Pegawai kanan bomba dakwa ketua pengarahnya terlibat rasuah

KUALA LUMPUR,Khamis 17 Okt - Jabatan Bomba dan Penyelamat “bergegar” hari
ini bila seorang pegawai kanannya mengadakan satu sidang akhbar mendakwa
Ketua Pengarahnya,Datuk Jaafar Sidek Thambi terlibat dalam amalan rasuah.
Dalam sidang akhbar berkenaan,Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
Kuala Lumpur,Mohd Ali Thambi Chik malah menunjukkan bukti-bukti termasuk
gambar yang mendakwa Jaafar mengadakan kenduri kahwin anak lelakinya
mengunakan kemudahan jabatan berkenaan.
Sidang akhbar itu diadakan di pejabatnya di Jalan Maharajalela.
Beliau menganggarkan majlis kenduri itu yang diadakan di dua tempat
berasingan iaitu di Stadium Juara,Bukit Kiara dan di Hotel Rennaissance
menelan belanja lebih kurang RM 500,000 mengambil kira sama masa dan
kemudahan jabatan itu yang digunakan bagi menjayakannya.
Mohd Ali menegaskan adalah menjadi tangongjawabnya mendedahkan salahlaku
para pegawai kanan jabatan itu yang meletakan nyawa manusia menghadapi
risiko dengan “menjual”sijil kelayakan kebakaran kepada para pemilik
bangunan.
Katanya tindak tanduk seperti ini adalah lebih buruk dari perbuatan
mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing atau menjual senjata api.
Serentak dengan itu beliau mendakwa Jaafar telah melakukan pembelotan kerana
menerima sponsor dari pemilik bangunan untuk membiayai majlis kendiri kahwin
anaknya.
Dakwannya sponsor berkenaan adalah jawapan kepada soalan bagaimana Jaafar
boleh mengadakan majlis kenduri yang menelan belanja yang banyak itu.
Katanya beliau telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah mengenai
dakwaan itu.
Sidang akhbar yang gempar itu diadakan lanjutan dari dakwaan yang dibuat
oleh Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua Pemuda Pas,Mahfuz Omar di
Parlimen minggu lalu bahawa Ketua Pengarah berkenaan mengadakan majlis
kenduri di Stadium Bukit Jalil yang dihadiri oleh 20,000 orang dan satu lagi
di Hotel Rennaissance 6,000 orang.
Beliau juga mendakwa ada bukti mengenai pengunaan kemudahan jabatan untuk
kedua-dua majlis itu.
Mahfuz mempersoalkan bagaimana aafar boleh mengadakan majlis kenduri yang
menelan belanja yang banyak itu.
Jaafar telah menafikan dakwaan tersebut.Katanya majlis di stadium itu
dihadiri oleh kira-kira 8,000 manakala di hotel 600 orang.
Sidang akhbar berkenaan telah diselubungi oleh kekecohan bila beberapa orang
anggota polis tiba-tiba muncul di dalam bilik sidang akhbar tidak lama
selepas ia berlangsung dan meminta para wartawan keluar.
Anggota polis itu yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
Kuala Lumpur Leonard Athanasius, memberitahu para wartawan bahawa ia adalah
satu “sidang haram”.
Mohd Ali menegaskan beliau sedia menanggung akibat dari tindakannya membuat
pendedahan ini demi untuk menyelamatkan nyawa manusia.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke