Kajian statistik menunjukkan 11 peratus
atau sekitar 3 juta rakyat Melaysia mempunyai masalah mental dengan 50,000 kes
cuba bunuh diri setahun. Dimana silapnya?
 
Selamat tinggal cinta
6 Jun 2013 
 
Kuala Kangsar: Kecewa kerana ditinggalkan
teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan
riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung
Ketior, di sini semalam.
 
Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia
25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan
bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis.
 
“Ibu mangsa yang berasa curiga sebaik
anaknya tidak keluar dari bilik tidur pada pagi itu tergerak menjenguk mangsa
di bilik. “Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ibunya terkejut apabila
mendapati mangsa tergantung di dalam bilik berkenaan.
 
“Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada
ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.
 
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital
Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Selamattinggalcinta//Article 

Kirim email ke