Shahidan Kasim didakwa upah pengundi hantu




ALOR SETAR, 18 Julai  -
Beberapa orang pengundi hantu yang berjaya ditahan oleh petugas PAS mengaku mereka diupah oleh Menteri Besar Perlis, Shahidan Kasim untuk datang mengundi.

Pengakuan mereka kini direkodkan oleh petugas BA dan akan dijadikan bukti apabila bantahan rasmi mengenai perkara ini dibuat oleh PAS dan BA nanti.

Sehingga kini beberapa orang dari mereka telah membuat pengakuan itu kepada petugas BA.

Menteri Besar Perlis adalah antara pemimpin utama BN yang bertungkus lumus di Anak Bukit bagi memenangkan calon BN.

 

 

 

Puteri mengecewakan

Pendang 18 Julai 2002  

Puteri Umno yang diwar-warkan hebat oleh ketua penajanya, Azlina Othman mengecewakan ramai pemerhati pilihan raya yang datang ke sini termasuk penyokong Umno sendiri.

"Puteri yang disebut-sebut akan memberi tentangan hebat kepada PAS dan berkerja kuat dalam kempen pilihan raya rupa-rupanya tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Di hari terakhir ini mereka langsung tidak berdaya melakukan sesuatu untuk menaikkan undi Umno, bahkan Azlina juga tidak berani menunjukkan muka ditempat pembuangan undi walaupun beliau ada disini," kata seorang petugas Pondok Panas di pusat pembuangan undi Pekan Sungai Tiang.

Di Pendang dan Anak Bukit, Puteri Umno telah diserang dari segenap sudut, sepanduk, poster serta risalah-risalah tentang mereka boleh dilihat di merata-rata tempat.

"Saya bayangkan Puteri akan lebih hebat dari apa yang mereka lakukan di Indera Kayangan, tetapi disini mereka seperti diikat kaki dan tangan," komen sepasang suami isteri dari Selangor yang datang memerhati pilihan raya Pendang-Anak Bukit.

Sementara itu, perkembangan sehingga jam 12 tengah hari PAS masih lagi menguasai suasana pilihan raya di Pendang apabila pondok-pondok panas PAS juga lebih ramai didatangi pengundi berbanding pondok panas Umno.

Nisbah kenderaan yang membawa bendera PAS juga melebihi Umno dengan kadar tujuh nisbah tiga.

"Umno menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pengundi dan menjatuhkan moral PAS, tetapi mereka kecundang disini," kata ADUN Blanja Perak, Dr Faizol Fadzli.

"Agak sukar untuk BN menang kecuali mereka ada tektik kotor," tambah beliau yang datang berkempen untuk calon PAS.

 

 

 



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke