Kenyataan Media
Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia (AMPRM)
14 Julai 2002

AMPRM kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan
Sdr. Abd Razak bin Shaari, Ketua PAS Cawangan Pekan
Kubor Panjang jam 4.30 pagi hari ini. Tindakan pihak
polis seramai 20 orang yang menahan beliau di rumahnya
atas tuduhan menaikkan kain rentang yang berunsur
menguggut ahli UMNO adalah sesuatu yang tidak adil dan
tidak masuk akal.

Yang berlaku adalah sebaliknya. Menurut anak beliau,
Sdr Abd Razak sebenarnya telah membuat laporan polis
sebelum itu berhubung perbuatan Pemuda UMNO menurunkan
kain rentang yang dinaikkan oleh petugas-petugas BA
tiga hari yang lalu.

Namun, laporan tersebut tidak mendapat perhatian
sewajarnya dari pihak polis sebaliknya orang yang
melaporkan perkara tersebut ditahan dan disoalsiasat.
Berita terakhir mengenai beliau adalah beliau telah
ditahan di IPD Pendang dan akan dibawa ke Mahkamah
Majistret Alor! Setar pada pagi ini.

Menurut Ketua Angkatan Muda, Sdr. Faizal Sanusi serta
petugas-petugas Angkatan Muda yang berada di Pendang,
perkara ini kini dibantu oleh peguam Sdr. Abd Razak
iaitu Sdr. Ibrahim dan juga wakil rakyat Bukit Raya,
Sdr. YB Taulan Rasol.

AMPRM menyeru agar pihak polis bersikap lebih
profesional serta berwibawa dalam menjalankan tugas
dan tidak membenarkan diri mereka dipergunakan oleh
pihak BN.

Sebelum kes Sdr. Razak, terdapat laporan bahwa seorang
petugas BA juga telah ditahan reman apabila membuat
laporan mengenai kain rentang BA yang ditindih secara
sengaja oleh petugas-petugas BN. Mengapa orang yang
membuat laporan yang menjadi mangsa?
Mengapa perkara ini tidak disiasat terlebih dulu.
Perkara sebegini membawa kepada rasa sangsi terhadap
sikap pihak polis yang sewajarnya berlaku jujur dan
adil.

AMPRM menyeru agar Sdr. Razak segera dibebaskan dan
pihak polis bersikap lebih profes! ional untuk
menjadikan pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit
mendapat perhatian sewajarnya dari pihak polis.

Ketua Penerangan
Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke