa terdapat 
perkataan Hassanah Fid Dunya, malah mencari kesejahteraan di dunia ini disuruh 
oleh Islam untuk mencapai kesejahteraan di akhirat.
Di dalam istilah agama bermaksud berdosa kalau tidak dijalankan Hassanah Fid 
Dunya atau tidak berusaha menjalankannya, malah akan diberi pahala kalau 
berusaha menjalankannya. Pahala lebih besar kalau berjaya.
UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional berusaha mempertingkatkan pencapaian hidup 
rakyat dalam Hassanah Fid Dunya ini. Inilah perjuangan UMNO tetapi perkara ini 
tidak menjadi perjuangan Pas. Maka dengan ini teranglah Pas tidak Islamik malah 
menolak sebahagian daripada tuntutan Islam dan perjuangan UMNO sangat Islamik.
Saya tidak fikir Nik Aziz tidak faham dengan apa yang saya terangkan ini,
tetapi 
oleh kerana kepentingan politik dan menghormati komponen Barisan Alternatif, 
beliau terpaksa bercakap bercanggah dengan hakikat ilmu yang beliau sendiri 
belajar. Saya harap janganlah lagi ada orang keliru dengan perkataan sekular 
yakni duniawi, kalau keliru sehingga menolak kepentingan duniawi maka
sia-sialah 
doa yang kita baca hari-hari mengenai Hassanah Fid Dunya.


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (Annuar Ramly)

Kirim email ke