Saya dimaklumkan ada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun
dari N.Sembilan, yatim lagi piatu, tiada ayah, ibunya meninggal dunia tahun
lepas, berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sekolah tahfiz.  Antara sekolah 
tahfiz di N.Sembilan yang
memberi peluang ialah Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah di Kg. Jijan, Nilai,
N.Sembilan.
 
Yuran kemasukan hanya RM500 manakala yuran bulanan sepenuh
masa termasuk makan, minum, asrama dan sebagainya cuma RM300 sebulan. 
 
Kepada mereka yang sudi menaja pelajar ini sila hubungi Pengetua
Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah, Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
 
Baru-baru ini saya dengar di Radio IKIM, Ustazah Norhafizah
Musa bercakap tak silap saya, kisah seorang banduan di Indonesia yang insaf dan
bertaubat di dalam penjara. Sebaik keluar penjara beliau tekad untuk mendirikan
sekolah tahfiz setelah diberi sebidang tanah hutan di pinggir Jakarta. 
 
Lalu dibuatlah kertas kerja dan dihantar kepada para
dermawan. Terkumpulah sekitar RM50,000. Lalu dia berbincang dengan
rakan-rakannya kerana RM50,000 tak cukup untuk bina sekolah tahfiz, hanya cukup
untuk bersih hutan dan buat pagar. Ada yang mencadangkan agar di masuk dalam
bank untuk mendapatkan keuntungan.
 
Akhirnya dia berkata dimasukkan RM50,000 ini dalam bank
Allah. Dia mengagihkan RM50,000 ini kepada beberapa sekolah-sekolah tahfiz
sekitar Jakarta yang sedia ada kerana pasti ianya dapat menunaikan hajat
keperluan sekolah-sekolah tahfiz tersebut. 
 
Setahun kemudian dana untuk sekolah tahfiznya bertambah
sehingga RM500,000. Beri 1 dapat 10. Ada yang derma dari sekolah-sekolah tahfiz
yang dia bantu sebelum ini.
 
Kini sekolah tahfiz beliau amat dikenali, dan banduan tadi
digelar Pak Kiai.
 
Pengajarannya :
1. Sekolah Tahfiz, Institusi Pondok dan sebagainya perlu
bantu membantu sesama sendiri.
2. RM50,000 tak cukup nak  buat bangunan, sekolah, markas dan sebagainya, tapi 
mungkin boleh
membiayai 100 orang pelajar tahfiz dari golongan tidak berkemampuan atau
membantu 1000 keluarga yang bekalan elektrik dan airnya dipotong.
3. Bila orang berikan sumbangan untuk diagihkan, segera
diagihkan.
4. Yakin dengan janji Allah, kata-kata Nabi, beri 1 dibalas
70, beri 1 dibalas 10, beri 1 dibalas di dunia, beri 1 dibalas di akhirat 
berganda-ganda.
5. Jangan tunggu Ramadhan nak buat baik.

Kirim email ke