*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Tidak semua pesalah yang ditangkap itu ditahan dahulu. Beliau hanya
ditangkap selepas ditahan jika sekiranya beliau sedang bergerak atau
"in motion" seperti berjalan atau naik kenderaan. Jadi kenalah beliau
ditahan dahulu sebelum ditangkap. Kalau ditangkap "while in motion"
itu dah jadi macam helang atau burung hantu. Tapi sekiranya beliau
sedang bersama2 anak bini dirumah, makan beliau hanya ditangkap tanpa
ditahan.

Ada pula orang yang ditahan tapi tak ditangkap seperti pemandu mercedes
yang pakai lesen kancil. Lepas ditahan dan dikeluarkan saman, beliau
akan dilepaskan tanpa ditangkap.

Selepas ditangkap, mereka disumbat dalam jel. "Sumbat dalam jel" dan
"sumbat dalam neraka", ada bezanya. "Sumbat dalam jel" tak bererti
orang tu bersalah. "Sumbat dalam neraka" bererti orang tu sohih
bersalah.  Menganiyai orang tanpa dibicarakan kesalahan, makan duit
rakyat, menghina Islam, semua tu ada potential nak kena "sumbat dalam
neraka", tapi kata pemutusnya hanyalah hak Allah yg maha pemurah lagi
maha penyayang.

Semoga penerangan diatas jelas.

Terima kasih.

-------------

ISA: Polis bertindak selepas cukup bukti
TUMPAT 24 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, polis hanya
akan bertindak menangkap seseorang itu di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) apabila mempunyai bukti-bukti yang mencukupi di samping
hujah untuk berbuat demikian.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka yang ditangkap di bawah akta
itu setakat ini tidak boleh dikategorikan sebagai `tahanan' ISA kerana
ketika ini mereka masih disoal siasat.

``Tangkapan ISA bukan bermakna `tahanan' ISA, media selalu campur
perkataan `tahanan' dengan `tangkapan' ISA. Jangan kelam-kabutkan
perkara ini,'' katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan polis menahan Ketua Pemuda Parti
Keadilan Nasional (Keadilan) Johor, Lokman Noor Adam mengikut akta itu
awal pagi ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Lokman ditahan di bawah
Seksyen 73(1) akta berkenaan pada pukul 12.05 pagi di Seksyen 9, Shah
Alam, Selangor.

Polis sebelum ini memberkas lapan aktivis reformasi mengikut ISA sejak
10 April lalu kerana disyaki merancang mencetuskan demonstrasi jalanan
besar-besaran yang bercorak militan.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan menangkap
mereka di bawah ISA ditentukan oleh polis dan pihak berkenaan juga yang
akan menjalankan siasatan.



____________________________________________________________________
Free Web Based Email Served From a Mac at http://www.MacsRbetter.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke