Jangan sempitkan hiburan
Thursday, October 17 @ 10:10:20 MYT


IPOH, 17 Okt (Hrkh)- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
menegaskan pengertian hiburan yang hanya menjurus kepada nyanyian dan tarian
semata-mata adalah pengertian salah yang dicipta oleh musuh-musuh Islam
dengan menyempitkan maksud sebenar hiburan dengan tujuan untuk merosakkan
Islam.

"Musuh-musuh Islam akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk merosakkan
umat Islam sehingga tunduk kepada mereka," ujar beliau dalam ceramah Israk
Mikrajnya di masjid Mujahideen, Pekan Rezaki dekat sini.
Tuan Guru Nik Aziz, dalam ceramahnya itu mengulas pertemuannya dengan
beberapa karyawan yang diadakan di pejabatnya untuk membincangkan masalah
hiburan yang tidak dibenarkan di Kelantan.
Sebelum ini kerajaan Kelantan tidak membenarkan satu majlis hiburan diadakan
di negeri itu kerana dikatakan tidak menepati dengan hiburan yang dibenarkan
dalam Islam.
L! antaran itu timbul kenyataan-kenyataan dalam akhbar yang menuduh kerajaan
Kelantan sebagai jahat kerana menyekat hiburan sehingga membawa kepada
pertemuan Menteri Besar dengan beberapa orang karyawan untuk menjelaskan isu
tersebut.
Sehubungan itu Nik Aziz tetap mempertahankan agama Islam yang tidak pernah
menyekat umatnya untuk berhibur jika dibandingkan dengan agama lain.
Kata beliau, agama Kristian menyekat paderi-paderinya daripada berkahwin,
begitu juga dengan agama Buddha walaupun mereka berkeinginan untuk berkahwin
ataupun berkemampuan.
"Dalam Islam tiada sekatan seperti itu dalam apa perkara sekalipun termasuk
untuk berhibur cuma dalam Islam ada kawalan-kawalan tertentu untuk
memastikan manusia sentiasa dilandasannya yang betul dan menjaga hubungan
dengan Allah.
Tiada sekatan tetapi kawalan
"Islam tiada sekatan tapi Islam ada kawalan, dua perkara ini adalah
berbeza," katanya.
Menurut beliau, semua manusia ada hiburan unt! uk dirinya cuma mereka
mempunyai cara tersendiri untuk berhibur dan tidak semesti tetap dengan
menari atau menyanyi sahaja.
Malahan katanya lagi, Rasulullah S.A.W juga ada hiburannya iaitu dengan
melihat wajah yang cantik, melihat pandangan hijau dan air mengalir,
manakala kemuncak kepada hiburan Rasulullah adalah dengan bersembayang.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke