Calon BN Anak Bukit cekik perayu undi Cina




ANAK BUKIT, 18 Julai  -  Memeranjat dan mendukacitakan. Itulah yang berlaku di perkarangan Sekolah Menengah Sri Gunung jam 10.30 pagi tadi apabila calon BN Dun Anak Bukit, Dato’ Zakaria Said, mencekik leher seorang perayu undi PAS dari kalangan orang Cina.



Perayu undi dari Keadilan Perak, Lin Chew Man, 25 tahun, kini sedang membuat pemeriksaan doctor selepas pihak polis enggan menerima laporan polisnya tanpa laporan kesihatan.

 

Beliau ke Balai Polis Anak Bukit jam 11.30 pagi tadi tetapi polis meminta beliau membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum menerima laporan itu.

 

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, Mohd. Nasir Mustafa memberitahu, Zakaria yang sedang membuat lawatan ke tempat pembuangan undi itu telah menghampiri petugas dari kaum Tionghua yang sedang merayu undi untuk calon PAS itu dan bertanya sesuatu kepada beliau.

 

Katanya, Zakaria menyoal perayu undi tersebut dari mana beliau datang dan kemudiannya terus mencekik petugas tersebut di hadapan ratusan perayu undi PAS dan BN serta para pengundi.

 

Ekoran itu, kekecohan berlaku dan polis telah datang menyuraikan keadaan.

 

Mohd. Nasir yang juga merupakan Pengarah Urusan Antara Kaum Pilihanraya Kecil DUN Anak Bukit berkata pihaknya amat kesal dengan sikap ‘samseng’ calon BN tersebut.

 

 

 

 

 



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT

Reformasi-Malaysia:  Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia :  A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]


Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Kirim email ke