Coba lihat bagaimana bohongnya Abdurrahman bin Auf yang dianggap Umar, imannya 
separuh iman kaum muslimin. Dengan pernyataan kosong itu Umar menetapkan bahwa 
andaikata 3 orang setuju dan 3 orang menolak, lihatlah mana kolompok yang 
termasuk Abdurrahman bin Awuf dan bunuhlah semua kolompok lainnya.....Imam Ali 
bukan hanya jauh diatas kemampuan Abdurrahman bin Auf bahkan jauh diatas 
siapapun setelah Rasulullah sendiri. Allah dan Rasulnya telah mengangkatnya di 
Ghadirkhum tetapi para ambisius kepemimpinan yang mengakibatkan Islam berpecah 
sampai sekarang, membuat rapat gelap di belakang Ka'bah...........Vedeo berikut 
ini sesuai sejarah murni bukan sejarah palsu:

http://www.youtube.com/watch?v=j3ParUemvKY

http://ismail-asso.blogspot.com/2010/05/khutbah-rasulullah-saww-di-ghadirkhum.html





________________________________
From: M.Yusuf Abdul Jalil <yus...@yahoo.com>
To: yusrahabi...@hotmail.com; ia...@yahoogroups.com; lan...@yahoogroups.com
Cc: kuasa_rakyatmis...@yahoogroups.com; PPDI@yahoogroups.com; 
politikmahasi...@yahoogroups.com
Sent: Wed, September 1, 2010 1:36:48 PM
Subject: [kuasa_rakyatmiskin] Cara memilih seorang ketua/ Imam.

  
                       Cara memilih seorang ketua/ Imam.
           Seperti yang telah kita ketahui bahwa Allah SWT telah mengutus Rasul 
nya untuk menjaga kepentingan hambanya di dunia dan akhirat.Tidak ada khilaf 
bahwa urusan keagamaan itu telah sempurna ketika telah wafatnya Rasulullah SAW 
dan tidak ada lagi selepas Rasul orang yang menjalankan peranan sebagai 
Rasul.Tetapi umat islam itu tidak mungkin hidup dalam keadaan tidak ada 
pembelaan dan pengawalan.Karena itu mestilah ada di kalangan mereka seorang 
ketua yang memelihara negara islam dan ummatnya yang terdiri dari pada orang 
yang terbaik di kalangan ummah itu.
          Bagai manacara seorang imam itu di lantik ialah menerusi Bai,ah.Di 
sini kita akan menerangkan bagaimana proses Bai,ah itu dilaksanakan berdasrkan 
contoh-contoh pelantikan Khalifatul Rasyidin yang menjadi contoh yang terbaik 
dalam cara memilih seorang ketua ummah.
         Pelantikan Saydina Abu Bakar Al-Siddiq bermula dengan perbincangan 
yang 
panas di mana keadaan terharu dan cemas sangat dirasakan akibat wafatnya 
Rasilullah SAW.Walaupun timbul perselisihan pendapat di antara sahabat-sahabat 
Rasulullah SAW,tetapi segala-galanya dapat di selesaikan dengan baik dan semua 
sepakat melantik Abu Bakar Siddiq sebagai kalifah.Dalam perbincangan itu tidak 
semuanya sahabat-sahabat yang termasuk dalam kalangan Ahlul-Halli Wal-Aqd 
hadir.Saydina Ali sibuk dengan pengurusan jenazah Rasulullah SAW.Ini 
menunjukkan 
bahwa di dalam memilih imam tidak di syaratkan kehadiran semua orang yang layak 
memilih.Tetapi memadai sebahagian dari pada mereka.Mereka yang hadir itu telah 
membai,ah Abu Bakar dengan mengucap Bai,ah di depan orang ramai.Kemudian orang 
ramai turut membai,ah beliau sebagai Khalifah.
          Pelantikan Umar Ibn Khattab menerusi wasiat daripada Abu Bakar Siddiq 
dan wasiat itu di patuhi oleh Ahlul-halli-wal-Aqd .Mereka membai,ah Umar Ibn 
Khattab dan di ikuti pula oleh orang ramai.Umar Ibn Khattab tidak mencadangkan 
pengantinya.Sebaliknya ia menyerahkan satu jamaah seramai enam orang yang 
diketuai oleh Abdul Rahman bin Auf.Setelah bermusyawarah dan meninjau pendapat 
orang ramai,beliau membai,ahkan usman dan dituriti oleh orang ramai.Bai,ah 
dijalan kan dengan berjabat tangan dengan orang ramai.
            Contoh-contoh di atas menunjukkan bagai mana cara proses Bai,ah 
berlaku di dalam keadaan yang aman.Ada dua cara yang dapat di lihat di 
sini.Pertama, dengan musyawarah pemimpin-pemimpin ummah yang berkelayakan yang 
menentukan seseorang layak sebagai ketua.Kedua,dengan mencadangkan daripada 
ketua yang telah dilantik untuk bakal pengantinya dan cadangan itu di terima 
oleh pemimpin-pemimpin ummah yang berkelayakan sebagai pemimpin.Keputusan 
daripada Ahlul-Halli-Wal-Aqd ini bukanlah bermakna kuasa melantik ketua berada 
di tangan mereka.Sebenarnya keputusan mereka itu sebagai cadangan kepada ummah 
dan ummahlah yang menentukan dengan membai,ah cadangan yang di kemukakan itu. 
Dalam keadaan berlakunya perselisihan antara orang yang layak,kemenangan yang 
satu ke atas yang lain menjadi factor penentu bagi mendapat jabatan kuasa ke 
tua 
ummah.Walaupun,sahnya pihak yang menang itu sebagai Khalifah mestilah juga 
dengan Bai,ah di depan ummah,dan kemenangan itu,pada hakikatnya menjadi 
pendorong yang besar untuk mendapatkan bai,ah tersebut.
       Rasulullah SAW sering mengadakan Bai,ah dengan sahabat-sahabatnya dalam 
menghadapi berbagai-bagai perkembangan hidup dalam islam.Tentunya Bai,ah itu 
tidak mempunyai pengertian pelantikan karena pelantikan baginda sebagai Rasul 
adalah daripada Allah SWT.Oleh itu Bai,ah yang dilaksanakan oleh Rasul ialah 
untuk memperkukuhkan ketaatan dan kepatuhan ummah islam kepada Allah SWT dan 
rasulnya serta sebagai satu cara memperkuat organisasi yang mana kesetiaan 
pengikut kepada pemimpin merupakan taras yang penting.
        Perjuangan menghayati islam memerlukan organisasi yang teguh dengan 
para 
petugasnya yang setia kepada perjuangan dan kepada pemimpin yang memandu kearah 
cita-cita perjuangan tersebut.Karena itu dari permulaan dakwah islam di 
gerakkan,petugas-petugas dakwah telah di satukan di bawah satu pimpinan yang 
teguh yang di ikat dengan kesetiaan yang tidak berpilih kasih/discrimination.
         Selain daripada ketaatan,Bai,ah bertujuan menanam factor-factor 
kekuatan yang lain di dalam diri manusia mukmin dan memberikan kemampuan yang 
teguh untuk melaksanakan kewajiban ke pada Allah SWT.Tujuan ini dapat dilihat 
dengan jelas dari Bai,ah yang dilaksanakan oleh Rasul iaitu untuk tujuan 
ketaatan,hijrah,jihad,sabar dan tidak lari dari peperangan walaupun akan 
menghadapi mati dan Bai,ah supaya mematuhi akhlak islam dan tunduk kepada islam 
seluruhnya.
         Dengan melafazkan kandungan-kandungan isi-isi Bai,ah.seorang mukmin 
dapat merasakan corak perubahan yang harus dilakukan ke atas 
dirinya,kelakuannya,cara hidup dan perjuangannya.Ia merasa kehidupannya 
memasuki 
lembaran baru yang berbeda dengan zaman sebelumnya.Lembaran baru kehidupan yang 
memberikan kepadanya kepuasan hidup dan kenikmatan iman dan kepaduan bersamaan 
bersama-sama dengan saudara-saudaranya dalam satu jamaah yang kuat dan padu 
yang 
siap sedia menghadapi rintangan dan halangan,cabaran dan ujian.
         Bai,ah itu menjelaskan tujuan hidup mereka untuk Allah SWT dan 
perjuangan mereka bukan untuk kepentingan hidup dunia semata-mata yang tidak 
kekal.Rasulullah SAW telah menentukan dengan jelas bahwa ketaatan mereka,jihat 
mereka,kesanggupan mereka tidak mundur dalam perjuangan walaupun terpaksa 
berhadapan dengan maut,segala-galanya untuk Allah SWT dan untuk menegakkan 
agamanya,bukan tujuan duniawi yang fana ini’’Rasulullah SAW memperingatkan 
akibat penyelewengan daripada tujuan ini dengan sabdanya;artinya;Tiga golongan 
yang Allah SWT tidak berbicara dengannya di hari kiamat,tidak di bersihkan 
mereka dan untuk mereka azab yang pedih.Pertama,orang yang mempunyai banyak air 
yang berlebihan dalam pengembalaan,tidak memberi air itu kepada pengembala yang 
kehausan air.Kedua,orang yang membai,ah seorang ketua semata-mata karena 
dunianya.Sengkiranya diberi apa yang dikehendakinya ia menunaikan bai,ahnya dan 
jika tidak,tidak di tunaikannya.Ketiga,seorang yang menawar untuk menjual 
barang 
kepada orang lain selepas asar,maka ia bersumpah dengan nama Allah bahwa barang 
itu sebanyak sekian dan sekian,maka pembeli mempercayainya dan mengambil barang 
itu,tetapi tidak sebanyak yang di katakanya.;lihat Ibn Hajar,m.s.327-328.
         Kesimpulan di atas jelas menunjukkan bahwa bai,ah merupakan amalan 
islam yang penting di dalam membentuk jamaah dan menggerakkannya.Terutama dalam 
menentukan imam(ketua ummah)yang akan memimpin ummah dan mengatur perjalanan 
hidup ummah menuju pembentukan masyarakat adil dan sejahtra berasaskan syariat 
Allah SWT.
         Masyarakat islam yang dulu adalah masyarakat islam yang sebenarnya 
menjadi contoh kepada pembentukan masyarakat islam pada setiap zaman dan 
tempat.Masyarakat tersebut ialah masyarakat yang tersusun dan terikat secara 
teratur di antara satu dengan yang lain.Penyusunan ini di capai dengan 
pelaksanaan keikhlasan yang di bentuk di atas saling percaya dan saling cinta 
mecintai dan di atas pelaksanaan bai,ah dan perjanjian serta ikrar kesetiaan di 
dalam melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai sesuatu tujuan 
perjuangan.Menerusi Bai,ah satu syarat untuk melaksanakan cita-cita perjuangan 
itu di perkukuhkan dan di pastikan supaya mendapat(iltizam)yang penuh pada 
setiap individu.Tanpa iltizam cita-cita perjuangan itu tidak dapat 
direalisasikan dalam kenyataan hidup.
           Kepada Allah SWT saya memohon hidayah dan keampunan dan kepadanya 
saya menyerah hidupku di dunia yang fana ini.Segala tulisanku ini dilukis 
dengan 
niat yang ikhlas untuk membantu rakan-rakan dan sahabat-sahabat mengenali 
Negara 
dan agamaMU ya Allah.Engkau satu-satunya Yang Maha Mengatahui benar dan 
salahnya 
dan segala yang benar itu datang daripada MU aku mohon diampunkan dari segala 
kesalahan dan tiada yang berkuasa melainkan Engkau.Amin Ya Rabbal-‘Alamin.
 
          

 


      

Kirim email ke