Ilmu hisab ku tak mencapai piawai yg ditetapkan.

Pada 8 Jun 2012 12:56 PG, red1 <r...@red1.org> menulis:

> Saudara/i warga perisian bebas,
> Projek komuniti ADempiere kini ada peluang bagi pelajar tempatan menjejaki
> cara hidup bebas berdikari dengan kepakaran pelbagai ilmu perisian bebas
> seperti Fitnesse, Java, Junit, OSGi, Ext JSP, PostgreSQL dan HTML5 dengan
> melibatkan diri dalam satu projek yang berpengkalan di negara Jerman.
> Seorang aprentis dari sana akan berada di Malaysia dari bulan Ogos selama 6
> bulan. Beliau adalah maskot projek - seperti terpapar dalam laman
> www.adempiere.org dan www.red1.org
>
> Beliau akan berkongsi tugas projek dengan 2 aprentis terpilih dari
> Malaysia, dan bagi aprentis tempatan yang berjaya juga akan berpeluang ke
> luar negara samada Eropah atau Latin Amerika bergantung pada persediaan
> yang sering ujud dikalangan komuniti luas ADempiere. Pendedahan projek dan
> aprentis dari Jerman akan memangkinkan daya pencapaian dengan lebih laju
> dari biasa serta bergiat secara global.
>
> Sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan maklumat diri yang
> menyakinkan kami tentang kesungguhan dirinya. Tiada apa elaun akan
> diberikan dalam tempoh 3 bulan pertama. Bonus projek akan ditawarkan
> sekiranya berjaya menguasai tunjuk ajar yang diberi dan menghasilkan
> keperluan projek.
>
> Rekod bio-data anda juga akan dinaik-taraf dengan pengkitirafan oleh
> syarikat dari Jerman serta beberapa negara luar yang lain nanti mengikut
> penerimaan sumbangan perisian bebas masing-masing. Ini akan juga membantu
> indeks negara memanjat tangga sebagai pembangun perisian bebas yang asli
> dan bertaraf dunia.
>
> Kelulusan minima: SPM - Inggeris dan Matematik Tambahan - A+ atau A1
>
> Sila tujukan permohonan kepada emel saya di atas sebelum 15hb June, 2012.
>
> Redhuan D. Oon
> Pengasas Projek ADempiere
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-**mailing-list-information<http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information>
>
> OSDC.my Discussion Group In Facebook
> http://www.facebook.com/**groups/osdcmalaysia/<http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/>
>
> Malaysia Open Source Conference 2012
> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke