*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> Subject: KEBESARAN AYAT KURSI
> Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
> diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
> Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
> dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan
> Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat
> Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi
> dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
> insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan
> manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,
> anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah
> s.w.t.
> Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
> membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
> dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan
> diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
> terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
> Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50
> kalil lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
> InsyaAllah,
> Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima
> ilmu pengetahuan.
> Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
> , Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
> "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
> segala kefakiran di depan matanya."
> Sabda baginda lagi;
> "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
> berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
> kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
> Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
> sebagaimana DIA memelihara NabiMuhammad. Mereka yang beramal dengan
> bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
> daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi
> juga,dengan
> izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
> Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
> rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
> ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
> khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
> Jika
> anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
> rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
> mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
> batin.
> *Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
> tidurnya,
> Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
> *Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
> ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
> *Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
> menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. *Barangsiapa
> membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
> rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
> *Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang
> Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
> perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah
> melimpahkan padanya rahmat.
> *Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah
> mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
> dan mendoakan baginya.
> *Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah Azza
> Wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
> orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
> *Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
> Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
> Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda,
> " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
>
>   _____
>
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
> <http://www.hotmail.com> .
>
>
>
>
> ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
> Untuk melanggan Group Keluarga, Edisi & Sutera , sila hantar
> e-mail kosong (blank e-mail) kepada:
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> ~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~~**~~
> SUTERA:
> Post message: [EMAIL PROTECTED]
> Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> List owner:  [EMAIL PROTECTED]
> URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Sutera
>
>
>
>
>
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
>
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SUSI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke