*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.

Dalam keadaan seperti hari ini, seorang yang masih merasa dirinya Islam 
pasti tidak akan mengakui yang mereka sekular.  Oleh itu mereka akan mencari 
takrif sekular yang menepati citarasa mereka.  Memang melucukan seorang 
bekas pensyarah IPTA, dengan PhD ditangan dan sepatutnya puluhan kalau 
takpun ratusan buku berkaitan agama dalam jangkauan, masih gagal memberi 
takrif sekular dalam bahasa yang diterima oleh orang ramai.  Memang dari 
segi terjemahan secular itu duniawi, tapi dari segi makna istilah 
sekularisme, kalau ikut bahasa pasar, "agama tidak diperlukan dalam urusan 
dunia".  Sedangkan Islam itu sempurna merangkumi segala urusan dunia dan 
pastinya juga akhirat.

Mungkin menarik juga kalau beliau dapat menjelaskan maksud "Hassanah
Fid Dunya" mengikut kefahaman beliau.




-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, 28 March, 2000 11:06 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Definasi sekular.... Hamid Othman



  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamulaikum ,

Hamid Othman dakwa perjuangan UMNO sangat islamik ...

Home News - 29/03/2000

Sekular: Hamid jawab dakwaan Nik Aziz
KUALA LUMPUR 28 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Dr.
Abdul
Hamid Othman hari ini menjawab kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul
Aziz
Nik Mat semalam berhubung UMNO yang didakwa membawa fahaman sekular.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian semasa menyifatkan usaha
raja-raja
untuk menyelesaikan konflik perpecahan di kalangan orang Melayu sebagai
tindakan
mencampuri urusan politik di negara ini.

Berikut ialah kenyataan penuh daripada Dr. Abdul Hamid:

DALAM sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia pada 28 Mac 2000, Datuk Nik
Aziz, Mursyidul Am Pas berkata bahawa UMNO membawa fahaman sekular dan ini
bercanggah dengan Islam. Suka saya menerangkan kepada semua umat Islam dan
rakyat Malaysia bahawa fahaman ilmiah yang dipegang oleh Nik Aziz mengenai
sekular dan Islam adalah salah sama sekali. Yang bercanggah dengan Islam
ialah
fahaman sekularisme yakni tidak percaya kepada hari akhirat dan hisab di
hari
akhirat. Misalnya seorang berpendapat bahawa kejahatan yang dibuat di atas
dunia
ini tidak ada balasan di akhirat. Kalau terlepas daripada tindakan
undang-undang
atau hukuman maka terlepaslah orang itu daripada balasan di akhirat. Begitu
juga
pegangan terhadap sesuatu hukum seperti hormatkan ibu bapa, adalah salah
kalau
hormat kerana kedua orang tua itu mempunyai harta ataupun sesuatu yang boleh

dimanfaatkan, kalau tidak ada tidak perlu hormat atau taat. Ini adalah
sekularisme yang bercanggah dengan Islam. Hormatkan ibu bapa adalah wajib,
sekiranya sesiapa tidak patuh kepada ibu bapa, dia dikira berdosa dengan
balasan
azab di akhirat. Fahaman seperti ini adalah contoh sekularisme.
Adapun sekular adalah perkataan Inggeris bererti duniawi. Di dalam Islam
hal-hal
duniawi tidak dilarang kecuali yang haram di sisi syarak, bahkan Islam
menyuruh
kita mencapai kesejahteraan duniawi seperti semasa kita berdoa terdapat
perkataan Hassanah Fid Dunya, malah mencari kesejahteraan di dunia ini
disuruh
oleh Islam untuk mencapai kesejahteraan di akhirat.
Di dalam istilah agama bermaksud berdosa kalau tidak dijalankan Hassanah Fid

Dunya atau tidak berusaha menjalankannya, malah akan diberi pahala kalau
berusaha menjalankannya. Pahala lebih besar kalau berjaya.
UMNO dalam kerajaan Barisan Nasional berusaha mempertingkatkan pencapaian
hidup
rakyat dalam Hassanah Fid Dunya ini. Inilah perjuangan UMNO tetapi perkara
ini
tidak menjadi perjuangan Pas. Maka dengan ini teranglah Pas tidak Islamik
malah
menolak sebahagian daripada tuntutan Islam dan perjuangan UMNO sangat
Islamik.
Saya tidak fikir Nik Aziz tidak faham dengan apa yang saya terangkan ini,
tetapi
oleh kerana kepentingan politik dan menghormati komponen Barisan Alternatif,

beliau terpaksa bercakap bercanggah dengan hakikat ilmu yang beliau sendiri
belajar. Saya harap janganlah lagi ada orang keliru dengan perkataan sekular

yakni duniawi, kalau keliru sehingga menolak kepentingan duniawi maka
sia-sialah
doa yang kita baca hari-hari mengenai Hassanah Fid Dunya.


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]



  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (Annuar Ramly)

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke