Berita // News : Kak
Wan Turun Berkempen di Kedah
hold=0>
Sunday, July 14, 2002 - 12:43 PM GMT



Pemangku
Setiausaha Pemuda, Sdr. Saiful Izham memaklumkan kepada pemuda-keadilan.org
hari ini bahawa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang baru tiba dari
Australia akan berada di Kedah mulai hari ini (14/7/2002) hingga hari
pembuangan undi bagi membantu jentera pilihanraya Barisan Alternatif,
khususnya mengetuai Parti Keadilan Nasional di dalam kedua-dua pilihanraya
kecil DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang yang dijalankan secara serentak
selepas kembalinya ke Rahmatullah, Almarhum Dato Fadzil Noor, Presiden PAS
pada 23/6/2002 yang lalu. Datin Seri Dr Wan Azizah akan memulaka! n kempen
pilihanraya dengan bersama-sama seluruh pimpinan Pemuda Keadilan pada jam
9.00 malam di Markas Pemuda Keadilan, Simpang Taman Aman, DUN Anak Bukit di
dalam satu ceramah perdana besar-besaran bagi menggempur kubu kuat BN di
situ. Antara pimpinan Pemuda yang akan turut sama di dalam program malam ini
adalah YB Sdr. Saifuddin Nasution, Timbalan Ketua Pemuda, Sdr. Muhammad
Zahid Md. Arip, Naib Ketua Pemuda, Sdr. Zakir Yusoff, Bendahari Pemuda
merangkap Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Sdr. Johari Kassim, Ketua
Penerangan Pemuda merangkap Ketua Pemuda Pulau Pinang, Sdr. Saiful Izham,
Pemangku Setiausaha Pemuda, Sdr. SD Johari, Ketua Pemuda Selangor, Sdr.
Wahab Ibrahim, Ketua Pemuda Melaka dan Sdr. Zammil Ibrahim, Ketua Pemuda
Kedah selaku Pengerusi Ceramah malam ini. Seterusnya, pada keesokkan
harinya Datin Seri Dr. Wan Azizah akan mula turun menemui pengundi-pengundi
di kawasan Anak Bukit dan parlimen Pendang sehingga hari mengund! i bagi
memastikan warisan pusaka perjuangan Almarhum Dato. Fadzil Noor akan
dipertahankan dengan majoriti undi yang meningkat bagi memberikan mesej yang
jelas kepada UMNO dan BN bahawa rakyat Malaysia, terutamanya di Kedah sudah
lama menolak budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan dan amalan
penyelewengan yang semakin berleluasa, termasuklah kezaliman yang semakin
mencengkam ke atas rakyat negara ini. Jadual lawatan Datin Seri Dr. wan
Azizah akan diumumkan oleh pemuda-keadilan.org dalam sedikit masa lagi.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 5 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke