: Lebih 100 saudara seaqidah di Thailand terkorban syahid, apa sikap 
kita?
Dilulus terbit pada Wednesday, October 27 @ 07:55:58 MYT oleh TokAyah



Saya yakin semua kita merasa sedih dan pedih dengan insiden ganas dan 
zalim 
ke atas saudara seaqidah dan seagama di selatan Thailand, di mana 
lebih 100 
terkorban syahid hanya kerana menunjuk perasaan.
Namun, apakah cukup hanya dengan melahirkan rasa sedih, tidak puas 
hati 
dengan langkah tidak berperikemanusiaan penguasa Thailand itu? Tapi, 
mungkin 
ada yang bertanya, soalnya, apa yang kita patut lakukan?

Pertama, luahkan rasa marah dan protes anda di depan Kedutaan 
Thailand, di 
Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat akan datang, 29 Okt 2004. Jemput 
teman-teman seramai mungkin bagi memberi ingatan kepada Thaksin dan 
penguasa 
zalim Thailand yang sehingga kini telah membunuh hampir 400 umat 
Islam di 
sana, dalam tempoh yang singkat.

Kedua: Sumbangkan sesuatu, terutamanya wang ringgit kepada saudara 
kita yang 
teraniaya dan dizalimi di sana. Mungkin pihak-pihak tertentu, 
misalnya 
Pemuda PAS yang menganjurkan demonstrasi Jumaat nanti, boleh 
membentuk 
tabung khas, atau boleh juga pihak Harakah sendiri mengusahakannya, 
kerana 
jaringannya lebih meluas.

Penahanan 6 guru agama punca pertempuran

TAK BAI 26 Okt. - Penahanan enam guru agama dari Kampung Hen, di sini 
menjadi punca utama yang mencetuskan pertempuran berdarah antara 
tentera 
Thailand dan penduduk Islam yang mengadakan tunjuk perasaan bagi 
menuntut 
pembebasan mereka di depan Balai Polis Tak Bai, semalam.

Menurut guru sebuah pondok pengajian agama di sini, Muhammad Hussein, 
keenam-enam guru berkenaan ditahan oleh polis Thailand sejak seminggu 
lalu.

"Keenam-enam mereka yang aktif dalam kegiatan agama ditahan oleh 
polis 
selepas membuat aduan bahawa senjata api yang dimiliki oleh mereka 
ketika 
menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan kampung telah dirampas 
oleh 
sekumpulan lelaki yang bersenjatakan M-16,'' katanya kepada Utusan 
Malaysia 
di Kampung Bharu di sini, hari ini.

Dalam pertempuran semalam, pihak berkuasa Thailand melaporkan enam 
orang 
terbunuh, tetapi penduduk-penduduk Tak Bai yang menyaksikan peristiwa 
itu 
mendakwa jumlah yang terkorban jauh lebih ramai.

Muhammad berkata, pihak berkuasa Thailand menahan mereka sambil 
berjanji 
kepada keluarga guru-guru itu bahawa mereka boleh diikat jamin 
apabila 
siasatan selesai.

``Bagaimanapun apabila keluarga datang ke Balai Polis Tak Bai untuk 
menjamin 
mereka, pihak polis enggan membenarkannya dan mendakwa kes itu masih 
dalam 
siasatan,'' katanya.

Kata beliau, apa yang membangkitkan lagi kemarahan keluarga tersebut 
ialah 
pihak polis tidak dapat memberi alasan kenapa guru-guru itu ditahan.

Muhammad yang turut hadir ke balai polis bersama keluarga berkenaan 
berkata, 
tindakan pihak polis tersebut menimbulkan kemarahan kepada umat Islam 
di 
daerah ini yang berpendapat ``ada sesuatu yang tidak kena'' dengan 
sikap 
polis tersebut.

``Oleh itu pagi semalam kira-kira pukul 8.30 pagi hampir 500 orang 
yang 
terdiri daripada pelajar-pelajar pondok pengajian agama dari Pattani, 
Yala, 
Narathiwat, Sungai Padi, Sungai Golok dan Cha Ai Rong berkumpul di 
Balai 
Polis Tak Bai bagi membantah penahanan itu.

``Pada mulanya pihak polis bersetuju untuk membebaskan keenam-enam 
mereka 
dan meminta orang ramai yang hadir supaya bersabar, bagaimanapun 
setelah 
menunggu hampir empat jam tiada apa-apa berlaku,'' katanya.

Muhammad berkata, keadaan itu menimbulkan kemarahan orang ramai dan 
keadaan 
mulai tegang apabila penunjuk perasaan mula membaling batu ke arah 
pihak 
polis dan tentera yang berkawal.

Menurutnya, kehadiran lebih ramai orang terutamanya penduduk kampung 
di 
tempat kejadian `memanaskan' lagi keadaan dan ia sampai ke 
kemuncaknya pada 
pukul 3 petang apabila pihak berkuasa Thailand mula melepaskan gas 
pemedih 
mata dan pancutan air.

``Ia disusuli dengan tembakan dengan peluru hidup ke arah orang ramai 
dan 
saya yakin ramai yang terkorban termasuk penonton,'' katanya.

Ditanya adakah pelajar-pelajar yang terlibat dalam demonstrasi itu 
mempunyai 
kaitan dengan mereka yang merusuh di Pattani pada 28 April lalu, 
Muhammad 
mengakui mereka adalah saki-baki kumpulan tersebut.

Beliau berkata, kesemua penunjuk perasaan itu berusia sekitar 19 
tahun 
hingga 21 tahun.

Penduduk dakwa 100 maut -- Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi 
berdarah 
di selatan Thai

TAK BAI 26 Okt. - Thailand hari ini mengakui sekurang-kurangnya 84 
penunjuk 
perasaan terkorban ekoran pertempuran sengit dengan pasukan 
keselamatan di 
sini semalam tetapi penduduk memberitahu lebih 100 orang terkorban 
dalam 
tragedi tersebut.

Penduduk di tiga buah kampung yang menyaksikan peristiwa berdarah itu 
percaya ia meragut lebih 100 nyawa, jauh lebih tinggi berbanding yang 
diumumkan oleh pihak berkuasa Thailand.

Ketika ditemui di Kampung Che Hen, Kampung Bahru dan Kampung Umum 
Lanas di 
sini, mereka mendakwa menyaksikan tidak kurang daripada 50 mayat 
bergelimpangan manakala terdapat berpuluh mayat yang telah dimasukkan 
ke 
dalam trak.

``Kami yakin tidak kurang 100 orang terbunuh dalam kejadian itu dan 
bukannya 
enam orang seperti yang diumumkan oleh kerajaan,'' kata Nik Lop Nik 
Rani 
yang turut cedera ringan dalam kejadian ketika berusaha menyelamatkan 
diri 
daripada tembakan.

Dalam kejadian di depan Balai Polis Tak Bai itu, pihak berkuasa 
Thailand 
semalam mendakwa, hanya enam orang terbunuh manakala berpuluh-puluh 
cedera 
dan lebih 400 berjaya ditahan.

Lewat hari ini, para pegawai Thailand mengakui sekurang-kurangnya 84 
penunjuk perasaan mati dipercayai kerana lemas atau terhimpit di 
dalam trak 
polis.

Mereka adalah di antara kira-kira 1,300 penunjuk perasaan yang 
ditangkap dan 
dicampakkan ke dalam beberapa buah trak dengan keadaan terbaring dan 
bertindih-tindih.

Timbalan Komander Briged Keempat, Mejar Jeneral Sinchai Nujsathit 
berkata, 
mangsa-mangsa itu mungkin mati lemas semasa berhimpit-himpit di dalam 
trak-trak polis.

Dr. Pornthp Rojanasunan, pakar forensik yang bekerja untuk 
Kementerian 
Kehakiman dalam satu sidang akhbar hari ini, berkata beliau dan 
sekumpulan 
doktor telah menjalankan bedah siasat ke atas 78 mayat di sebuah kem 
tentera 
di wilayah Pattani.

Kumpulan doktor itu mendapati kebanyakan daripada mangsa-mangsa 
tersebut 
meninggal dunia akibat kesukaran bernafas.

Kejadian itu adalah yang terburuk di selatan Thailand, selepas 
peristiwa 
berdarah di Masjid Kerisik di Pattani pada 28 April yang menyaksikan 
32 
orang militan dibunuh.

Sementara itu Nik Lop yang ditemui di Kampung Che Hen yang terletak 
tidak 
sampai satu kilometer dari tempat kejadian berkata, dia melihat 
anggota 
tentera dan polis Thailand melepaskan tembakan secara rambang ke arah 
penunjuk perasaan kira-kira pukul 3 petang (waktu Thailand).

``Sebelum itu mereka melepaskan penyembur air dan gas pemedih mata 
bagi 
menyuraikan kelompok orang ramai yang berkumpul kepada dua kumpulan 
iaitu 
penunjuk perasaan dan penonton.

``Bagi penunjuk perasaan mereka kekal berdiri di situ sambil 
melaungkan 
takbir `Allahu Akhbar' serta melontar batu. Penonton pula 
bertempiaran lari 
untuk menyelamatkan diri termasuk menuju ke arah sungai yang terletak 
hanya 
lima meter dari tempat kejadian mencuci muka bagi menghilangkan 
kepedihan 
gas pemedih mata,'' katanya.

Katanya, dalam keadaan kelam-kabut itu, pihak keselamatan terus 
melepaskan 
tembakan ke arah penunjuk perasaan yang ternyata tidak berganjak 
walaupun 
diberi amaran supaya bersurai.

Seorang lagi saksi yang tinggal di Kampung Bahru, Ahmad Jusuf, 25, 
berkata, 
dia melihat berpuluh-puluh mayat dimasukkan ke dalam trak manakala 
berpuluh-puluh lagi cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh 
pasukan 
polis dan tentera.

``Bagaimana mereka boleh mendakwa hanya enam orang sahaja yang 
terbunuh 
sedangkan pagi ini polis menjumpai tiga lagi mayat yang mempunyai 
kesan 
tembakan terapung di Pulau Panjang berdekatan tempat kejadian,'' 
katanya.

Ketiga-tiga mayat itu telah dihantar ke Hospital Narathiwat dan masih 
belum 
dikenali identitinya.

Kenyataan penduduk berkenaan disahkan oleh senarai nama enam orang 
dari 
daerah Takbai yang terbunuh dalam pertempuran itu.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Balai Polis Tak Bai, mereka yang 
terbunuh dikenali sebagai Tuan Haron Mohd.Zin, 22; Mohd. Zaidu 
Qossim, 21; 
Muhammad Isa, 23; Mat Qasim, 19; Awang Bie, 53 dan Abu Tholib Seto, 
27.

Di Kampung Ummu Lanas pula, penduduk kampung berkenaan mengesahkan 43 
orang 
dari kampung itu dilaporkan hilang dan setakat ini hanya seorang 
disahkan 
terbunuh, manakala di Kampung Bahru pula tidak kurang daripada 60 
orang 
penduduk kampung tidak diketahui nasib mereka.

``Kami belum mengetahui nasib mereka tetapi ada khabar bahawa 
sebahagian 
mereka terbunuh memandangkan pihak tentera turut melepaskan tembakan 
secara 
rambang ketika mereka berusaha untuk menyelamatkan diri ke dalam 
sungai,'' 
kata seorang guru agama di kampung itu, Senawi Hassan.

Seorang saksi dari kampung berkenaan, Shamsul Leman, 21, pula 
mendakwa 
melihat lebih 100 orang cedera termasuk sebahagian besarnya parah.

``Saya lihat tidak ada ambulans yang datang, kesemua yang cedera 
diikat 
tangan sebelum dimasukkan ke dalam trak untuk dibawa ke hospital 
bersama-sama tahanan yang tidak cedera,'' katanya.

Sementara itu, seorang wartawan tempatan yang membuat liputan ketika 
pertempuran berlaku berkata, beliau yakin jumlah kematian melebihi 50 
orang.

``Ini kerana pihak tentera melepaskan tembakan tanpa henti selama 10 
minit 
ke arah orang ramai yang berkumpul dan saya lihat ramai yang 
terbaring dalam 
keadaan berlumuran darah selepas tembakan berhenti,'' katanya ketika 
ditemui 
di depan Balai Polis Tak Bai.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kanan pihak berkuasa 
Thailand 
ketika ditemui di tempat kejadian enggan mengulas mengenai jumlah 
kematian 
sebenar tetapi tidak menafikan `jumlah korban mungkin tinggi'.

``Kami masih menjalankan siasatan termasuk berusaha mencari mereka 
yang 
mungkin lemas ketika terjun ke dalam sungai berdekatan dan memantau 
keadaan 
mereka yang cedera,'' katanya yang turut terlibat dalam operasi 
tersebut.

Penduduk sifatkan berada di zon perang

TAK BAI 26 Okt. - Beberapa orang penduduk kampung yang terperangkap 
dalam 
pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan di depan Balai Polis 
Tak 
Bai, di sini semalam menyifatkan mereka ibarat berada dalam zon 
perang.

Ini kerana menurut mereka, tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis 
dan 
tentera hanya beberapa inci sahaja daripada paras kepala ketika semua 
yang 
berada di situ diarahkan meniarap.

Seorang pemuda dari Kampung Bharu, Nur Iman Ahmad, 23, berkata, 
sebaik 
sahaja mendengar bunyi tembakan serta jeritan manusia, dia terus 
meniarap.

Katanya, ketika itu apa yang ada dalam fikirannya ialah maut.

``Saya tidak fikir perkara lain kerana suasana ketika itu amat 
mengerikan 
dengan bunyi tembakan bertalu-talu disertai jeritan Allahhuakbar 
benar-benar 
menakutkan saya,'' katanya yang tinggal kira-kira 50 meter dari 
tempat 
kejadian.

Menurut Nur Iman, dia bersama-sama beberapa orang kawannya pergi ke 
tempat 
tersebut bagi menyaksikan demonstrasi yang dilakukan oleh lebih 500 
orang.

``Kami tidak terlibat hanya sekadar menonton sahaja dan ternyata ia 
hampir 
meragut nyawa kami. Saya dilepaskan setelah seorang anggota polis 
yang 
bertugas mengenali saya,'' katanya.

Seorang penduduk Kampung Che Hen, Rani Hussein, 32, berkata, dia 
terpaksa 
berendam di dalam Sungai Tak Bai berhampiran tempat kejadian hampir 
dua jam 
untuk menyelamatkan diri.

Rani mendakwa, ketika itu dia melihat ramai penunjuk perasaan yang 
terkena 
tembakan terhumban ke dalam sungai tersebut.

``Ramai di antara mereka mati dan ketika itu saya hanya berdoa kepada 
Allah 
agar saya selamat memandangkan tembakan bergema hampir 10 minit,'' 
katanya 
yang berniaga sendiri.

Katanya, dia terpaksa terjun ke dalam sungai selepas mendengar 
tembakan 
ketika sedang membasuh muka akibat terkena gas pemedih mata.

Seorang lagi penduduk Kampung Bahru, Che Soh Che Mat, 40, pula 
berkata, 
suasana ketika itu amat menakutkan kerana ramai yang terkena tembakan.

``Kami ibarat berada di medan perang, di setiap penjuru ada orang 
bergelimpangan akibat terkena tembakan dan baju saya sendiri dibasahi 
darah 
mereka yang cedera,'' katanya.

Menurut Che Soh, ketika diarah meniarap oleh pihak tentera, dia cuba 
memberanikan diri untuk memaklumkan bahawa dia hanya orang kampung 
dan bukan 
penunjuk perasaan.

``Bagaimanapun, pihak tentera mengarahkan saya tetap meniarap dan 
jangan 
bangun sehingga suasana benar-benar terkawal,'' katanya sambil 
menjelaskan 
dia melihat berpuluh-puluh mayat bergelimpangan sebelum kembali ke 
rumahnya 
yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau 
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke