Saudara/i warga perisian bebas,
Projek komuniti ADempiere kini ada peluang bagi pelajar tempatan menjejaki cara hidup bebas berdikari dengan kepakaran pelbagai ilmu perisian bebas seperti Fitnesse, Java, Junit, OSGi, Ext JSP, PostgreSQL dan HTML5 dengan melibatkan diri dalam satu projek yang berpengkalan di negara Jerman. Seorang aprentis dari sana akan berada di Malaysia dari bulan Ogos selama 6 bulan. Beliau adalah maskot projek - seperti terpapar dalam laman www.adempiere.org dan www.red1.org

Beliau akan berkongsi tugas projek dengan 2 aprentis terpilih dari Malaysia, dan bagi aprentis tempatan yang berjaya juga akan berpeluang ke luar negara samada Eropah atau Latin Amerika bergantung pada persediaan yang sering ujud dikalangan komuniti luas ADempiere. Pendedahan projek dan aprentis dari Jerman akan memangkinkan daya pencapaian dengan lebih laju dari biasa serta bergiat secara global.

Sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan maklumat diri yang menyakinkan kami tentang kesungguhan dirinya. Tiada apa elaun akan diberikan dalam tempoh 3 bulan pertama. Bonus projek akan ditawarkan sekiranya berjaya menguasai tunjuk ajar yang diberi dan menghasilkan keperluan projek.

Rekod bio-data anda juga akan dinaik-taraf dengan pengkitirafan oleh syarikat dari Jerman serta beberapa negara luar yang lain nanti mengikut penerimaan sumbangan perisian bebas masing-masing. Ini akan juga membantu indeks negara memanjat tangga sebagai pembangun perisian bebas yang asli dan bertaraf dunia.

Kelulusan minima: SPM - Inggeris dan Matematik Tambahan - A+ atau A1

Sila tujukan permohonan kepada emel saya di atas sebelum 15hb June, 2012.

Redhuan D. Oon
Pengasas Projek ADempiere

--
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke