*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tuan,

Merujuk kepada perkara (ii) di bawah, tuan menyatakan "Bila ada cukup 
bukti/keterangan seperti ada 4 orang saksi yang nampak lelaki itu rogol 
seorang perempuan". Saya mempunyai beberapa soalan :-

1. Daripada clause tuan ini, adakah seorang mangsa rogol perlu mencari 4 
saksi untuk membuktikan dia dirogol?
2. Adakah perogol akan bebas sekiranya mangsa rogol tidak dapat mengemukakan 
empat orang saksi?
3. Secara logik akalnya, dan seperti yang dibaca di dalam akhbar-akhbar, 
kes-kes rogol ini berlaku ditempat yang tersembunyi, jauh dari penglihatan 
masyarakat. Mana logiknya si mangsa mendapatkan empat orang saksi.
4. Mungkin ilmu pengetahuan saya cetek, tetapi, pada pendapat otak bodoh 
saya ini, jika clause itu benar-benar terdapat dalam Qanun Jinayah 
Syari'ah... maka kes rogol akan menjadi lebih berleluasa kerana saya yakin, 
mangsa rogol tidak akan mampu mendapatkan empat orang saksi melainkan 
kejadian rogol itu berlaku di supermarket, di hentian bas, di pasar atau 
tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Sila tuan beri penjelasan lanjut.

Terimakasih.

>From: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],     
>    [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],   
>      [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        Aguk Zuhdi 
><[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Qanun Jinayah Syar`iyah...Bab 2 - Perkara 18...(ii)
>Date: Fri, 26 Jan 2001 17:45:09 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
>....sambungan....
>
>Sambungan kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah'.
>Perkara 18 : Perempuan yang dirogol dan diperkosa.
>i) Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa
>oleh lelaki melakukan perzinaan, dan telah sabit
>dengan bukti-bukti yang diperlukan oleh syara` dan
>tidak menimbulkan sebarang keraguan di pihak hakim
>bahwa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam
>kes ini, perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan
>dikenakan hukuman hudud, dan tidak berdosa dengan
>sebab perzinaan itu.
>[ Jadi, dari perenggan di atas ini, pengarang
>mengatakan bahwa mana-mana wanita yang dipaksa untuk
>berzina dengan mana-mana lelaki, tidak boleh dikenakan
>hukuman hudud.Ini bermakna wanita yang dirogol itu
>tidak berdosa kepada ALLAH SWT.
>Begitu juga kepada orang lelaki yang dipaksa merogol
>adik perempuannya sendiri atau dipaksa merogol ibunya
>sendiri dan sebagainya, sebagaimana yang dilakukan
>oleh puak Serbia kepada umat Islam Bosnia.Yang mana
>muncung senjata diletakkan di kepala lelaki itu dan
>dia akan dibunuh kalau tidak melakukan perbuatan keji
>itu.Jadi, dia terpaksa melakukannya, maka perbuatan
>sedemikian rupa adalah dimaafkan oleh agama.
>Walaubagaimana pun jika ada orang tanya kepada kita;
>mana lebih afdal diantara nyawa dengan
>agama?…Maksudnya, kalau orang letak senjata di kepala
>kita sehinggakan kita berada dipersimpangan antara
>nyawa dengan agama, maka yang manakah yang perlu kita
>selamatkan?…Masalah sebegini, ulama ada 2 pendapat :
>a) hendaklah selamatkan nyawa dahulu.Contohnya, kalau
>depa letak pistol kat kepala kita dan paksa kita masuk
>Kristian, takpa mengaku pi lah tapi dalam hati tetap
>dengan agama Islam.
>b) Hendaklah meletakkan agama di atas.Contohnya, orang
>ugut nak bunuh kita kalau kita tidak mengaku
>murtad.Mengikut pendapat kedua ini, kita rela mati
>dibunuh daripada tunduk kepada paksaan untuk murtad.
>Ini adalah sedikit perbahasan dari kalangan ulama`
>Islam tentang masalah paksaan. ]
>
>ii) Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan
>melakukan perzinaan, dan telah sabit kesalahannya
>dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang
>dikehendaki oleh syara` tanpa sebarang keraguan di
>pihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman
>hudud ke atas lelaki yang merogol perempuan itu.Iaitu
>wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu
>hukuman rejam dan sebat.
>[ Bila ada cukup bukti/keterangan seperti ada 4 orang
>saksi yang nampak lelaki itu rogol seorang
>perempuan.Jadi, bila sabit dengan bukti-bukti yang
>ada, maka hendaklah perogol itu disebat 100x dan
>direjam dengan batu sampai mati, jikalau perogol
>berkenaan seorang lelaki yang sudah berkahwin.
>Kalau perogol itu belum berkahwin dan didapati
>bersalah kerana merogol, maka hendaklah disebat dengan
>rotan 100x, kemudian dia dibuang negeri selama
>setahun.
>Ini adalah hukuman yang ditetapkan oleh agama kepada
>orang-orang yang merogol. ]
>
>iii) Perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahwa
>ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan
>perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan
>itu dari hukuman hudud, yakni tidak boleh direjam dan
>disebat.Dan ALLAH mengampunkan dosa perempuan itu di
>atas perzinaan secara paksa.
>[ Syarat untuk lepas daripada hukuman hudud dan tidak
>berdosa, ialah perempuan yang dirogol itu betul-betul
>dipaksa.Kalau paksaan itu tidak cukup syaratnya, maka
>perempuan yang dirogol itu tetap berdosa kepada ALLAH
>SWT.
>Contohnya, katakanlah ada seorang kerani perempuan
>yang di offer oleh bossnya untuk naik pangkat/gaji
>kalau dia boleh tidur di hotel dengan bossnya itu satu
>malam.Keadaan sedemikian bukanlah satu paksaan sebab
>tidak cukup syarat.Yang dikatakan paksaan ialah
>situasi yang menggugat keselamatan diri serta nyawa
>seseorang.Kalau setakat kena buang kerja, tak bagi
>gaji, kena marah; itu bukan paksaan. ]
>
>iv) Pembebasan yang diberikan oleh syara` kepada
>perempuan-perempuan yang dirogol daripada hukuman
>hudud ialah kerana perempuan itu dipaksa melakukan
>perzinaan yakni bukan dengan kerelaan dirinya, dan dia
>tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dan
>mengalahkan lelaki yang merogolnya itu.
>[ Kalau budak lelaki itu berumur 13 tahun dan
>perempuan yang dirogol itu umur 30 tahun; dan budak
>lelaki tu tinggi hanya setakat dada perempuan tu saja,
>dengan sekali lempang saja boleh jatuh; tiba-tiba
>perempuan tu kata budak lelaki tu paksa dia
>berzina.Maka paksaan sedemikian adalah paksaan yang
>tidak sah sebab tengok dari segi fizikal budak lelaki
>itu memang boleh dikalahkan oleh perempuan
>itu.Kecualilah kalau budak lelaki itu ada
>pistol/senjata yang membahayakan ditangannya untuk
>menembak perempuan itu kalau tidak menyerahkan
>tubuhnya, maka barulah mahkamah boleh menerima alasan
>yang diberikan oleh perempuan berkenaan.
>Satu lagi contoh, dimana pernah ustaz Jailani
>didatangi seorang lelaki yang mengadu dipukul oleh
>isterinya.Bila ustaz panggil isteri kepada lelaki itu
>datang untuk berbincang, ustaz mendapati memang ada
>kemungkinan betul aduan si lelaki itu sebab tengok
>fizikal perempuan itu lebih besar daripada suaminya. (
>Sebab itu, biasanya kalau lelaki nak kahwin; dia cari
>pasangannya yang lebih kecil sikit daripadanya.Jadi,
>kalau ada yang pasangannya besar tu, minta maaf le.)
>Tapi yang nak ceritanya bahwa ada satu kes yang mana
>isteri pukul suami, dan bila kita tengok dari segi
>fizikal, memang logik sebab fizikal isteri lebih besar
>daripada si suami. ]
>
>v) Peruntukan hukum syara` yang dikuat-kuasakan dalam
>'Qanun Jinayah Syar`iyah' sebagaimana yang disebutkan
>dalam perkara 18(i)/(ii) adalah berdalilkan
>hadith-hadith Rasulillah s.a.w. yang berikut :
>a) Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada
>al-Qomah bin Wail, bersabit seorang perempuan yang
>dipaksa melakukan perzinaan, yakni dirogol dan
>diperkosa.Al-Qomah berkata, "Rasulullah s.a.w.
>bersabda kepada perempuan itu : Pergilah kamu wahai
>perempuan.Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengampunkan
>bagi kamu.Dan Nabi s.a.w. bersabda kepada lelaki yang
>telah jimak keatas perempuan itu (yakni perogol
>perempuan itu) : Rejamlah kamu semua lelaki ini."
>
>[ Ini adalah arahan daripada Nabi s.a.w. supaya
>merejam orang lelaki yang merogol seorang perempuan
>yang lain.Ini adalah ajaran daripada Nabi s.a.w.
>Lalu ustaz Jailani bagitau bahwa kita sendiri pun
>memang bukan mau sangat nak rejam orang atau sebat
>orang, tapi sebab ini adalah undang-undang daripada
>ALLAH SWT dan ajaran daripada Nabi s.a.w., maka kita
>terpaksa melakukannya.
>Begitulah juga dengan ibadah puasa yang baru lepas
>hari tu.Ada tak sapa saja-saja nak puasa?…Susah nak
>cari tuan-tuan orang yang saja-saja seronok nak puasa,
>sebab puasa ni kira cerita lapar dan menyusahkan
>kita.Tapi pasai apa kita terpaksa juga berpuasa?…Sebab
>itu adalah arahan daripada ALLAH SWT.
>Begitu jugalah dengan ibadah haji.Kalau kena musim
>haji waktu musim panas, kita akan merasa waktu Subuh
>di Mekah sama panas dengan waktu tengahari di
>M`sia.Bila kita buka saja pintu hotel pada pukul 5-6
>pagi, udara Subuhnya terasa membahang di wajah
>kita.Kalau ikut logik akal lah, ini menunjukkan bahwa
>Mekah adalah satu tempat yang tidak sesuai untuk
>didiami manusia.Tapi kenapa Mekah menjadi tumpuan umat
>Islam seluruh dunia juga?…Sebab ini adalah ajaran
>daripada ALLAH SWT, yang mana ibadah di depan Ka`abah
>itu adalah rukun Islam yang kelima.Begitu jugalah bila
>kita pi ziarah ke Madinah, kalau kena pada musim
>panas, memang rasa teruk sikit.Tapi pasai apa kita
>sanggup juga duduk sampai 2-3 minggu di Madinah?…Sebab
>kita tahu kita akan dapat pahala daripada ALLAH SWT,
>maka akan rasa seronok beribadah kepada ALLAH
>SWT.Kalau ikutkan syahwah, memang rasa tak seronok
>sebab suasana yang panas itu amat tidak menyenangkan.
>Oleh sebab itu, orang yang murtad, bukan saja-saja
>kita nak bunuh dia.Kenapa kita mesti bunuh orang
>murtad?…Kerana ia adalah ajaran daripada Nabi
>s.a.w..Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah bahwa
>orang yang nak kepada Islam, bukanlah jenis manusia
>yang ganas.Bukan kita suka nak bunuh orang tak tentu
>pasal.Kita lakukan hanya semata-mata kerana
>hukum-hukum itu adalah ajaran daripada ALLAH SWT.
>Cuba tanya orang lelaki; sapa yang tak mau kahwin
>dua?…Saya ingat semua orang mau.Tapi kenapa kita tak
>berani kahwin dua?…Ini adalah sebab kita takut tak
>berlaku adil terhadap isteri-isteri.Yang dok ada
>sorang kat rumah tu pun, kita rasa tak berdaya dah nak
>jaga.Mau pula ada isteri yang beranak banyak, bagi kat
>kita sampai 10 orang anak; tak mampu dah kita nak
>jaga.Jadi, macamana kita nak buka satu lagi 'cawangan'
>lain; bolehkah kita handle tuan-tuan?…Memang sukar
>tuan-tuan.Sebab itu, kita tak berani nak kahwin lagi
>sebab takut tak berlaku adil.Lebih-lebih lagi ALLAH
>SWT telah mengatakan bahwa wanita itu adalah amanah
>yang diberikanNya kepada orang lelaki.Kalau kita jenis
>yang tak pernah dengar ayat-ayat ALLAH, maka kita akan
>mempertuhankan nafsu.Jenis ni, 10 orang bini pun tak
>cukup.Bini kira untuk habuan di rumah saja, manakala
>di luar, dia cari yang lain pula.Malam ni boleh dengan
>amoi, malam esok boleh dengan 'mem', malam lusa boleh
>dengan 'aci'; kira cerita seronok memanjang.Tapi
>kenapa orang-orang yang beriman tak mau buat perbuatan
>sebegini?…Sebab mereka ingat dan takutkan azab
>daripada ALLAH SWT.
>Sebab itu, apa yang kita nak katakan ialah bahwa
>melaksanakan Islam ini bukanlah satu kerja yang
>saja-saja nak cari seronok, tapi ia adalah kerana rasa
>tanggungjawab untuk melaksanakan perintah daripada
>ALLAH SWT. ]
>
>b) Hadith Rasulillah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
>at-Tabrani dengan sanad yang sahih.Kata Nabi,
>"Diangkat daripada umat ku kesilapan dan yang
>terlupa."
>[ Maksud ayat ini ialah tidak ditulis sebagai satu
>dosa akan perbuatan yang terhasil daripada kesilapan
>dan terlupa.
>Contohnya seperti apa yang disebut oleh ustaz Halim
>Hassan pada saya tentang kesilapan bacaan dalam
>sembahyang.Walaupun sebutan kita salah tapi kalau kita
>masih dalam proses pembelajaran, ia dimaafkanNya.Tapi
>kalau kesilapan itu dilakukan oleh orang yang tak mau
>juga memperbetulkan kesilapannya (melalui proses
>penbelajaran misalnya), maka boleh dosa pula kat orang
>seperti ini.Bila kita syorkan supaya dia belajar balik
>tajwid, dia tempelak balik dengan kata, "Apa?…Hang
>suruh aku belajaq mengaji balikkk?!…Ustaz yang ajaq
>hangpa tajwid tu pun dulu belajaq kat aku, hang tau
>ka???"…Habih, buah bongkak ni kalau dia 'fire' kat
>kita, kira tak boleh nak kata apa dah kat dia.
>Kemudian dalam kes terlupa ni, contohnya baru-baru ni
>memang betoi-betoi jadi kat saya sendiri.Yang mana
>satu hari dalam minggu sudah, selepas solat Asar,
>seorang sahabat pun ajak la pi pekena teh tarik, dia
>kata dia nak belanja.Bila dengaq kata nak belanja,
>kita pun tak tolak la.Bukan kata teh tarik saja, nasi
>lemak sebungkus hangat-hangat saya habiskan dengan
>lahapnya.Lepas saja sendawa eemmmphh! Mai sorang
>sahabat, duduk tepi saya.Lalu saya pun pelawa dia
>minum, tapi dia tolak sebab dia sedang puasa
>6.Tersentak saya, "Apa?!! Hang posa Sheikh???"…Kawan
>saya tu pun terkejut juga, lalu kata dia,
>"Awatnya?…Aku yang posa, awat hang pula satu macam
>punya turrrkujut?"…Lalu saya kata, "Awat tak terkejut
>Sheikh; aku pun posa juga.Tapi habih dah sebungkus
>nasi lemak aku balun.Nieee, teh pun dah setengah
>dah.La ni kira macamana ni?"…Tapi nasib baik, yang di
>keliling kelalang saya pada masa tu semuanya orang
>masjid.Depa kata, "Tarak apa aih.Yang tu kira rezeki
>ALLAH bagi kat hang, pasai hang betoi-betoi punya
>telupa.La ni, hang tutup balik posa hang.Belen teh tu
>hang mau tinggai."…Dalam hati, saya kata,
>"Masya`ALLAH, SubhanALLAH; patut la nasi lemak tu tadi
>rasa sedap lain macam saja.Rupa-rupanya ia adalah
>rezeki yang special buat aku." ]
>
>Kemudian sambung hadith itu, "Dan apa-apa yang
>terpaksa keatasnya."
>[ Maksud hadith ini ialah bila seseorang itu terpaksa
>melakukan satu benda dalam keadaan darurat, maka tidak
>dikira sebagai satu dosa.
>Lalu ustaz pun menceritakan ketika beliau habis
>menyampaikan kuliyyah Maghrib di Masjid Sg. Durian
>baru-baru ini, datang seorang pemain bolasepak Kedah
>yang sama-sama mengaji pada malam itu, iaitu saudara
>Radhi Mat Din, makan dan bersembang bersama-sama
>dengannya.Radhi Mat Din meluahkan masalahnya yang
>selama ni dipendamnya kepada ustaz.Masalahnya ialah
>dia tidak berapa suka pergi menyertai pertandingan di
>luar negeri, walaupun negara/negeri sangat memerlukan
>akan khidmatnya.Masalah yang selalu dihadapinya di
>luar negeri adalah masalah tentang makanan.Sehinggakan
>Radhi kata bahwa kalau pengurus pasukan itu
>membenarkan dia bawa maggi, barulah dia akan pergi.Ini
>disebabkan dia tidak yakin akan makanan yang
>disediakan oleh pihak tuanrumah.
>Kemudian, Radhi pun cerita lagi kepada ustaz bahwa
>pernah satu ketika bila dia pergi dengan pasukannya ke
>luar negeri, mereka tidak dibenarkan membawa makanan
>sendiri melainkan mereka kena makan apa yang
>disediakan oleh tuanrumah.Bila mai saja time makan,
>dia tengok kawan-kawan Melayu yang lain tu tibai
>semacam aje.Depa tak kira dah daging apa yang
>dihidangkan.Ayam atau lembu tu, sembelih ka tak
>sembelih ka, depa tak peduli dah.Bila depa tengok
>Radhi Mat Din tak makan, depa kata, "Awat yang hang
>tak mau makan?…Kita darurat ni, Sheikh!"
>( Kalau saya la jadi Radhi Mat Din time tu, saya nanti
>kata, "Darurat kepala hotak hang!…Kan roti, buah, ikan
>dan sayur masih dok ada berlambak lagi ni.Yang hangpa
>pi mentahkedarah ayam/lembu yang tak tau sembelih atau
>tidak tu pasai apa?" )
>Sehinggakan satu ketika, sampai Tengku Mahkota Pahang
>panggil Radhi dan tanya dia pasai apa dia tak mau
>pergi.Radhi kata, "Tengku, kalau patik diberi peluang
>untuk bawa makanan sendiri atau boleh makan di tempat
>lain selain daripada tempat yang disediakan oleh
>tuanrumah, maka patik akan tidak keberatan untuk
>pergi.Sebab perkara ini bukanlah satu benda yang
>terpaksa."..Inilah contoh yang kita katakan kalau nak
>cari dalam 20-30 orang, baru sorang yang kita
>jumpa.Sebab itu, kita tak rasa pelik kalau dalam
>banyak-banyak anak qaryah dalam kampung kita tu, hanya
>dalam lingkungan 10 orang saja yang baik.Kita tak
>pelik sebab ini memang fitrah manusia.Manusia yang
>benar-benar berpegang kepada agama ALLAH ni memang tak
>ramai, sebab kebanyakan manusia lain, mereka tak kisah
>langsung dengan hukum hakam agama.
>Kemudian Radhi Mat Din kata lagi kat ustaz, "Sebab
>inilah saya rasa nak berhenti dah main bola ni."…Lalu
>ustaz nasihatkan Radhi supaya fikir dulu sebelum buat
>keputusan untuk quit, sebab pada hari ini memang payah
>kita nak cari orang yang boleh influence anak-anak
>muda supaya kembali kepada ajaran agama.Kerana menurut
>apa yang Radhi Mat Din bagitau bahwa kebanyakan
>budak-budak yang main bola tu, ada yang tak reti pun
>sembahyang.Jadi dengan adanya orang seperti Radhi Mat
>Din, maka sekurang-kurangnya budak-budak bola tu akan
>ada perasaan malu alah.Maka bolehlah dia guide depa
>sembahyang, tutup aurat ketika di padang maupun di
>luar padang dan sebagainya.Ini menunjukkan bahwa Radhi
>Mat Din juga berjuang untuk agama ALLAH.Bukan saja
>ulama/ustaz saja yang boleh dikatakan sebagai pejuang
>untuk agama, malah sesiapa saja yang ada kuasa dan
>diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk bawa manusia
>kepada ALLAH, maka mereka juga adalah para pejuang
>agama ALLAH.Tak kiralah kamu ustaz ka, kamu accountant
>ka, kamu nelayan ka; kamu wajib bawa manusia kepada
>agama ALLAH SWT.
>Berbalik kepada cerita makanan tadi, Radhi bagitau kat
>ustaz bahwa alasan yang diberi oleh kawan-kawannya
>ialah kita boleh makan ayam yang tak sembelih dengan
>syarat dibaca 'Bismillah'.Lalu ustaz Jailani kata,
>"Ya, memang betul.Bila dalam keadaan darurat, binatang
>ternakan yang tak disembelih boleh dimakan tapi dengan
>syarat mestilah membaca 'Bismillah'.Tapi apa yang
>menjadi masalah daripada cerita Radhi Mat Din ni ialah
>kawan-kawannya itu tidak faham akan maksud darurat
>itu.Yang dikatakan darurat ialah tidak ada dah lagi
>benda lain untuk dimakan.Seperti tak dak dah sayur,
>ikan, roti, beras, buah untuk dimakan kecuali hanya
>ayam mati tergolek kena accident tu saja yang
>ada.Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali bangkai ayam
>itu.Maka pada ketika itu, hukum syara` mengatakan
>diharuskan makan bangkai dengan syarat baca 'Dengan
>nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'
>bagi menggantikan sembelihan dengan nama ALLAH SWT."
>Inilah yang saya dok sarankan selalu kena pi mengaji,
>jangan tak pi mengaji.Bila tak mengaji, kita dengan
>orang bukan Islam, sama saja.Main tibai semacam
>aje.Bila kita pi mengaji, Insya`ALLAH, bukan saja ilmu
>kita dapat, malah rahmat ALLAH juga kita dapat.Ini
>yang kita mau sangat tu. ]
>
>……bersambung…..
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices.
>http://auctions.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Rahim hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke