AS penghancur rakyat Afghanistan - Ridley
Oleh: RAJA LUVENA SHARIFFUDIN

PETALING JAYA 28 Nov. - ``Afghanistan berada dalam keadaan huru-hara, tercedera 
dan dan tanpa undang-undang. Amerika Syarikat (AS) bukannya pembina negara, ia 
penghancur negara dan rakyat Afghanistan,'' begitu kata Yvonne Ridley, wartawan 
Inggeris yang memeluk agama Islam tahun lalu setelah berada di bawah tahanan 
Taliban di Afghanistan selama 10 hari pada September 2001.

Beliau ditahan oleh pejuang Taliban pada 28 September 2001 ketika membuat 
liputan perang di negara itu.

Beliau yang telah kembali ke Afghanistan sebanyak empat kali selepas 
pembebasannya berkata, negara itu berada dalam keadaan amat memilukan dengan 
dilanda masalah sosial.

``Setiap kali kembali, saya melihat keadaan tidak bertambah baik, seperti yang 
dijanjikan oleh AS, tetapi semakin buruk.

``Mereka mengalami pelbagai aktiviti keruntuhan moral seperti penghasilan 
tanaman candu yang menyumbang kepada 87 peratus keluaran heroin dunia, bahan 
lucah yang boleh didapati dengan mudah di Kabul dan Jalalabad serta 
beratus-ratus kes rogol berlaku berbanding kurang daripada lima semasa berada 
di bawah kepimpinan Taliban dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Dewan Al-Khadeem di sini hari 
ini. 

Beliau berada di Malaysia selama lima hari mulai semalam atas jemputan 
Pertubuhan Al-Khadeem yang mahu mengumpul derma untuk pembinaan rumah bagi 
menempatkan anak-anak yatim, kanak-kanak terbiar dan wanita teraniaya di Bukit 
Kemuning, Shah Alam.

Turut hadir pada sidang akhbar, Presiden pertubuhan itu, Hussain Yee.

Ridley berkata, keadaan di Afghanistan tidak mendapat perhatian sewajarnya 
kerana percubaan media asing mengaburi mata masyarakat luar dengan tidak 
memberikan gambaran mengenai keadaan sebenar.

``Imej kaum wanita menanggalkan burkha mereka dan membakarnya semasa pembebasan 
Kabul, misalnya, hanyalah satu lakonan yang mana pelakonnya dibayar kira-kira 
RM160 seorang,'' katanya.

Menurut beliau, wanita di sana memberitahunya bahawa mereka berasa lebih 
selamat dan terkawal di bawah pemerintahan Taliban berbanding sekarang.

Ridley akan memberi ceramah mengenai pengalamannya ditahan pihak Taliban di 
Kuala Lumpur pada hari ini dan kemudiannya di Ipoh, Perak serta Johor Bahru, 
Johor.


                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 The all-new My Yahoo! – Get yours free!    

[Non-text portions of this message have been removed]






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Posting: [EMAIL PROTECTED]
5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke