*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
....sambungan....

Sambungan kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah'.
Perkara 18 : Perempuan yang dirogol dan diperkosa.
i) Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa
oleh lelaki melakukan perzinaan, dan telah sabit
dengan bukti-bukti yang diperlukan oleh syara` dan
tidak menimbulkan sebarang keraguan di pihak hakim
bahwa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam
kes ini, perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan
dikenakan hukuman hudud, dan tidak berdosa dengan
sebab perzinaan itu. 
[ Jadi, dari perenggan di atas ini, pengarang
mengatakan bahwa mana-mana wanita yang dipaksa untuk
berzina dengan mana-mana lelaki, tidak boleh dikenakan
hukuman hudud.Ini bermakna wanita yang dirogol itu
tidak berdosa kepada ALLAH SWT.
Begitu juga kepada orang lelaki yang dipaksa merogol
adik perempuannya sendiri atau dipaksa merogol ibunya
sendiri dan sebagainya, sebagaimana yang dilakukan
oleh puak Serbia kepada umat Islam Bosnia.Yang mana
muncung senjata diletakkan di kepala lelaki itu dan
dia akan dibunuh kalau tidak melakukan perbuatan keji
itu.Jadi, dia terpaksa melakukannya, maka perbuatan
sedemikian rupa adalah dimaafkan oleh agama.
Walaubagaimana pun jika ada orang tanya kepada kita;
mana lebih afdal diantara nyawa dengan
agama?…Maksudnya, kalau orang letak senjata di kepala
kita sehinggakan kita berada dipersimpangan antara
nyawa dengan agama, maka yang manakah yang perlu kita
selamatkan?…Masalah sebegini, ulama ada 2 pendapat :
a) hendaklah selamatkan nyawa dahulu.Contohnya, kalau
depa letak pistol kat kepala kita dan paksa kita masuk
Kristian, takpa mengaku pi lah tapi dalam hati tetap
dengan agama Islam.
b) Hendaklah meletakkan agama di atas.Contohnya, orang
ugut nak bunuh kita kalau kita tidak mengaku
murtad.Mengikut pendapat kedua ini, kita rela mati
dibunuh daripada tunduk kepada paksaan untuk murtad.
Ini adalah sedikit perbahasan dari kalangan ulama`
Islam tentang masalah paksaan. ]        

ii) Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan
melakukan perzinaan, dan telah sabit kesalahannya
dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang
dikehendaki oleh syara` tanpa sebarang keraguan di
pihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman
hudud ke atas lelaki yang merogol perempuan itu.Iaitu
wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu
hukuman rejam dan sebat. 
[ Bila ada cukup bukti/keterangan seperti ada 4 orang
saksi yang nampak lelaki itu rogol seorang
perempuan.Jadi, bila sabit dengan bukti-bukti yang
ada, maka hendaklah perogol itu disebat 100x dan
direjam dengan batu sampai mati, jikalau perogol
berkenaan seorang lelaki yang sudah berkahwin.
Kalau perogol itu belum berkahwin dan didapati
bersalah kerana merogol, maka hendaklah disebat dengan
rotan 100x, kemudian dia dibuang negeri selama
setahun.
Ini adalah hukuman yang ditetapkan oleh agama kepada
orang-orang yang merogol. ]

iii) Perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahwa
ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan
perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan
itu dari hukuman hudud, yakni tidak boleh direjam dan
disebat.Dan ALLAH mengampunkan dosa perempuan itu di
atas perzinaan secara paksa. 
[ Syarat untuk lepas daripada hukuman hudud dan tidak
berdosa, ialah perempuan yang dirogol itu betul-betul
dipaksa.Kalau paksaan itu tidak cukup syaratnya, maka
perempuan yang dirogol itu tetap berdosa kepada ALLAH
SWT.
Contohnya, katakanlah ada seorang kerani perempuan
yang di offer oleh bossnya untuk naik pangkat/gaji
kalau dia boleh tidur di hotel dengan bossnya itu satu
malam.Keadaan sedemikian bukanlah satu paksaan sebab
tidak cukup syarat.Yang dikatakan paksaan ialah
situasi yang menggugat keselamatan diri serta nyawa
seseorang.Kalau setakat kena buang kerja, tak bagi
gaji, kena marah; itu bukan paksaan. ]         

iv) Pembebasan yang diberikan oleh syara` kepada
perempuan-perempuan yang dirogol daripada hukuman
hudud ialah kerana perempuan itu dipaksa melakukan
perzinaan yakni bukan dengan kerelaan dirinya, dan dia
tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dan
mengalahkan lelaki yang merogolnya itu.
[ Kalau budak lelaki itu berumur 13 tahun dan
perempuan yang dirogol itu umur 30 tahun; dan budak
lelaki tu tinggi hanya setakat dada perempuan tu saja,
dengan sekali lempang saja boleh jatuh; tiba-tiba
perempuan tu kata budak lelaki tu paksa dia
berzina.Maka paksaan sedemikian adalah paksaan yang
tidak sah sebab tengok dari segi fizikal budak lelaki
itu memang boleh dikalahkan oleh perempuan
itu.Kecualilah kalau budak lelaki itu ada
pistol/senjata yang membahayakan ditangannya untuk
menembak perempuan itu kalau tidak menyerahkan
tubuhnya, maka barulah mahkamah boleh menerima alasan
yang diberikan oleh perempuan berkenaan.
Satu lagi contoh, dimana pernah ustaz Jailani
didatangi seorang lelaki yang mengadu dipukul oleh
isterinya.Bila ustaz panggil isteri kepada lelaki itu
datang untuk berbincang, ustaz mendapati memang ada
kemungkinan betul aduan si lelaki itu sebab tengok
fizikal perempuan itu lebih besar daripada suaminya. (
Sebab itu, biasanya kalau lelaki nak kahwin; dia cari
pasangannya yang lebih kecil sikit daripadanya.Jadi,
kalau ada yang pasangannya besar tu, minta maaf le.)
Tapi yang nak ceritanya bahwa ada satu kes yang mana
isteri pukul suami, dan bila kita tengok dari segi
fizikal, memang logik sebab fizikal isteri lebih besar
daripada si suami. ] 

v) Peruntukan hukum syara` yang dikuat-kuasakan dalam
'Qanun Jinayah Syar`iyah' sebagaimana yang disebutkan
dalam perkara 18(i)/(ii) adalah berdalilkan
hadith-hadith Rasulillah s.a.w. yang berikut :
a) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada
al-Qomah bin Wail, bersabit seorang perempuan yang
dipaksa melakukan perzinaan, yakni dirogol dan
diperkosa.Al-Qomah berkata, "Rasulullah s.a.w.
bersabda kepada perempuan itu : Pergilah kamu wahai
perempuan.Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengampunkan
bagi kamu.Dan Nabi s.a.w. bersabda kepada lelaki yang
telah jimak keatas perempuan itu (yakni perogol
perempuan itu) : Rejamlah kamu semua lelaki ini."

[ Ini adalah arahan daripada Nabi s.a.w. supaya
merejam orang lelaki yang merogol seorang perempuan
yang lain.Ini adalah ajaran daripada Nabi s.a.w.
Lalu ustaz Jailani bagitau bahwa kita sendiri pun
memang bukan mau sangat nak rejam orang atau sebat
orang, tapi sebab ini adalah undang-undang daripada
ALLAH SWT dan ajaran daripada Nabi s.a.w., maka kita
terpaksa melakukannya.
Begitulah juga dengan ibadah puasa yang baru lepas
hari tu.Ada tak sapa saja-saja nak puasa?…Susah nak
cari tuan-tuan orang yang saja-saja seronok nak puasa,
sebab puasa ni kira cerita lapar dan menyusahkan
kita.Tapi pasai apa kita terpaksa juga berpuasa?…Sebab
itu adalah arahan daripada ALLAH SWT.
Begitu jugalah dengan ibadah haji.Kalau kena musim
haji waktu musim panas, kita akan merasa waktu Subuh
di Mekah sama panas dengan waktu tengahari di
M`sia.Bila kita buka saja pintu hotel pada pukul 5-6
pagi, udara Subuhnya terasa membahang di wajah
kita.Kalau ikut logik akal lah, ini menunjukkan bahwa
Mekah adalah satu tempat yang tidak sesuai untuk
didiami manusia.Tapi kenapa Mekah menjadi tumpuan umat
Islam seluruh dunia juga?…Sebab ini adalah ajaran
daripada ALLAH SWT, yang mana ibadah di depan Ka`abah
itu adalah rukun Islam yang kelima.Begitu jugalah bila
kita pi ziarah ke Madinah, kalau kena pada musim
panas, memang rasa teruk sikit.Tapi pasai apa kita
sanggup juga duduk sampai 2-3 minggu di Madinah?…Sebab
kita tahu kita akan dapat pahala daripada ALLAH SWT,
maka akan rasa seronok beribadah kepada ALLAH
SWT.Kalau ikutkan syahwah, memang rasa tak seronok
sebab suasana yang panas itu amat tidak menyenangkan.
Oleh sebab itu, orang yang murtad, bukan saja-saja
kita nak bunuh dia.Kenapa kita mesti bunuh orang
murtad?…Kerana ia adalah ajaran daripada Nabi
s.a.w..Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah bahwa
orang yang nak kepada Islam, bukanlah jenis manusia
yang ganas.Bukan kita suka nak bunuh orang tak tentu
pasal.Kita lakukan hanya semata-mata kerana
hukum-hukum itu adalah ajaran daripada ALLAH SWT.  
Cuba tanya orang lelaki; sapa yang tak mau kahwin
dua?…Saya ingat semua orang mau.Tapi kenapa kita tak
berani kahwin dua?…Ini adalah sebab kita takut tak
berlaku adil terhadap isteri-isteri.Yang dok ada
sorang kat rumah tu pun, kita rasa tak berdaya dah nak
jaga.Mau pula ada isteri yang beranak banyak, bagi kat
kita sampai 10 orang anak; tak mampu dah kita nak
jaga.Jadi, macamana kita nak buka satu lagi 'cawangan'
lain; bolehkah kita handle tuan-tuan?…Memang sukar
tuan-tuan.Sebab itu, kita tak berani nak kahwin lagi
sebab takut tak berlaku adil.Lebih-lebih lagi ALLAH
SWT telah mengatakan bahwa wanita itu adalah amanah
yang diberikanNya kepada orang lelaki.Kalau kita jenis
yang tak pernah dengar ayat-ayat ALLAH, maka kita akan
mempertuhankan nafsu.Jenis ni, 10 orang bini pun tak
cukup.Bini kira untuk habuan di rumah saja, manakala
di luar, dia cari yang lain pula.Malam ni boleh dengan
amoi, malam esok boleh dengan 'mem', malam lusa boleh
dengan 'aci'; kira cerita seronok memanjang.Tapi
kenapa orang-orang yang beriman tak mau buat perbuatan
sebegini?…Sebab mereka ingat dan takutkan azab
daripada ALLAH SWT.
Sebab itu, apa yang kita nak katakan ialah bahwa
melaksanakan Islam ini bukanlah satu kerja yang
saja-saja nak cari seronok, tapi ia adalah kerana rasa
tanggungjawab untuk melaksanakan perintah daripada
ALLAH SWT. ]

b) Hadith Rasulillah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
at-Tabrani dengan sanad yang sahih.Kata Nabi,
"Diangkat daripada umat ku kesilapan dan yang
terlupa."   
[ Maksud ayat ini ialah tidak ditulis sebagai satu
dosa akan perbuatan yang terhasil daripada kesilapan
dan terlupa.
Contohnya seperti apa yang disebut oleh ustaz Halim
Hassan pada saya tentang kesilapan bacaan dalam
sembahyang.Walaupun sebutan kita salah tapi kalau kita
masih dalam proses pembelajaran, ia dimaafkanNya.Tapi
kalau kesilapan itu dilakukan oleh orang yang tak mau
juga memperbetulkan kesilapannya (melalui proses
penbelajaran misalnya), maka boleh dosa pula kat orang
seperti ini.Bila kita syorkan supaya dia belajar balik
tajwid, dia tempelak balik dengan kata, "Apa?…Hang
suruh aku belajaq mengaji balikkk?!…Ustaz yang ajaq
hangpa tajwid tu pun dulu belajaq kat aku, hang tau
ka???"…Habih, buah bongkak ni kalau dia 'fire' kat
kita, kira tak boleh nak kata apa dah kat dia.
Kemudian dalam kes terlupa ni, contohnya baru-baru ni
memang betoi-betoi jadi kat saya sendiri.Yang mana
satu hari dalam minggu sudah, selepas solat Asar,
seorang sahabat pun ajak la pi pekena teh tarik, dia
kata dia nak belanja.Bila dengaq kata nak belanja,
kita pun tak tolak la.Bukan kata teh tarik saja, nasi
lemak sebungkus hangat-hangat saya habiskan dengan
lahapnya.Lepas saja sendawa eemmmphh! Mai sorang
sahabat, duduk tepi saya.Lalu saya pun pelawa dia
minum, tapi dia tolak sebab dia sedang puasa
6.Tersentak saya, "Apa?!! Hang posa Sheikh???"…Kawan
saya tu pun terkejut juga, lalu kata dia,
"Awatnya?…Aku yang posa, awat hang pula satu macam
punya turrrkujut?"…Lalu saya kata, "Awat tak terkejut
Sheikh; aku pun posa juga.Tapi habih dah sebungkus
nasi lemak aku balun.Nieee, teh pun dah setengah
dah.La ni kira macamana ni?"…Tapi nasib baik, yang di
keliling kelalang saya pada masa tu semuanya orang
masjid.Depa kata, "Tarak apa aih.Yang tu kira rezeki
ALLAH bagi kat hang, pasai hang betoi-betoi punya
telupa.La ni, hang tutup balik posa hang.Belen teh tu
hang mau tinggai."…Dalam hati, saya kata,
"Masya`ALLAH, SubhanALLAH; patut la nasi lemak tu tadi
rasa sedap lain macam saja.Rupa-rupanya ia adalah
rezeki yang special buat aku." ]

Kemudian sambung hadith itu, "Dan apa-apa yang
terpaksa keatasnya."     
[ Maksud hadith ini ialah bila seseorang itu terpaksa
melakukan satu benda dalam keadaan darurat, maka tidak
dikira sebagai satu dosa.
Lalu ustaz pun menceritakan ketika beliau habis
menyampaikan kuliyyah Maghrib di Masjid Sg. Durian
baru-baru ini, datang seorang pemain bolasepak Kedah
yang sama-sama mengaji pada malam itu, iaitu saudara
Radhi Mat Din, makan dan bersembang bersama-sama
dengannya.Radhi Mat Din meluahkan masalahnya yang
selama ni dipendamnya kepada ustaz.Masalahnya ialah
dia tidak berapa suka pergi menyertai pertandingan di
luar negeri, walaupun negara/negeri sangat memerlukan
akan khidmatnya.Masalah yang selalu dihadapinya di
luar negeri adalah masalah tentang makanan.Sehinggakan
Radhi kata bahwa kalau pengurus pasukan itu
membenarkan dia bawa maggi, barulah dia akan pergi.Ini
disebabkan dia tidak yakin akan makanan yang
disediakan oleh pihak tuanrumah.
Kemudian, Radhi pun cerita lagi kepada ustaz bahwa
pernah satu ketika bila dia pergi dengan pasukannya ke
luar negeri, mereka tidak dibenarkan membawa makanan
sendiri melainkan mereka kena makan apa yang
disediakan oleh tuanrumah.Bila mai saja time makan,
dia tengok kawan-kawan Melayu yang lain tu tibai
semacam aje.Depa tak kira dah daging apa yang
dihidangkan.Ayam atau lembu tu, sembelih ka tak
sembelih ka, depa tak peduli dah.Bila depa tengok
Radhi Mat Din tak makan, depa kata, "Awat yang hang
tak mau makan?…Kita darurat ni, Sheikh!"
( Kalau saya la jadi Radhi Mat Din time tu, saya nanti
kata, "Darurat kepala hotak hang!…Kan roti, buah, ikan
dan sayur masih dok ada berlambak lagi ni.Yang hangpa
pi mentahkedarah ayam/lembu yang tak tau sembelih atau
tidak tu pasai apa?" )
Sehinggakan satu ketika, sampai Tengku Mahkota Pahang 
panggil Radhi dan tanya dia pasai apa dia tak mau
pergi.Radhi kata, "Tengku, kalau patik diberi peluang
untuk bawa makanan sendiri atau boleh makan di tempat
lain selain daripada tempat yang disediakan oleh
tuanrumah, maka patik akan tidak keberatan untuk
pergi.Sebab perkara ini bukanlah satu benda yang
terpaksa."..Inilah contoh yang kita katakan kalau nak
cari dalam 20-30 orang, baru sorang yang kita
jumpa.Sebab itu, kita tak rasa pelik kalau dalam
banyak-banyak anak qaryah dalam kampung kita tu, hanya
dalam lingkungan 10 orang saja yang baik.Kita tak
pelik sebab ini memang fitrah manusia.Manusia yang
benar-benar berpegang kepada agama ALLAH ni memang tak
ramai, sebab kebanyakan manusia lain, mereka tak kisah
langsung dengan hukum hakam agama.
Kemudian Radhi Mat Din kata lagi kat ustaz, "Sebab
inilah saya rasa nak berhenti dah main bola ni."…Lalu
ustaz nasihatkan Radhi supaya fikir dulu sebelum buat
keputusan untuk quit, sebab pada hari ini memang payah
kita nak cari orang yang boleh influence anak-anak
muda supaya kembali kepada ajaran agama.Kerana menurut
apa yang Radhi Mat Din bagitau bahwa kebanyakan
budak-budak yang main bola tu, ada yang tak reti pun
sembahyang.Jadi dengan adanya orang seperti Radhi Mat
Din, maka sekurang-kurangnya budak-budak bola tu akan
ada perasaan malu alah.Maka bolehlah dia guide depa
sembahyang, tutup aurat ketika di padang maupun di
luar padang dan sebagainya.Ini menunjukkan bahwa Radhi
Mat Din juga berjuang untuk agama ALLAH.Bukan saja
ulama/ustaz saja yang boleh dikatakan sebagai pejuang
untuk agama, malah sesiapa saja yang ada kuasa dan
diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk bawa manusia
kepada ALLAH, maka mereka juga adalah para pejuang
agama ALLAH.Tak kiralah kamu ustaz ka, kamu accountant
ka, kamu nelayan ka; kamu wajib bawa manusia kepada
agama ALLAH SWT.
Berbalik kepada cerita makanan tadi, Radhi bagitau kat
ustaz bahwa alasan yang diberi oleh kawan-kawannya
ialah kita boleh makan ayam yang tak sembelih dengan
syarat dibaca 'Bismillah'.Lalu ustaz Jailani kata,
"Ya, memang betul.Bila dalam keadaan darurat, binatang
ternakan yang tak disembelih boleh dimakan tapi dengan
syarat mestilah membaca 'Bismillah'.Tapi apa yang
menjadi masalah daripada cerita Radhi Mat Din ni ialah
kawan-kawannya itu tidak faham akan maksud darurat
itu.Yang dikatakan darurat ialah tidak ada dah lagi
benda lain untuk dimakan.Seperti tak dak dah sayur,
ikan, roti, beras, buah untuk dimakan kecuali hanya
ayam mati tergolek kena accident tu saja yang
ada.Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali bangkai ayam
itu.Maka pada ketika itu, hukum syara` mengatakan
diharuskan makan bangkai dengan syarat baca 'Dengan
nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'
bagi menggantikan sembelihan dengan nama ALLAH SWT."
Inilah yang saya dok sarankan selalu kena pi mengaji,
jangan tak pi mengaji.Bila tak mengaji, kita dengan
orang bukan Islam, sama saja.Main tibai semacam
aje.Bila kita pi mengaji, Insya`ALLAH, bukan saja ilmu
kita dapat, malah rahmat ALLAH juga kita dapat.Ini
yang kita mau sangat tu. ]

……bersambung…..   
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices. 
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke