*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Pada zaman dulu, pemilihan jodoh dalam suatu perkahwinan itu kebanyakannya
ditentukan oleh ibubapa. Ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan
jodoh untuk anak-anaknya. Di masa itu istilah ‘cinta dulu kemudian kahwin’
hampir tidak ada samasekali, yang ada hanyalah ‘kahwin dulu kemudian cinta’.
Ibubapa akan memilih gadis-gadis yang baik untuk dijadikan menantunya. Cantik
seorang gadis itu bukanlah menjadi ciri utama dalam memilih menantu. Keutamaan
adalah kepada budi bahasa dan adab sopan si gadis tersebut serta kebolehannya
mengurus rumah tangga seperti pandai mengemas,  pandai memasak dan tidak keluar
rumah dengan sesuka hatinya.  Gadis-gadis yang tidak mempunyai ciri-ciri seperti
yang disebutkan itu alamat sukarlah untuk mendapatkan jodohnya sekalipun rupa
parasnya memang ada.

 Di waktu itu, sangat malulah kalau seorang gadis itu lambat dipinang orang,
kerana ia memberi makna perangai gadis itu terlalu teruk sehinggakan tiada siapa
yang ingin hendak mengambilnya menjadi menantu.  Oleh itu semua anak-anak gadis
di waktu itu akan cuba menjadi gadis yang diinginkan oleh calon mertuanya.
Berlumba-lumbalah mereka untuk menghayati dan mengamalkan ciri-ciri yang
disebutkan tadi walaupun pada mulanya mungkin kerana terpaksa tetapi lama
kelamaan ia menjadi suatu kebiasaan. Amalan memilih jodoh di zaman dulu itu
secara tidak langsung dapat mengawal anak-anak gadis supaya berkelakuan baik.

 Pada masa ini kaum wanita mendapat peluang untuk bekerja, sama seperti kaum
lelaki. Setelah tamat persekolahan anak-anak muda ini samada perempuan atau
lelaki akan cuba mendapatkan pekerjaan yang banyak terdapat di bandar. Di zaman
dulu adalah suatu yang janggal jika ada ibubapa yang membenarkan anak
perempuannya bekerja apatah lagi kalau tinggal berjauhan. Apabila anak-anak
perempuan bekerja dan tinggal berjauhan dengan ibubapa maka mereka akan terlepas
dari kawalan ibubapa. Peluang untuk anak-anak perempuan yang bekerja ini untuk
bertemu dengan kaum lelaki lebih mudah lagi. Perubahan sosio budaya masyarakat
Melayu ini juga telah memberi kesan kepada cara pemilihan jodoh dalam masyarakat
itu sendiri. Pada hari ini, anak-anak muda tidak mahu lagi jodoh mereka
ditentukan oleh orang tua mereka. Sebaliknya mereka sendirilah yang mencari dan
memilih teman yang mereka suka untuk menjadi calon isteri atau calon suami. Bagi
lelaki, mereka akan memilih gadis yang cantik lagi menawan untuk menjadi suri
rumah tangganya. Tidak seperti pilihan orang tua, anak-anak muda ini kadang kala
memilih pasangannya hanya mengikut kehendak nafsu mereka semata-mata. Memanglah
benar rupa paras yang cantik itu penting untuk menarik seorang lelaki itu untuk
berkahwin, tetapi rupa paras yang cantik sahaja tidak cukup untuk mengekalkan
sesuatu perkahwinan atau membahagiakan perkahwinan itu. Nilai yang baik seperti
berbudi bahasa, pandai berkemas, pandai memasak yang selalu ditekankan oleh
orang tua itulah yang biasanya dapat mengekalkan dan membahagiakan sesuatu rumah
tangga itu.

 Oleh kerana rupa paras yang cantik menjadi pilihan dan rebutan maka kebanyakan
anak gadis sekarang terus mengabaikan tugas-tugas yang biasanya  dilakukan oleh
seorang wanita seperti mengemas rumah dan memasak. Budi bahasa dan adab sopan
tidak perlu diambil berat lagi dan perkara yang penting kepada mereka sekarang
ialah mesti pandai berhias diri dan bergaya. Kalau ada rupa dan gaya tentunya
jodoh tidak ke mana. Banyaklah  yang kita dengar hari ini,  walaupun seorang
gadis itu malas berkemas, malas memasak, tidak sopan santun tetapi kahwin juga
dia. Ini tidaklah menghairankan kerana rupa parasnya yang cantik telah
menyebabkan dia mendapat jodoh.

 Gadis-gadis yang terperap di dalam rumah yang suatu masa dulu sebagai lambang
gadis suci tentulah sukar mendapat jodohnya di zaman ini. Tidak hairanlah kalau
anak-anak gadis sekarang jarang lekat di rumah. Teruna mana yang dapat mereka
temui kalau hanya terperap di rumah, alamat jadi anak dara tualah kalau mereka
masih juga mahu memerap di rumah. Di majlis-majlis keramaian, di pesta-pesta
hiburan, di bandar-bandar adalah tempat anak-anak muda kita hari ini mencari
jodoh mereka. Mana yang mereka rasa berkenan akan mereka pikat untuk dijadikan
kekasih atau calon isteri. Itulah antara sebabnya banyak rumah tangga hari ini
porak puranda dan tidak bahagia kerana asas yang dipilih untuk menjadi isteri
atau suami bukan lagi pada nilai-nilai yang baik tetapi sebaliknya banyak
berasaskan nafsu semata. Tidak dapat dinafikan cara pemilihan jodoh yang
diamalkan pada hari ini telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat
kita hari ini.


Muhammad Al-Fateh wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> Saya rasa dalam perkara ini kita jangan nak bising-bising sangatlah kerana
> di dalam Al-Quran menerangkan dengan jelas. Di dalam ayat yang bermaksud
> lebih kurang "penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah dihukum dengan
> seratus kali sebatan". Surah mana saya tak ingat, tapi boleh refer kpd.
> al-Quran. Berbeza dgn. ayat pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah
> dipotong tangan mereka".
>
> Mengikut kitab-kitab tafsir dan kuliah-kuliah agama, ini mengambarkan
> perbezaan kenapa Allah Azzawajalla meletakkan bagi ayat zina perempuan
> dahulu dan bagi ayat curi lelaki dahulu. Antara ustaz kat kuliah bagitahu,
> ini adalah kerana Allah nak menunjukkan bahwa pada kes curi sememangnya
> lelaki merupakan golongan yang paling banyak melakukan kecurian. Tak
> dinafikan perempuan pun ada mencuri, tetapi yang paling ramai dalah lelaki.
>
> Begitu juga dengan ayat zina, ia dimulakan dgn. perempuan dulu. Ini kerana
> dlm. masalah zina, ustaz bagitau, yang paling banyak memulakan ia adalah
> perempuan. Umpamanya masalah rogol, antara perkara penyebab menjadi
> banyaknya kes rogol ini adalah kerana perempuan tidak menutup aurat. Ibarat
> makanan yang terdedah yang menarik banyak lalat untuk hinggap ke atas
> makanan tersebut. Rasa-rasanya tak payah saya uraikan lebih lanjut,
> faham-faham sendirilah.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke