nice.

red1 wrote:
> Baru tadi saya selesai menghadiri forum anjuran MDec bersama FOSSmy 
> dimana beberapa tokoh dunia seperti Brian Aker dan David Axmark (rakan 
> pereka MySQL). Setelah mendedahkan soal budaya yang sama dirasai oleh 
> mereka walaupun di Eropah, dimana mereka sendiri tidak ada sokongan 
> melainkan PC sendiri dan hari kelapangan hujung minggu. David mengambil 
> masa 5 tahun lamanya sebelum negaranya sendiri iaitu Sweden menyiarkan 
> tentang MySQL. Itupun setelah ia jadi masyur di Amerika Syarikat.
>
> David mengesahkan bahawa pernah beberapa kali mereka menolak soal 
> perniagaan kerana ingin fokus pada MySQL. Pakar perniagaan sering 
> menganggu mereka dengan tawaran yang mereka tidak mempersetujui. Orang 
> bisnes juga turut tidak memahami mengapa pereka ini tidak mahu berniaga 
> lebih komersil. Lihatlah semangat mereka yang tidak putus asa dengan 
> sumber terbuka. Itulah rahsia kejayaan mereka.
>
> Dalam forum tadi, beberapa pegawai MDec mengenali saya dan bersetuju 
> ingin menyokong apa jua permohonan saya untuk mendapat dana dari sana. 
> Saya dengan rendah diri menolak pelawaan tersebut. Saya meminta mereka 
> supaya fikirkanlah rakan-rakan dan adik-adik lain di sini. Saya sudah 
> tidak perlu pertolongan mereka kerana ingin membuktikan keihklasan 
> permintaan mudah ini. Saya hanya mahu perjuangkan mereka ini yang belum 
> kecewa.
>
> Hukum-hakam dan perundangan dalam borang meminta dana hendaklah dikaji 
> semula dan diperbaiki. Justru itu soal mengaitkan sesuatu usaha innovasi 
> dengan berkesanan projek dan keuntungan komersil hendaklah dipisahkan. 
> Innovasi adalah innovasi. Tidak ada kait mengait dengan soal komersil. 
> Sekurang-kurangnya belum lagi.
>
> Lihatlah Harvard dan sejarahnya selama 300 tahun yang bermula dengan 11 
> pelajar dan seorang pensyarah. Mereka mencari ilmu dan mencipta ilmu 
> baru, bukan produk dan soal keuntungan. Lihatlah Universiti Princeton 
> yang menjemput Albert Einstein untuk datang dan duduk sahaja tanpa 
> mengajar. Mengapa?
>
> Kita di sini tidak akan mencapai tahap kejayaan mereka. Bukan kita tidak 
> ada cerdik pandai malah cukup banyak saya jumpa. Tetapi mereka 
> ditakut2kan dengan istilah bombastik yang tidak perlu. Mereka dizalimi 
> sebenarnya. Siapa yang rugi? Kita adalah  rakyat yang berhak untuk 
> mengajukan pandangan yang bernas demi negara tersayang kita.
>
> Saya juga meminta pegawai MDec untuk menjemput pihak OSDC.my supaya 
> berdialog secara terus-terang tanpa pra-sangka. Kosongkanlah minda 
> bahawa OSDC.my yang perlu wang seolah pengemis di negara sendiri. Kita 
> bukan pengemis. Kita adalah modal insan dan pembawa generasi masa depan 
> negara.
>
> Sekian dengan ikhlas dari saya,
> red1
>
> >
>
>   



--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke