*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pembaca Yang Budiman,

Terdapat satu reaksi terhadap penulisan saya berkenaan dengan
satu ayat dalam Bible (Gospel), ..

(Markus 11:12), Gospel menggambarkan
> bahawa ada seketika Jesus *kurang siuman* kerana melaknat pohon
> ara: " Pada keesokan harinya sesudah Jesus dan kedua belas 
> muridNya meninggalkan Batania, Jesus merasa lapar. Dan dari jauh
> Ia melihat pohon ara yang sudah berdaun. Ia mendekatinya untuk
> melihat kalau-kalau ia mendapat apa-apa pada pohon itu. Tetapi
> waktu Ia tiba di situ. Ia tidak mendapat apa-apa selain daun-daun
> saja, SEBAB MEMANG BUKAN MUSIM BUAH ARA. Maka kataNya kepada pohon
> itu: _'Jangan lagi seorangpun makan buahmu selama-lamanya'_

Seorang yang bernama Lee Chai Peng menjawab bagi pihak Kristian:

>Saya memang tahu akan perkara Jesus 'melaknat' pohon ara di 
>Matius 11:12 itu dan pada masa dahulu saya pun merasa hairan 
>membaca tentang perbuatannya yang pelik itu.Tetapi selepas 
>mengkaji dengan lebih mendalam saya terdapat penjelasan yang 
>memuaskan mengenaiinya. Pohon ara sering kali digunakan untuk
>membayangkan negara atau bangsa Yahudi.Dalam peristiwa ini 
>jesus mengutuk pohon yang tidak berbuah itu untuk menunjukkan 
>kepada orang Yahudi dan pengikutnya bahawa Tuhan tidak berpuas 
>hati dengan mereka sebab kelakuan (hasil buah kerepercayan) 
>mereka itu tidak memuaskan walaupun mereka banyak lakukan
>istiadat-istiadat agama mereka sebab mereka telah menolak Jesus 
>sebagai Al-Masehi yang diutuskan Tuhan.Namun ajal mereka jika 
>tidak bertaubat ialah dikutuk oleh Tuhan seperti pohon ara itu.

Sekarang saya akan menjawab bagi pihak Islam. Saya memetik bahagian
ini untuk mempersoalkan adalah benar jawapan Lee Chai Peng 
merupakan "penjelasan yang memuaskan" bagi pihak Kristian?

Sebelum saya membuat komen terhadap ulasan Lee Chai Peng di atas,
saya akan memperkatakan sekali lagi tentang ayat Markus 11:12.
(1) Jesus merasa lapar (2) Dia mahu makan buah ara (3) Dia tahu
itu BUKAN musim buah ara berbuah (4) Jesus melihat pohon ara
dari jauh (5)dia mendekatinya KALAU-KALAU ada buah ara pada pohon 
itu (6)apabila Jesus mendapati tiada buah ara pada pohon itu, dia
melaknat pohon itu dengan kata-kata "jangan lagi seorangpun makan
buahmu SELAMA-LAMAnya."

Jelaslah Markus 11:12 menunjukkan bahawa Jesus bukan Tuhan Yang Maha
Mengetahui (omniscience). Dia mendekati pohon ara untuk makan
KERANA DIA LAPAR, itu jelas terdapat dalam ayat Markus 11:21, dan
saya sebagai orang Islam tidak memutarbelitkan kitab suci orang
Kristian. Apabila Jesus kecewa kerana tidak dapat MAKAN buah ara,
dia melaknat pohon itu ..bolehlah kita kata *orang gila* yang marah
pada pohon yang tidak ada buah. Bagi kami orang Islam, kami percaya
Jesus adalah seorang nabi dan dia bukan gila. Oleh kerana terdapat
satu ayat seperti Markus 11:21, yang menghina Jesus, maka ia
menjadi bukti bahawa ayat Markus 11:21 adalah satu riwayat yang
palsu. Dengan itu kitab suci Kristian bukan berasal daripada Tuhan.

Lee Chai Peng berkata:
>Pohon ara sering kali digunakan untuk membayangkan negara atau 
>bangsa Yahudi

Kita jawab. Oleh kerana orang Kristian merasa binggung dengan 
makna ayat Markus 11:12, maka mereka mencari alasan untuk 
mempertahankan Bible. Selain ayat ini, terdapat banyak lagi
ayat-ayat dalam Gospel (Bible) yang membinggungkan. Saya akan
huraikan di masa akan datang. Yang dikata pohon ara membayangkan
negara Yahudi atau bangsa Yahudi bukan hujah yang kukuh.

Lee berkata lagi:
>Dalam peristiwa ini jesus mengutuk pohon yang tidak berbuah 
>itu untuk menunjukkan kepada orang Yahudi dan pengikutnya bahawa 
>Tuhan tidak berpuas hati dengan mereka sebab kelakuan (hasil 
>buah kerepercayan) mereka

Inilah contoh orang Kristian sendiri mengambil ayat kitab suci
mereka "out of context", atau terpaksa memulas ayat yang jelas
mereka sendiri binggung memahaminya. Yang ketara ayat Markus 
menunjukkan Jesus adalah *gila* !! Dia lapar, apabila dia mendapati 
pohon itu tak berbuah, dia kutuk pula pohon itu. Demikian kita 
dapat faham secara literal (harfiah) ayat Markus 11:12. Bukan 
Jesus sebenarnya yang gila, tetapi orang yang menulis ayat 
Markus 11:12 itu yang tersilap.

Seterusnya Lee berkata:
>mereka banyak lakukan istiadat-istiadat agama mereka sebab 
>mereka telah menolak Jesus sebagai Al-Masehi yang diutuskan 
>Tuhan

Alasan yang tidak tepat. Ugama Yahudi mengajar bahawa Tuhan
adalah Satu. Istiadat-istiadat ugama Yahudi adalah berdasarkan
peraturan-peraturan dalam kitab Nabi Musa. Mereka menolak
Jesus kerana mereka anggap Jesus membawa satu ajaran baru
yang bercanggah dengan syariat Nabi Musa. Sebenarnya Jesus
sendiri adalah seorang Hebrew yang mengikut syariat Nabi
Musa, sebabnya ialah dia sendiri berkhatan (circumcised)
sebagai pengamal ajaran Taurat.

Berkata Lee lagi:
>Namun ajal mereka jika tidak bertaubat ialah dikutuk oleh Tuhan 
>seperti pohon ara itu.

Jawapan yang tidak logik. Lee berkata sebelum ini bahawa, "Pohon 
ara sering kali digunakan untuk membayangkan negara atau bangsa
Yahudi." Ini alasan Kristian yang tidak konsisten. Kalau dikira
Jesus melaknat "negara Yahudi", kenapa pula negara Israel wujud
dalam abad ke-21 ini ?? Perhatikan baik-baik ayat Markus 11:12
yang berbunyi.."Jangan lagi seorangpun makan buahmu selama-lamanya"
bererti sekiranya *pohon ara* itu ialah negara Yahudi, ramalan
Jesus itu TIDAK BENAR. Sekarang ini negara Yahudi (Israel) menjadi
kuat. Lagi pun dalam Markus 11:20 seterusnya terdapat kata-kata..
"pagi-pagi ketika Jesus dan murid-muridNya lewat (pohon ara yang
dilaknat itu), mereka melihat pohon ara sudah kering sampai akar-
akarnya (kerana sudah mati).."

Lihatlah ramalan Jesus yang TIDAK menjadi kenyataan !! Jika
benar pohon ara itu ialah "negara Yahudi", tentu sekali negara
Yahudi sudah lama lenyap dan TIDAK akan bangkit lagi.

Saya mahu sebut satu perkara lagi berkenaan "pokok ara" dan
hubungannya dengan negara dan bangsa Yahudi. Sebenarnya pihak
Kristian berharap "pokok ara" (Israel) menjadi sebuah negara
yang kuat. Mereka tidak mengambil kira makna ayat Markus 11:12
yang mereka sendiri binggung. Mereka mahu Israel menjadi sebuah
bangsa dan negara yang kuat. Sebab itulah mereka menyokong
negara Israel apabila berperang dengan negara-negara Arab (Islam).
Mereka cukup bimbang kalau-kalau negara-negara Arab berjaya 
menghancurkan negara Israel. Sekiranya berlaku demikian, maka 
kitab Bible mereka akan dikira bohong !! Ini kerana terdapat satu
ramalan dalam Bible, Book of Revelations 19:17-19 yang mengatakan 
bangsa Yahudi akan berhimpun di satu tempat (Israel) yang mana 
apabila Jesus kembali semula ke bumi dia akan membantu bangsa
Yahudi menentang musuh-musuh Israel, akhirnya mereka orang Yahudi 
akan memeluk ugama Kristian.

Sebab itulah pihak Kristian akan bermati-matian mempertahankan
negara Israel sebagai tempat untuk Jesus kembali ke bumi
bertemu dengan bangsa Yahudi. Kesimpulannya, jawapan Lee yang
mengatakan bahawa Markus 11:12 membayangkan negara dan bangsa
itu TIDAK tepat. Kalau mengikut kaidah fahaman Lee, tentu 
sekali Israel akan hancur lebur !!!!!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke