*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Rasa macam terpanggil jugak untuk bercerita dengan topik yang saudara kita
bentangkan hari nie. Saya pun rasa pelik juga benda-benda yang tak sepatutnya
berlaku macam nie semakin menular dalam masyarakat kita. Bermulalah kisah dimana
seorang kawan karib saya yang terpaksa berhijrah ke Selangor untuk mencari
rezeki disana. Beliau meninggalkan seorang isteri bersama-sama dengan dua orang
anak lelaki. Pada mulanya saya berasa sungguh kagum dengan sifat isterinya yang
penyayang kepada suami dan anak-anak mereka. Saya selalu jugak menziarahi beliau
semenjak beliau berpindah ke Selangor. Tiap-tiap hujung minggu pasti beliau akan
pulang ke Pulau Pinang untuk bersama-sama dengan keluarganya.

Kawan karib saya nie orangnya boleh dikatakan memang bijak dalam bab-bab ugama
dan duniawi. Apabila beliau pulang ke Penang saya selalu ke rumah beliau untuk
menyanya kabar. Saya dapat melihat bagaimana kasih seorang isteri bila lama
tidak bertemu suaminya. Kemesraan dan kebahgiaan mereka bersama-sama dengan
anak-anak sukar kita gambarkan, sungguh bahagia dan romantik sekali. Dalam hati
kecil saya berkata alangkah bahgianya jika saya juga mempunyai seorang isteri
yang cantik lagi penyayang serta taat kepada suami seperti isterinya. Walaupun
isterinya sebok dengan hal-hal pejabat serta  menjaga anak-anak yang sudah
bersekolah namun kewajipan terhadap keluarga masih tak terabai seperti mana yang
saya gambarkan.

Dipendekkan cerita saya nie memang kaki rayau malam. Selalu ikut kawan-kawan
kesana-kesini. Pada satu malam saya telah menerima panggilan telefon dari
seorang sahabat yang bernama Z mengajak saya keluar ke salah satu disko goyang
kepala sekitar MegaMall. Tibanya saya di situ keadaan macam biasalah. Umat kat
dalam disko tu semua sungguh khusyuk dok geleng kepala masing-masing. Asap tebal
rokok nie dah kira jadi macam awan mendung tunggu nak hujan aje.... Saya macam
biasalah suka tengok orang menari. Lalu saya pun berdiri berdekatan dengan
"dance  floor". Tiba-tiba  datang seorang wanita terus menarik tangan saya. Saya
terkejut dan gelabah seketika. Lalu saya pun bertanya  kepada perempuan itu.
Hey!  Kamu nie sapa???? Lalu dia pun menjawab "Aku Z**Alah. Saya bertanyanya
lagi sambil memandang wajahnya "Z**A mana?" dan dia pun menjawap "Z**A bini
S****Llah". Masyaallah terkejut saya dibuatnya.Tiba-tiba mereka terus bergegas
keluar. Saya pun dengan segera menuju ke pintu keluar dan sempat juga saya
melihat mereka bergegas menuju ke kereta. Semasa pertemuan tadi sempat juga dia
memberi tahu saya sesuatu iaitu " Biar pecah di mulut, jangan pecah diperut".
Pada mulanya saya menjadi kaku dan langsung tak faham dengan apa yang telah
berlaku. Adakah ianya satu ugutan atau sebaliknya.

Tanpa berlengah lagi saya pun beredar dari tempat tersebut. Dalam hati bukan
main berdegup lagi. Sangkaan saya selama ini semuanya meleset. Wanita bertudung
yang saya agungkan sebagai ibu dan isteri serta contoh selama ini hanyalah
bayangan syaitan. Selepas peristiwa itu hati saya menjadi gundah gelana tak
keharuan. Adakah saya patut memberi tahu suaminya atau tidak. Lalu saya cuba
dapatkan nasihat daripada abang suaminya. Kebetulan abang-abang kepada suami
wanita tersebut adalah sahabat saya juga. Maka mudahlah juga untuk saya
menceritakan apa yang telah berlaku. Sehingga pada suatu hari berita tersebut
sampai juga kepengetahuan suaminya. Tapi reaksi si suami agak dingin sehinggakan
saya pula yang rasa bersalah. Semenjak peristiwa tersebut saya rasa tidak guna
mengambil tahu hal-hal rumahtangga orang walau pun benda-benda mungkar seperti
ini berlaku di depan mata kita. Kawan-kawan yang lain jugak memberi nasihat yang
serupa. Kata mereka jangan peduli, alih-alih kita jugak yang jahat. Tapi takkan
kita sanggup lihat bini kawan kita berpelukan dengan orang lain kat depan mata
kita.

Kini si suami yang dahulunya mencari rezeki di Selangor telah kembali ke Penang.
Rasanya keadaan akan terkawal. Sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlalu.
Namun rumahtangga mereka masih kekal hingga ke hari ini. Perkara tersebut tidak
lagi di sebut. Sehinggalah pada malam Jumaat yang lepas saya seperti biasa
bersama kawan-kawan yang lain telah pergi kesuatu tempat di Georgetown. Sekali
lagi saya dikejutkan apabila melihat isteri kepada kawan saya itu berpelukan
dengan orang lain di khalayak ramai. Kelihatan mereka berdua sungguh mesra
sekali ibarat sepasang merpati dua sejoli. Bagai tidak memperdulikan keadaan
sekeliling. Mereka tidak perasan akan kehadiran saya di situ. Sehinggalah saya
lalu dihadapan mereka setelah kembali dari toilet.

Saya lihat mereka tidak tentu arah apabila menyedari kehadiran saya disitu.
Dalam keadaan berpelukan tadi telah bertukar menjadi seperti kucing nak beranak.
Apa yang di fikirkan di dalam benak kepala mereka saya pun tidak tahu.
Saya mendapat tahu lelaki yang berdamping dengan isteri kawan saya itu masih
single dan mereka bekerja ditempat yang sama. Kebetulan ada seorang kawan yang
bersama-sama dengan saya pada malam itu juga bertugas di tempat yang sama dengan
mereka. Kawan saya juga memberi tahu yang pergaulan mereka berdua sudah menjadi
buah mulut orang di tempat mereka berkerja. Kawan saya yang sebelum ini tidak
tahu yang perempuan tersebut mempunyai suami  dan isteri kepada kawan saya
menjadi terkejut. Dia juga memberi tahu saya  yang lelaki itu selalu pergi
menonton VCD dan bermalam di rumah perempuan tersebut pada masa suaminya tiada
di rumah. Alangkah terkejutnya saya apabila mengetahui cerita ini.

Keesokkan harinya saya cuba untuk menghubungi suaminya kerana saya curiga
bagaimana seorang isteri boleh terlepas keluar pukul dua pagi dengan orang lain
sedangkan suami dan anak-anaknya ada dirumah.Tenyata sangkaan saya tepat sekali
kerana suaminya pada ketika itu berada di KL. Tapi dengan siapa anak-anaknya
ditinggalkan?????? Bagaimana dia boleh lakukan semua ini sedangkan ia masih lagi
isteri kepada kawan saya itu?????

Sehingga saat ini saya masih tidak memberi tahu tentang peristiwa itu kepada
suaminya. Saya tidak pasti apa yang akan berlaku jika saya memberi tahu keadaan
yang sebenar berdasarkan pengalaman lalu. Saya minta rakan-rakan semua dapat
memberi sedikit pandangan dan bagaimana dan apa yang harus saya lakukan. Semoga
kita semua dapat ikhtibar daripada cerita di atas. Jangan sampai kita keluar
ikut pintu depan, isteri kita keluar ikut tingkap. Kalau si suami yang buat hal
boleh jugak dia kawin lagi satu tapi kalau si isteri bawak balik jantan mai
rumah macam mana nie????????


Chau........
















 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jufrihisham Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke