Title: RE: H-Net* Fwd: [ingatan] Rahsia Valentine Day

Wa'alaikumsalam dan salam kembali......

Terima kasih atas ingatan.  Sememangnya InsyaAllah, saya akan sentiasa ingat.  Cuma yang heran dan peliknya, mengapa stesen-stesen TV kita bukan main lagi beriya-iya menyiarkan ataupun mempromosikan rancangan-rancangan Khas sempena Hari Valentine ni?  Bukankah ini seolah-olah "menggalakkan" para remaja kita (especially yang beragama Islam) dan jahil pulak pasal Valentine-valentine ni.....???  Macamlah kalau tak ada Valentine's Day tu depa tak boleh siarkan cerita bagus-bagus yang boleh memberi manfaat.  Macamlah bila tiba hari Valentine tu aje kita ni nak ingat pasal kasih sayang, walhal, tiap-tiap hari kita sentiasa menyayangi pasangan kita.  Apalah istimewanya Valentine tu agaknya?  Heran.. heran!

Since kita dah cakap pasal hal ni, saya ingin tahu; apakah hukumnya penjual/peniaga bunga yang beragama Islam tetapi menjualkan bunga-bunga ros atau apa jenis bunga pun kepada orang Islam yang lain yang membelinya dengan tujuan untuk memberi kepada kekasih masing-masing sempena Valentine ni?  Saya tanya ni sebab saya ada seorang kawan baik yang ada buka kedai bunga.  Katanya, sempena Valentine ni, harga bunga tiba-tiba melambung tinggi; sampaikan harga sekuntum bunga ros boleh mencecah hingga ke RM10.00!  Subhanallah! 

Kata kawan saya tu lagi, dia tak dapat nak elak dari menjual bunga itu dengan harga tinggi, no matter what ocassion sebab supplier memang dah sedia-sedia menaikkan harga.... Wah... baguih betul depa ni (si supplier) ambil kesempatan untung berlipat ganda sempena Valentine's Day ni.....  So, saya cakap dengan kawan saya... nak buat macam mana, dah takkan kita berniaga nak rugi; maka terpaksalah dia pun jual bunga dengan harga yang tinggi sepanjang minggu ni.   Mungkin Pakcik Omar boleh komen sikit!  Saya musykil sikit tentang kawan saya tu jual bunga kepada orang Islam yang masih tak tahu tentang kisah Valentine ni.  Nak suruh kawan saya bagi nasihat kat customer dia, katanya boleh, cuma depa nak terima atau tidak ajelah.

Terima kasih, harap dapat penjelasan.

Wassalam.


-----Original Message-----
From: Omar AlKhatab [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 12 February, 2001 10:13 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fwd: [ingatan] Rahsia Valentine Day



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum,
Tadi pagi bukan ada sapa ka yang mau article tentang
Valentine Day?....Harap sedikit coretan di bawah ni
boleh membantu.
Wassalam.

Kirim email ke