*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sapa nak percaya percaya, tak mau percaya pun tak apa:

"Abu Sayyaf mendapat latihan di kem MILF"

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

p.s: di bawah ini di cut & pastekan tulisan saya mengenai Abu Sayyaf untuk 
tatapan semula:

<cut>
Cerita Abu Sayyaf dan asal-usul serta matlamat perjuangan depa ini bergantung 
kepada paper mana yang hangpa baca. Kalau yang tulis itu ada sedikit semangat 
Islam dalam dada dia, dia tulis bunyimacam memihak sebelah Abu Sayyaf sikit; 
kalau yang tulis itu memang dah dijamin bulat-bulat masuk Neraka Jahannam, 
duduk dan kekal selama-lamanya di situ, maka tulisan dia memang bunyinya 
prejudis habis!!

DENGAN KATA LAIN, CERITA ABU SAYYAF YANG TERSIAR DALAM PAPER-PAPER KITA 
SEPANJANG MINGGU INI BERGANTUNG KEPADA SIAPA YANG TULIS DAN APA MATLAMAT DEPA 
TULIS!!

Contohnya:

Utusan Malaysia menulis:

"Kebanyakan anggotanya ialah pelajar-pelajar Islam yang dilatih daripada 
beberapa buah Universiti untuk memperjuangkan sebuah negara 
berasingan....Tindakan kumpulan Abu Sayyaf menuntut pembebasan Romzi Yusoef 
(mujahideen yg menjadi mastermind dalam pengebomam World Trade  Center, New 
York) yang kini sedang ditahan di penjara di Amerika Syarikat, dipercayai 
kumpulan ini  ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan militant Islam yang lain 
seperti Hamas dan Hizbullah" - UM 30/4

Berita Harian menulis:

Tidak seperti MNLF dan MILF, sejarah penubuhan kumpulan Abu Sayyaf tidak 
berapa jelas; cuma asalnya adalah pergerakan dakwah yang mirip kepada kaedah 
yang digunakan oleh kumpulan Taleban di Afghanistan" - BH 28/4

Tengok apa pula The STAR tulis:

The STAR 3/5 memetik kenyataan Ketua Polis Wilayah Sulu, Supt Casimiro Candido 
sebagaiberkata:

"The gunmen were murderers and extortionist. The main thing they are 
interested in is money"

[Terjemahan: Puak-puak Abu Sayyaf ini adalah geng pembunuh dan pemeras ugut; 
benda utama yang depa nak ialah duit!!]

HA, KALAU SUNGGUH DEPA NAK DUIT; PI LAH KUTIP SORANG SIKIT KAT NEGARA
JERMAN, FINLAND, LEBANON, MALAYSIA, FILIPINA DAN LAIN-LAIN TU. KALAU
TAK CUKUP JUGAK, BOLEH LAH KOT KITA BUAT KORSERT KHAS, PANGGIL MAI         
MICHAEL JACKSON KA SAPA-SAPA KA, BUAT DERMA KILAT!!

Seorang penganalisa politik bernama Bunn Nagara menulis dalam the STAR 30/4 
mengatakan bahawa:

"Kumpulan Abu Sayyaf ini sebenarnya sengaja diwujudkan oleh kerajaan Filipina 
semasa zaman Marcos dengan tujuan untuk menjejaskan kepercayaan dan 
kredibiliti serta keupayaan Missuari untuk memerintah Mindanao"

Betul ka tak betul ka, wallah hu aklam, tapi Utusan Malaysia 30/4 ada menulis 
bahawa kumpulan Abu Sayyaf ini asalnya adalah kumpulan yang berpecah daripada 
MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari; kumpulan ini asalnya dipimpin oleh Abdul 
Rajak Janjalani yang mendapat latihan di Libya, dan pengikut-pengikutnya pula 
ramai yang pernah turun berjuang bersama-sama dengan angkatan Mujahideen di 
Afghanistan!!

Bercakap pasal Abdul Rajak Janjalani, saya terbaca dalam Berita Harian 28/4, 
satu cerita daripada seorang wartawan BH yang pernah bertemu dan bersemuka 
dengan Abdul Rajak ini di sebuah pulau di Selatan Filipina pada tahun 1997. 
Tulis wartawan ini mengenai perwatakan Abdul Rajak:

"Raut mukanya lembut, senang didampingi, amat peramah, penuh sopan santun 
dengan TASBIH sentiasa di tangan"

Apabila ditanya mengenai Poster gambar-gambar beliau "WANTED DEAD OR ALIVE" -
dikehendaki hidup atau mati, yang ditampal di merata-rata tempat di selatan 
Filipina, Abdul Rajak dengan tenang berkata:

"Ini perjuangan suci....satu jihad. Jika saya mati, saya akan mati sebagai 
syuhada dan pasti akan muncul daripada kumpulan kami seorang pengganti yang 
akan terus menjulang bendera perjuangan"

BELIAU AKHIRNYA GUGUR SYAHID DI AKHIR TAHUN 1998 DALAM SATU SERANG HENDAP OLEH 
PIHAK KUFFAR FILIPINA LAKNATULLAH!!!

Kepimpinan Abu Sayyaf kemudiannya dipimpin oleh adik beliau yang menggunakan 
nama Khadafy Janjalani, mengambil sempenan nama Muammar Gaddafi pemimpin Libya 
yang banyak membantu mereka.
<cut>


Subject: H-Net* THE REAL STORY BEHIND THE KIDNAPPING
   
dan cuba kita lihat k3ebenaran dakwaan ini.  Maaf kalau dah ada yang baca 
artikel ni atau pernah disiarkan dalam hnet.


>From: "NORLIZA Date: Mon, 15 May 2000 10:46:01 +0800
>
>
>I have always wondered what really happened because I have become
>suspicious of the news from the beginning.
>
> >>> IZHAM ROSLI 05/15 10:23 AM >>>
>THE REAL STORY BEHIND THE KIDNAPPING IN SIPADAN AND ABU SAYYAF


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke