Balak: Pemuda BA buat laporan BPR
Friday, July 12 @ 21:04:36 MYT


Oleh HELMI KHALID
ALOR SETAR, 12 Julai (Hrkh) - Pemuda Barisan Alternatif (BA) menggesa Badan
Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat pemberian kawasan pembalakan di Kedah
membabitkan 160, 000 hektar kawasan Hutan Simpanan bagi tujuan pembalakan
kerana disyaki dibuat secara tidak betul.

Jumlah ini termasuk 30, 000 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal dan telah
diluluskan oleh kerajaan BN Kedah untuk projek usahasama antara Heli
Harvesting, Yayasan Islam Negeri Kedah dan WTK Holdings Berhad, sebuah
syarikat dari Sarawak.
Menurut laporan itu, kawasan ini amat strategik untuk tadahan hujan dan
penting untuk membekalkan air kepada tiga empangan utama iaitu Empangan
Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning dan syarikat-syarikat itu juga tidak
langsung mempunyai pengalaman dalam bidang pembalakan.
Kelulusan ini juga dibuat tanpa mendapat persetujuan Sidang DUN Kedah d! an
tidak pernah dilaporkan bahawa Laporan Penilaian Alam Sekitar telah dibuat
sebelum kawasan ini diluluskan.
Laporan bersama ini dibuat di Pejabat BPR Kedah, di sini, kira-kira pada jam
11.30 pagi tadi.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Haji Mahfuz Omar, Timbalan dan Naibnya, Timbalan
Ketua Pemuda KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk penulis, Lutfi
Othman dan beberapa exco pemuda kedua-dua parti turut sama ketika
menyerahkan laporan.
Penguasa BPR Kedah, Fauzi Hussain menerima laporan tersebut dan menyatakan
BPR akan mengambil tindakan susulan ekoran pendedahan ini, bersama beliau
adalah Penolong Penguasa BPR Kedah, Ghani Darus.
Laporan itu juga menyebut, tindakan kerajaan Kedah meluluskan pemberian ini
bermakna sumber bekalan air untuk keperluan domestik ratusan ribu rakyat
Kedah pada masa sekarang dan masa hadapan akan terjejas.
"Ini juga bermakna sumber air kepada ribuan ekar sawah padi yang bergantung
kepada empangan-empangan! tersebut juga akan terjejas teruk."
"Kawasan pembalakan ini juga merupakan lokasi strategik keselamatan yang
bersempadan dengan negara jiran, Thailand."
Sebarang aktiviti pembalakan di kawasan sempadan seperti ini harus
meletakkan kepentingan aspek ini nampaknya diabaikan apabila ia melibatkan
kawasan yang sebegitu luas," jelas Haji Mahfuz.
Tambahnya lagi, kawasan 160, 000 hektar adalah terlalu luas untuk diluluskan
sekaligus, apatah lagi sekiranya ia tidak dilakukan melalui tender terbuka
yang lebih telus.
Sementara itu, Saifuddin yang juga Adun Lunas berkata, berpandukan kepada
kaedah kelulusan dan pemberian kawasan balak ini, serta pengabaian aspek
kepentingan strategik iaitu kawasan tadahan hujan, hutan simpanan kekal dan
kawasan sempadan keselamatan maka Pemuda BA mempunyai sebab untuk menyesyaki
bahawa kelulusan ini tidak dibuat dengan betul.
"Pemberian kawasan balak ini melibatkan kepentingan individu p[emimpin
kerajaan se! rta agensi tertentu di negeri Kedah di bawah kepimpinan Dato'
Seri Syed Razak, kami menggesa agar BPR dapat memulakan siasatan secepat
mungkin," tegas Saifuddin.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke