Assalamu3alaikum warahmatullahi wabarakahtuh,

Ramai yang tidak faham dengan hukum hakam demonstrasi dalam Islam, ramai yang 
memperkatakan bahawa demonstrasi itu tradisi Barat, dan ada yang berkata bahawa 
demonstrasi itu budaya kufur, marilah kita lihat pandangan Islam tentang 
demonstrasi yang diterima pakai oleh Hizbu tahrir

http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Nahdah&pa=showpage&pid=52

DEMONSTRASI - BENARKAH IA SATU TINDAKAN BODOH?
SN Keluaran 2006




Aktiviti berdemonstrasi (tunjuk perasaan) atau perarakan di jalan-jalan, 
berkumpul di luar bangunan atau kawasan terbuka dengan membawa sepanduk yang 
merupakan manifestasi dari rasa tidak puas hati berkenaan sesuatu perkara 
nampaknya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Secara sepintas 
lalu, ia menunjukkan sifat prihatin rakyat terhadap isu-isu semasa yang 
menyentuh sensitiviti mereka. 

Minggu lepas kita telah dikhabarkan oleh media-media massa mengenai demonstrasi 
yang dilakukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan 
diri mereka sebagai Badan Anti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) atau BADAI yang 
dianggotai oleh beberapa NGO. Seramai lebih kurang 500 orang telah 
berdemonstrasi membantah forum bertajuk `Perlembagaan Persekutuan : 
Perlindungan Untuk Semua' di hadapan Hotel Cititel, Pulau Pinang yang 
dianjurkan oleh Aliran dan Article 11, yang dianggotai oleh 14 NGO termasuk 
Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All 
Women's Action Society (AWAM) [Utusan Malaysia 15 Mei 2006]. Tindakan 
demonstrasi yang dilakukan oleh BADAI itu telah menimbulkan reaksi yang negatif 
dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz 
dengan menyifatkannya sebagai salah dan bodoh. “Jika anda bantah dan adakan 
demonstrasi ketika orang berbincang, ia tindakan bodoh. Saya tidak takut 
menggunakan ayat
 itu”, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Pakar-pakar 
Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia di Sisi Islam (MIEHRI) di Kuala Lumpur. 
[Utusan Malaysia 16 Mei 2006].

Dilihat dari sudut sejarah, demonstrasi sebenarnya telah lama menular ke negara 
ini, semenjak Tanah Melayu dijajah oleh British lagi. Ketika itu, kuasa 
pemerintahan dipegang sepenuhnya oleh British yang menyebabkan ketidakpuasan 
hati rakyat. Rakyat, khususnya orang Melayu bangkit untuk menentang penjajah. 
Kebangkitan mereka dimanifestasikan oleh tindakan demonstrasi untuk menunjukkan 
rasa tidak puas hati kepada British. Para pejuang nasionalis Melayu sebelum 
zaman merdeka telah beberapa kali melakukan tindakan demonstrasi dan antara 
yang terbesar adalah demonstrasi yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, pada 10 
Februari 1946. Dianggarkan seramai 15,000 orang Melayu telah berhimpun 
menentang penubuhan Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Ini telah menjadi 
titik tolak kepada beberapa siri demonstrasi orang Melayu, khasnya ahli UMNO 
selepas itu dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu sehingga 
berakhirnya penjajahan pada 31 Ogos 1957. 

Amat tidak wajar jika kita membuat kesimpulan bahawa demonstrasi yang telah 
dilakukan ini suatu tindakan bodoh. Adakah pemimpin-pemimpin (khasnya UMNO) dan 
rakyat yang telah berjuang dengan melakukan demonstrasi untuk mendapatkan 
kemerdekaan dari British ini telah melakukan suatu kebodohan? Walaupun 
demonstrasi itu telah dilakukan ‘secara haram’ (kerana British pada waktu 
itu tidak memberi permit untuk rakyat mengadakan demonstrasi), tetapi pemimpin 
dan rakyat pada waktu itu tidak pernah beranggapan ia adalah suatu kebodohan, 
malah sebaliknya. Walaupun perhimpunan adalah ‘haram’, rakyat tetap bangkit 
dan berdemonstrasi tanpa memperdulikan ‘keharamannya’. Inilah sejarah yang 
tidak dapat kita nafikan. 

Definisi Demonstrasi 

Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 
(DBP) mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang 
cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan 
cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain. Inilah definisi yang 
menjadi topik perbincangan kita.

Daripada definisi itu sendiri, kita dapat fahami bahawa demonstrasi tidak 
membawa apa-apa konotasi yang negatif, apalagi yang menjurus kepada kesalahan. 
Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu cara untuk menampakkan 
aspirasi ataupun pendapat (ta'bir ar-ra'yi) masyarakat secara berkumpulan. 
Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita sebagai umat Islam adalah 
untuk memandang pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara umum, 
aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat di dalam Islam adalah perkara yang 
dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan atau 
pendapat tentang suatu perkara, cuma dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan 
orang. 

Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh dibahagikan kepada dua:
1) Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat di 
tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang 
sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam 
Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, 
rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta 
individu. 

2) Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk 
menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini tidak 
akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda 
negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan 
dan mematuhi hukum-hukum syara’, nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat 
Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

Hukum Demonstrasi Menurut Islam 

Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di 
dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang 
diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar 
harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya. Tidak kurang pula, 
Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, 
bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam 
demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam. 

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang 
dibolehkan/diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan 
dengan tertib dan aman, dengan memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara’, 
termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan; ia dilakukan 
tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, 
merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh 
yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh Islam.

Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah sebagai salah satu cara (uslub) 
di antara berbagai cara pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan sebagai 
method (thariqah) di dalam melakukan proses perubahan masyarakat. 
[Method/Thariqah adalah suatu yang wajib diambil oleh umat Islam di dalam 
mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah Rasulullah berdakwah secara aman dan 
tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Sedangkan uslub 
adalah suatu yang boleh berubah-ubah dan pelbagai sifatnya asalkan tidak 
bertentangan dengan hukum syara’]. Apabila keadaan memerlukan, Masiirah boleh 
dan patut dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan. Hal ini 
sesuai dengan hukum kemubahannya. 

Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda tidak 
pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah 
masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah menjadi masyarakat Islam. Namun begitu, 
baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi 
setelah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam diperintahkan oleh Allah Subhanahu 
wa Ta’ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan 
kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka’bah. Satu 
barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khaththab dan yang satu lagi dipimpin oleh 
Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La 
ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka’bah. Rasulullah 
sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu 
‘alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan oleh 
masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu di dalam
 rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan Islam dengan berdakwah 
secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk 
menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif 
(dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu 
Al-Arqam.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum 
Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah 
dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. 
Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab 
kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. 
Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah 
dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata ”Celakalah engkau 
wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan 
kami?”. Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta’ala 
melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin! adakah kita sanggup untuk mengatakan 
bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai 
suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab? Na’uzubillahi min zalik. 

Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang 
menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh Islam. 
Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum Muslimin dibolehkan 
menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan 
sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah. 

Demonstrasi Islam –vs- Kapitalis & Sosialis 

Islam meletakkan demonstrasi aman sebagai uslub untuk menjelaskan aspirasi dan 
pendapat. Kedudukan ini amat berbeza sekali dengan pandangan masyarakat 
Kapitalis atau Sosialis (termasuk di dalamnya Komunis) yang menganggap 
demonstrasi (samada aman atau liar) sebagai salah satu thariqah dalam melakukan 
perubahan masyarakat. Bagi masyarakat kufur ini, demonstrasi adalah sebagai 
proses perubahan masyarakat ke arah yang mereka inginkan. Oleh karena itu, 
mereka tidak ada peraturan di dalam melakukan demonstrasi. Banyak sekali 
kejadian di mana mereka sering menimbulkan ketidaktenteraman, merosak, 
menghancurkan, membakar harta benda dan lain-lain bentuk kemusnahan demi 
mencapai matlamat dan objektif mereka. Bukti-bukti kepada perkara ini amat 
jelas dan banyak sekali di mana kita dapat lihat hampir setiap hari di kaca TV 
mahupun di dada-dada akhbar tentang demonstrasi liar yang dilakukan oleh kaum 
kafir ini di dalam menuntut apa yang mereka inginkan. 

Berlandaskan kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) seperti inilah, masyarakat 
kufur samada Kapitalis atau Sosialis membangun cara hidup mereka. Berasaskan 
idea ’kebebasan’, mereka merasa berhak melakukan apa sahaja untuk 
menunjukkan rasa tidak puas hati. Dengan kata lain, kaedah yang mereka gunakan 
semasa berdemonstrasi ialah ’matlamat menghalalkan segala cara’. Islam 
tidak mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang dijaja oleh kafir Barat. Umat 
Islam bukanlah satu umat yang ’bebas’. Umat Islam adalah umat yang 
’terikat’ dengan segala perintah dan larangan Allah. Kaum Muslimin adalah 
terikat dengan segala hukum-hakam, halal dan haram, baik dan buruk hanyalah 
semata-mata mengikut apa yang Allah telah tetapkan. 

Sebagaimana yang telah dijelaskan, demonstrasi liar seperti yang dilakukan oleh 
golongan Kapitalis atau Sosialis adalah diharamkan di dalam Islam. Islam 
mengharamkan menumpah darah sesama manusia kecuali dengan hak. Harta benda yang 
dimiliki oleh seseorang haram diambil atau dirampas oleh orang lain kecuali 
dengan hak. Kehormatan setiap orang haram dicabuli atau dirampas oleh orang 
lain. Syariat Islam menjaga ketiga-tiga perkara tersebut dengan sempurna. 
Mana-mana individu atau pemerintah yang melakukan pencerobohan terhadap tiga 
perkara ini akan dikenakan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah 
dan Rasul-Nya. 

Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah ’matlamat menghalalkan cara’ 
(al-ghaayah tubarriru al¬-wasilah), sebagaimana yang dianuti oleh masyarakat 
Kapitalis atau Sosialis. Tindak-tanduk seorang Muslim samada sebagai individu 
atau sebahagian dari anggota masyarakat ataupun sebagai penguasa wajib terikat 
dengan syariat Islam. Di dalam mengungkap aspirasi atau pendapat dengan cara 
berdemonstrasi mahupun dalam melakukan proses perubahan masyarakat, kaum 
Muslimin terikat dengan apa yang Rasulullah telah tunjukkan. Demonstrasi 
mestilah dilakukan dengan cara yang aman. 

Khatimah

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah! Merubah kemungkaran itu adalah 
hak dan tanggungjawab kalian, baik kemungkaran itu dilakukan oleh individu atau 
pemerintah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Barangsiapa 
yang menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika 
tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya (perkataan), jika tidak mampu dengan 
qalbunya. Itu (dengan qalbu) adalah selemah-lemah iman” [HR Muslim].

Mana-mana Masiirah yang dilakukan oleh kaum Muslimin di dalam mengubah 
kemungkaran adalah hal yang dituntut dan sememangnya sesuatu yang mulia. Tidak 
lama dahulu kaum Muslimin di seluruh dunia termasuklah di Malaysia melakukan 
Masiirah sebagai bantahan ke atas karikatur yang menghina Rasulullah Sallallahu 
‘alaihi wa Sallam. Parti Islam SeMalaysia (PAS) beserta beberapa pertubuhan 
Islam lainnya dan umat Islam yang prihatin telah sama-sama bermasiirah 
membantah penghinaan yang telah dilakukan itu. Hizbut Tahrir Malaysia juga 
turut melakukan seruan di Masjid Negara mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan 
yang telah dilakukan ke atas Rasulullah dan mengajak umat Islam agar 
bersama-sama mendirikan semula Daulah Khilafah yang hanya dengannya akan 
’mengajar’ dan menghukum kebiadaban kaum kuffar tersebut. Oleh itu, 
tindakan-tindakan seumpama ini dan juga bantahan ke atas forum `Perlembagaan 
Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua' di depan Hotel Cititel, Pulau Pinang, 
patut
 dipuji, bukannya dikeji. Adakah kita akan sanggup untuk menyatakan bahawa kaum 
Muslimin yang bermasiirah demi membela Rasulullah, demi membela Deen Allah dari 
diperlecehkan oleh kaum kuffar sebagai suatu tindakan yang salah dan bodoh? 

Betapa mulianya aktiviti amar ma’ruf nahi mungkar ini telah dijelaskan oleh 
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam sabda baginda. Bahkan pahala 
aktiviti seumpama ini boleh sebanding dengan pahala penghulu syuhada, iaitu 
Hamzah bin Abdul Muthallib, “Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul 
Muthallib dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang zalim, lalu dia 
mengingatkan penguasa tersebut (kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari 
kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.” ]HR Al-Hakim]. 

Wahai Kaum Muslimin! Menasihati dan memuhasabah pemimpin, institusi, 
organisasi, kelompok atau komuniti tertentu serta mengkritik dasar dan 
keputusannya yang zalim, termasuk membongkar kemungkaran atau konspirasi jahat 
terhadap Islam dan kaum Muslimin hukumnya adalah wajib meskipun caranya boleh 
beragam; boleh dilakukan secara langsung bertemu face to face; atau melalui 
tulisan, surat, seminar, demonstrasi aman dan lain-lain. Melakukan 
perkara-perkara tersebut dengan cara yang dibenarkan oleh syara’ samada 
secara langsung maupun tidak, adalah jelas lebih mulia berbanding dengan tidak 
melakukan apa-apa, apatah lagi dari mengeji dan menghina orang lain yang 
melakukannya. 

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Kalian adalah wakil rakyat yang telah dipilih 
untuk memimpin umat ini, bukan menyesatkannya. Kalian adalah orang yang 
diperintah oleh Rasulullah untuk menjadi pelindung kaum Muslimin bukan 
membinasakannya. Kalian adalah orang yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga 
agamaNya, bukan menghancurkannya. Umat Islam mengharapkan kalian agar melakukan 
perubahan, menjadi pemelihara rakyat dan pembela Islam. Umat Islam benar-benar 
mengharapkan kalian mengembalikan semula kehidupan Islam, mengembalikan sistem 
Islam, menerapkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, menegakkan semula 
Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Jika kalian tidak melakukannya, kaum 
Muslimin yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap 
melakukannya. Sesungguhnya balasan Allah akan pasti tiba bagi mereka-mereka 
yang ingkar akan perintahNya. Itulah janji Allah dan janji Allah adalah suatu 
kebenaran yang pasti! Wallahua’lam




Kadet Pencen <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               
Amin Iskandar @ Black

Demonstrasi budaya Malaysia             Ramai yang terlupa bahawa demonstrasi 
ialah budaya Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Malaya. Dato Onn Bin 
Jaafar, datuk kepada Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein (yang lebih 
terkenal dengan panggilan Hishamuddin Keris) adalah Pemimpin Demonstrasi 
menentang Malayan Union pada tahun 1946.
 
 Kepada semua ahli-ahli UMNO, MCA dan MIC dan juga semua parti komponen BN,


 Jangan segan silu untuk bersama menyertai Perhimpunan Raksaksa 100 000 rakyat 
pada 10 November 2007. Anda semua layak untuk bersama dalam perhimpunan 
bersejarah ini. Tinggalkan pemimpin anda yang tidak berani dan bacul. Mereka 
sudah lari dari  landasan perjuangan. Mereka lebih mementingkan kekayaan 
sendiri daripada menjaga kebajikan anda.


 Ingatlah, harga minyak dan tol akan menyusul naik tidak lama lagi. Sampai bila 
nak terus miskin dan menderita?


 Keputusan ditangan masing-masing. Mahu hidup hina dan miskin dinegeri sendiri 
dan mati tanpa berbuat apa-apa ataupun mahu dikenang dalam sejarah negara 
sebagai pejuang untuk mengembalikan kedaulatan rakyat?
 
 Masyarakat dunia juga akan berhimpun untuk menyatakan sookongan kepada 
Gelombang Kuning. Setakat ini rakan-rakan aktivis dari India, Indonesia, 
Filipina, Mongolia, Thailand, England, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah 
memberikan komitmen untuk berdemonstrasi dihadapan Kedutaan Malaysia di negara 
mereka pada tarikh yang sama.


 Apakah anda hanya mahu tinggal dirumah?
 
        



Lawati laman Bersih di http://bersih.org/ 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
     
                               


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

Ahmus


 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke