*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullah,
Saya selalunya bila mai tang nak menghukum ni, mesti
kena refer kat ustaz-ustaz.Tapi time malam-malam lagu
ni, kebanyakan ustaz-ustaz sibuk.Jadi, mai kita
bincang sesama kita dulu.

Pada pandangan saya, tak salah kalau kawan saudari tu
menjual bunga di kedainya dengan harga semasa, sebab
itu memang adat jual beli.Lainlah kalau dapat vendor
boleh supply secara free.Dak aih melawak saja tu.Mana
ada benda free dah zaman la ni.
Dalam kes orang Islam beli bunga untuk send kat
aci/marka depa sempena Valentine Day ni, pada pendapat
saya, oleh sebab kawan saudari tu dah tahu daripada
mana mai asal usul cerita tentang Valentine Day ni,
sepatutnya kawan saudari tu mengambil inisiatif untuk
menasihati pelanggan-pelanggannya yang beragama Islam
supaya menukar niat mereka itu.Dari beli/hantar bunga
itu sempena Valentine Day, tukar kepada niat kerana
ALLAH SWT.Yakni cinta kat girlfren hangpa kerana
ALLAH.Dengan ini, boleh pahala kat kita dan boleh
pahala kat depa sama.Jadi, kalau depa nak mai beli
tiap-tiap hari untuk hantar kat aci tersayang kerana
ALLAH SWT, lagi baguih kan.
Persoalan samada mereka nak terima nasihat itu atau
tidak, bukan menjadi kerja kita dah.Hanya ALLAH SWT
sahaja yang boleh memberi hidayah, bukannya kita.Kerja
kita hanya menyampaikan sekadar yang kita mampu.Itu
saja yang boleh kita buat.Manalah tahu kan, bak kata
orang tua-tua, "Belum cuba, belum tahu."
Bukan kata kerja menyampaikan Islam ni hanya terletak
atas bahu para ulama` sahaja, bahkan semua orang yang
mengucap 2 kalimah sahadah, patut involve kan diri
masing-masing dalam misi suci ni.Kawan saudari patut
merebut peluang ni, kerana ini juga merupakan salah
satu jalan jihad fisabillillah.Pahalanya mungkin kita
tak nampak dengan mata kasar, yang kita dok nampak
mungkin kedai kita akan tutup akibat kerugian, betoi
tak?….Tapi ingatlah sesungguhnya ALLAH SWT telah
berjanji dalam al-Quran bahwa Dia akan mempermudahkan
jalan hamba-hambaNya yang berjuang di atas
jalan-jalanNya.   
  
Bial bercerita pasai dakwah ni, teringat saya macamana
hibanya ustaz Halim Hassan yang baru balik daripada
Iraq menceritakan bagaimana pendakwah-pendakwah di
sana telah di torture begitu teruk lagi teramat-amat
kejam di bawah pemerintahan Saddam Hussein.Semasa
menceritakan kepada saya,  nampak di mata ustaz Halim
merah dikenangi airmata kerana terlalu sedih
mengenangkan ulama`-ulama` di Iraq telah
dizalimi.Menurut ustaz, setiap minggu pada hari Rabu,
ada saja ulama` yang di bunuh, yang kebanyakannya
adalah daripada Ikhwan Muslimin yang terang-terang
menentang Saddam.Keranda mereka dikenali sebab ditutup
oleh kain berwarna hitam dan di bawa mengelilingi
bandar.Manakala ulama` Ikhwan yang menentang Saddam
cara penulisan, tangan mereka akan dipatahkan dan
disiarkan secara 'Live' melalui tv, supaya orang ramai
berasa takut untuk menentang Saddam.Yang menentangnya
secara berceramah, mereka akan ditangkap dan lidah
mereka akan dipotong, tuan-tuan.Dan menurut ustaz
lagi, kebanyakan Sheikhul-sheikhul yang mengajar dalam
Univ pun ada yang cacat.Tengah-tengah dok belajar
dalam Univ, tapi bila mai tang bab pemerintahan,
Sheikhul-sheikhul ini akan skip, sebab SB-SB Saddam
sentiasa berkeliaran maupun dalam Univ.Sehinggakan
Sheikh Ikhwan bisik kat ustaz Halim, "Kalau mau ilmu
selengkapnya, kena la mengaji di rumahnya."…Bila
mengaji di rumah Sheikh itu, barulah ustaz Halim rasa
betapa luasnya ilmu di bumi barakah itu.Kemudian bila
Sheikh Ikhwan itu tahu tentang keadaan yang aman di
M`sia; tau tak apa yang Sheikh tu bagitau kat Ustaz
Halim?…..Dia kata, "Dengan keadaan di M`sia yang
tenang, kalau hangpa tak mau keluar juga untuk
berdakwah bagitau kepada masyarakat tentang Islam yang
sebenar; maka tunggulah, ALLAH SWT akan menurunkan
azab yang amat pedih buat hangpa!"
Betoi apa yang Sheikh tu kata tuan-tuan.Cuba kita
tengok cara kita berdakwah di sini.Kena gertak dek
SB-SB Mahathir sikit, dah ketaq lutut.Polis tak bagi
permit ceramah, mulalah salahkan orang ni orang
tu.Kita di sini habih kuat kena macamana
tuan-tuan?…..Habih kuat, kena picit teloq, kemudian
sumbat masuk dalam bilik gelap.Yang tu saja.Manakala
Ikhwan di Iraq, Masya`ALLAH tuan-tuan; mereka di
bunuh, dipotong lidah, dipotong telinga,
dipatah-patahkan tangan dan macam-macam lagi yang
mereka kena.Jadi, dalam keadaan kita sekarang yang tak
seberapa ditekan sangat jika dibandingkan dengan
negeri-negeri  di timur tengah, maka perlu apa untuk
kita takut dengan gertakkan puak-puak sekular yang ada
di sekeliling kita ini.Yang kita mau hanyalah hukum
ALLAH SWT ditegak di bumi yang kita cintai ini.Dan
itulah sebenar-benar wawasan bagi kita, sehinggalah ke
liang lahat.Insya`ALLAH.
Last sekali menurut ustaz Halim, bahwa sememangnya
bumi Iraq telah memjadikan beliau berani untuk berkata
benar.

WALLAHU TA`ALA A`LAM.       

--- Nor'ain Eusoff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Wa'alaikumsalam dan salam kembali......
> 
> Terima kasih atas ingatan.  Sememangnya InsyaAllah,
> saya akan sentiasa
> ingat.  Cuma yang heran dan peliknya, mengapa
> stesen-stesen TV kita bukan
> main lagi beriya-iya menyiarkan ataupun
> mempromosikan rancangan-rancangan
> Khas sempena Hari Valentine ni?  Bukankah ini
> seolah-olah "menggalakkan"
> para remaja kita (especially yang beragama Islam)
> dan jahil pulak pasal
> Valentine-valentine ni.....???  Macamlah kalau tak
> ada Valentine's Day tu
> depa tak boleh siarkan cerita bagus-bagus yang boleh
> memberi manfaat.
> Macamlah bila tiba hari Valentine tu aje kita ni nak
> ingat pasal kasih
> sayang, walhal, tiap-tiap hari kita sentiasa
> menyayangi pasangan kita.
> Apalah istimewanya Valentine tu agaknya?  Heran..
> heran!
> 
> Since kita dah cakap pasal hal ni, saya ingin tahu;
> apakah hukumnya
> penjual/peniaga bunga yang beragama Islam tetapi
> menjualkan bunga-bunga ros
> atau apa jenis bunga pun kepada orang Islam yang
> lain yang membelinya dengan
> tujuan untuk memberi kepada kekasih masing-masing
> sempena Valentine ni?
> Saya tanya ni sebab saya ada seorang kawan baik yang
> ada buka kedai bunga.
> Katanya, sempena Valentine ni, harga bunga tiba-tiba
> melambung tinggi;
> sampaikan harga sekuntum bunga ros boleh mencecah
> hingga ke RM10.00!
> Subhanallah!  
> 
> Kata kawan saya tu lagi, dia tak dapat nak elak dari
> menjual bunga itu
> dengan harga tinggi, no matter what ocassion sebab
> supplier memang dah
> sedia-sedia menaikkan harga.... Wah... baguih betul
> depa ni (si supplier)
> ambil kesempatan untung berlipat ganda sempena
> Valentine's Day ni.....  So,
> saya cakap dengan kawan saya... nak buat macam mana,
> dah takkan kita
> berniaga nak rugi; maka terpaksalah dia pun jual
> bunga dengan harga yang
> tinggi sepanjang minggu ni.   Mungkin Pakcik Omar
> boleh komen sikit!  Saya
> musykil sikit tentang kawan saya tu jual bunga
> kepada orang Islam yang masih
> tak tahu tentang kisah Valentine ni.  Nak suruh
> kawan saya bagi nasihat kat
> customer dia, katanya boleh, cuma depa nak terima
> atau tidak ajelah.
> 
> Terima kasih, harap dapat penjelasan.
> 
> Wassalam.
> 
> 
> -----Original Message-----
> From: Omar AlKhatab [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: 12 February, 2001 10:13 PM
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Fwd: [ingatan] Rahsia Valentine Day
> 
> 
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu`alaikum,
> Tadi pagi bukan ada sapa ka yang mau article tentang
> Valentine Day?....Harap sedikit coretan di bawah ni
> boleh membantu.
> Wassalam.
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke