*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagi reaksi daripada Lee Chai Peng begi pihak Kristian:

>Dear Ahmad,
>Terima kasih 'forward' artikel di bawah kepada saya.
>Peristiwa Yesus menghina perempuan bukan Bani Israel di 
>Matius 15:21 ke 28 memang adalah satu lagi tulisan Injil yang 
>sukar diterima oleh ramai orang sebab mereka mempunyai 'mindset' 
>yang terkurung oleh 'expectations' atau persepsi seorang nabi 
>atau guru agama atau orang baik bahawa ia tidak sombong dan 
>tidak boleh menghina sesiapa pun terutamanya orang dari bangsa
>lain yang menderita dan tidak berdosa.

Lee Chai Peng tidak memahami kontek ayat Matius 15:21. Sila
perhatikan ayat itu sekali lagi:

Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan
Sidon. Maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu
dan berseru, "Kesihanilah aku, ya Tuhan, anak Daud, kerana anak
perempuanku kerasukan setan dan sangat menderita." Tetapi Jesus
sama sekali tidak menjawabnya. Lalu murid-muridNya datang dan
meminta kepadaNya: "Suruhlah ia (perempuan itu) pergi, ia mengikuti
kita dengan berteriak-teriak. JAWAB JESUS: " AKU DIUTUS *HANYA*
untuk domba-domba yang hilang dari umat Israel." Tetapi perempuan
itu mendekat dan menyembah Dia sambil berkata: " Tuhan, tolonglah
aku." Tetapi Jesus menjawab:"Tidak patut mengambil roti yang di-
sediakan bagi anak-anak dan melemparkan kepada *anjing*. Kata
perempuan itu, "Benar Tuhan, namun anjing itu makan remah-remah
yang jatuh dari meja tuannya. Maka Jesus berkata:" Hai ibu, besar
imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kau kehendaki." Dan
ketika itu juga anaknya sembuh. (Matius 15:21-28)

Perhatikan dalam ayat diatas rangkaikata, "AKU DIUTUS *HANYA*" 
bermakna Jesus adalah utusan Allah untuk kaum Bani Isreal sahaja,
BUKAN untuk semua manusia. Sebab itulah adalah *haram* bagi dia
berbicara dengan orang bukan dari kaum Bani Israel. Maksudnya
sekiranya Jesus tidak mengutamakan tugasnya menyampaikan mesejnya
maka dia melanggar tujuan misinya. Perlu diberitahu bahawa Jesus
BUKAN menghina perempuan itu, tetapi menyatakan dia bukan seorang
Nabi untuk bangsa lain. Kata-kata Jesus sebagai "anjing" terhadap
perempuan itu memberi erti Jesus tidak boleh meyimpang dari tugasnya
yang asal, ibarat menolong seekor anjing. Oleh kerana perempuan
itu menyedari dia tetap memerlukan pertolongan daripada Tuhan,
maka Jesus menjadi satu peluang yang baik kerana Jesus adalah
utusan Tuhan. ( Ayat Matius 15:21-28 adalah terjemahan Indonesia
yang tidak tepat. Terjemahan asal dalam Bahasa Inggeris ialah
"Lord" yang bermakna "Tuan" bukannya "Tuhan"). Sebab itulah perempuan
itu mahu menyakinkan Jesus sebagai seorang manusia (bukannya Tuhan)
supaya bertimbang rasa terhadap dia, sungguhpun perempuan itu
tahu Jesus bukan seorang nabi diutus untuk bangsa selain Bani
Israel. Timbul dari logik alasan perempuan itulah, Jesus sebagai
manusia menolongnya atas sebab belas kasihan sesama manusia.
Lagipun tindakan Jesus menolong kaum bukan Bani Israel bukan secara
mutlak bercanggah dengan larangan dia membantu kaum lain. Itu
bagi Jesus, dia sedar Allah boleh memaafkan perbuatannya.

Berkata Lee:
 
>Itulah keistimewaan Yesus sebagai mahaguru.Dia selalu membuat 
>sesuatu yang tidak dijangka untuk memeca persepsi lama untuk 
>memberi kepada kita persepsi baru mengenai perkara iman.
>Kalau anda membaca kesudahan peristiwa ini anda akan mendapat 
>tahu bahawa pada akhirnya perempuan itu berjaya menerima apa 
>yang diharapkannya.Matius 15:28- 'Lalu Yesus berkata kepadanya,
>"Sungguh besar imanmu, hai perempuan!Terjadilah bagimu menurut
>kehendakmu!"Pada saat itu juga anak perempuannya sembuh.'

Perhatikan apa kata Lee, "perempuan itu berjaya menerima apa
yang diharapkan". Seolah-olah pada asalnya Jesus TIDAK MAHU
menolong perempuan itu? Perempuan itu merayu dan menangis kerana
anaknya sakit bukan kerana imannya ditolak. Perempuan itu
percaya bahawa Jesus adalah satu harapan bagi anaknya untuk
sembuh. Pada awalnya Jesus menolak permintaan perempuan itu
kerana dia BUKAN utusan untuk kaum lain. Itulah sebabnya
Jesus menolak permintaannya. Walau bagaimanapun, perempuan itu
faham bahawa Tuhan yang mengutus Jesus itu adalah Tuhan bagi
semua umat manusia, sebab itulah Jesus kagum dengan pendirian
perempuan itu sehingga Jesus berkata: "Besar imanmu, hai perempuan!"
Ini kerana perempuan itu berkata yang benar bahawa Tuhan belas
kesihan kepada semua umat manusia, tidak semestinya rahmat itu
tertuju kapada kaum Bani Israel sahaja. Kata-kata perempuan itu,
"Benar Tuhan, namun anjing itu makan remah-remah yang jatuh dari 
meja tuannya," bermakna kaum Bani Israel (yang dianggap mulia)
haruslah membantu kaum lain secara tidak langsung kerana umat
lain juga meyembah Tuhan yang sama.

Berkata Lee lagi:

>Soalannya ialah mengapakah Yesus melayan permpuan itu seperti 
>seorang yang begitu kejam dan 'bigot'?Jawapannya ialah Yesus 
>hendak menunjukkan begitu kuat iman perempuan asing itu berbanding
>dengan iman yang lemah orang Israel walaupun mereka selalu 
>menanggap diri mereka adalah umat yang terpilih untuk diberkati 
>Tuhan dan mereka menghina orang 'kafir' bukan Yahudi macam 
>perempuan Kanani itu. Saya harap dari penjelasan ini anda akan 
>tahu bahawa peristiwa yang mengeliru dalam Al Kitab bukan lah
>membuktikan kebodohan penganut Kristian tetapi adalah kekurangan
>kefahaman orang yang bukan Kristian sebab mereka tidak tahu latar
>belakang petikan-petikan Kitab yang mereka mengkritik itu.
>Harap lebih berbincang tentang perkara-perkara agama untuk 
>mengelakkan perselisihan kefahaman antara orang Kristian dan
>Islam.Sekian salam sejahtera.

Sekali lagi Lee kurang faham ayat Matius 15:28. Katanya, "mereka
menghina orang 'kafir' bukan Yahudi macam perempuan Kanaan itu."
Tidakkah Lee membaca bahawa perempuan Kanaan itu bukan 'kafir'?
Dia beriman dan percaya bahawa Jesus adalah seorang utusan Tuhan.
Dia tidak mahu melayani perempuan itu kerana dia BUKAN dari kalangan
Bani Israel, itu pada anggapan Jesus, bukannya dia anggap perempuan
itu 'kafir'. Akhirnya dia kagum dengan jawapan perempuan itu
bahawa Tuhan tetap menolong walaupun makhluk lain yang dikira "hina".

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke