Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada orang
kampung saya YB Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Belia dan
Sukan. Ianya mengembalikan nostalgia seorang lagi orang kampung saya iaitu Dato’
Mokhtar Hashim yang menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1980 - 1983. 
Antara
kejayaan besar ketika Dato’ Mokhtar menjadi Menteri Belia dan Sukan ialah
apabila pasukan bolasepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow. 
 
Saya tidak ada cadangan untuk dikemukakan kepada YB Khairy.
Saya hanya ingin menyampaikan hasrat orang Rembau, hasrat Menteri Besar 
N.Sembilan
dan hasrat YB Khairy sebelum ini agar ianya menjadi kenyataan. 
 
Hasrat tersebut ialah :
 
1. Padang untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Rembau. 
 
Saya panjangkan hasrat dan keluhan dari ahli PIBG sekolah
tersebut seperti berikut : “Paling menarik sekolah ini tidak mempunyai makmal
sains telah berjaya mendapat keputusan 100% bagi matapelajaran sains. Bukan
setakat itu, sekolah ini juga tidak mempunyai padang sekolah berjaya melahirkan
atlit-atlit yang cemerlang di peringkat daerah dan mewakili negeri di peringkat
kebangsaan. Saya berharap JPNNS dapat memberikan tanah tersebut kepada pihak
sekolah untuk dijadikan padang sekolah. Berilah peluang kepada anak-anak untuk
bersukan dan beriadah di padang yang sempurna. Kasihan melihat pelajar-pelajar
asrama bermain bola di padang tempat letak kereta. Jika hujan kawasan ini akan
dipenuhi air dan lecak.” . Hasrat penuh ahli PIBG SMA Rembau tersebut di 
http://www.nagarinantuo.com/tahniah-anda-hebat/ 
 
 
2. Landasan Pesawat Ringat dan Pesawat Mainan di Rembau
 
Semoga hasrat MB Negeri Sembilan yang disuarakan pada tahun
2008 lagi akan menjadi kenyataan agar belia di Rembau dapat mengembangkan ilmu
aeronotik dan ilmu kejuruteraan. 
 
Landasan pesawat kecil dibina di Rembau  
21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan
negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab
Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar,
Rembau. “Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan
yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat
kecil seperti Cessna atau mikrolite.”
 
 
3. Penubuhan Kelab Roket di Sekolah
 
Semoga hasrat YB Khairy yang diutarakan sejak sebelum
menjadi Ahli Parlimen Rembau menjadi kenyataan. 
 
Ministry to set up ‘Rocket Clubs’ in schools
Tuesday November 6, 2007
 
KUALA LUMPUR: Rocket Clubs will be set up in schools to
instil interest in aerospace and astrophysics, Umno Youth vice-chief Khairy
Jamaluddin said. He said Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
was inspired to set up the clubs following the successful mission of the first
Malaysian Angkasawan. Hishammuddin had called on Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar
Shukor and Major Dr Faiz Khaleed to support the programmes.
 
Rozmal bin Malakan
http://rozmal.blogspot.com 

Kirim email ke