H-Net* Isu hudud: Polis rujuk Peguam Negara

2002-07-18 Terurut Topik Hassan, Haslim

Sekiranya berlaku satu kes 
kecurian, undang-undang mana yang harus kita guna kerana mengikut Undang-undang 
Persekutuan, kita ada akta dan bentuk hukuman yang boleh diambil. Hukum hudud 
juga mempunyai hukuman tersendiri, jadi yang mana kita nak pakai."
- Tan Sri 
Jamil Johari, Timbalan Ketua Polis Negara.

Persoalan: 
Nak pakai hukum Allah atau hukum ciptaan manusia warisan penjajah 
British??

Isu hudud: Polis rujuk Peguam Negara
Oleh Junita Mat Rasid dan Lokman Zainal 
Abidin
KUALA LUMPUR, Isnin: Polis akan merujuk 
kepada Jabatan Peguam Negara berhubung cadangan Dewan Pemuda Pas yang mahu 
mengambil tindakan mahkamah terhadap Ketua Polis Terengganu kerana mengarahkan 
semua anggota polis negeri itu tidak memberi bantuan dalam melaksanakan hukum 
hudud Pas.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari, berkata 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung 
perkara itu serta merujuknya kepada Peguam Negara.Mereka mempunyai hak 
untuk berbuat demikian. Kita kena tunggu apa yang mereka nak buat dan kita akan 
merujuknya kepada Peguam Negara, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 
minggu pencegahan jenayah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik di sini, 
hari ini.Akhbar hari ini melaporkan Dewan Pemuda Pas bercadang mengambil 
tindakan mahkamah terhadap Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner I 
Othman Talib, sekiranya beliau enggan menarik balik kenyataan bahawa polis tidak 
akan membantu kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang hudud, qisas dan 
takzir.Baru-baru ini, Othman, mengeluarkan arahan kepada semua pegawai 
dan anggotanya supaya tidak memberi bantuan kepada pegawai jabatan agama negeri 
yang menjalankan penguatkuasaan empat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2001 
berkuat kuasa serta merta.Empat enakmen itu ialah Enakmen Kesalahan 
Jenayah Syariah (Takzir), Enakmen Tatacara Jenayah, Enakmen Keterangan Mahkamah 
Syariah dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah.Jamil berkata, 
Malaysia sudah mempunyai undang-undang Persekutuan yang diguna pakai dan 
pertentangan akan timbul dalam kes jenayah sekiranya hukum hudud Pas 
dilaksana.Sekiranya berlaku satu kes kecurian, undang-undang mana yang 
harus kita guna kerana mengikut Undang-undang Persekutuan, kita ada akta dan 
bentuk hukuman yang boleh diambil. Hukum hudud juga mempunyai hukuman 
tersendiri, jadi yang mana kita nak pakai.Ini yang kita kena halusi 
terlebih dulu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya, 
katanya.Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin 
Zin, berkata terpulang kepada Kerajaan Pas Terengganu untuk mengambil tindakan 
yang bersesuaian dengan dakwaan mereka.Katanya, polis hanya boleh 
menjalankan tugas dan bertindak mengikut kuasa yang diperuntukkan 
undang-undang.Contohnya, apabila kita membentangkan undang-undang 
berkaitan Imigresen, kita akan mengaitkannya dengan kuasa yang boleh diberi 
kepada polis. Dalam fasa tertentu, selain pegawai Imigresen, polis juga diberi 
kuasa penuh atau sebahagian daripadanya untuk bertindak.Jadi kenyataan 
polis tidak akan membantu kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang hudud, 
qisas dan takzir, mungkin dalam kajian polis mendapati tidak ada fasa di mana 
mereka diberi hak atau boleh menggunakan kuasa yang disesuaikan dengan 
peruntukkan undang-undang sedia ada.Jika kerajaan Terengganu mahukan 
bantuan polis dalam pelaksanaan undang-undang itu, mereka perlu berunding dengan 
polis dan meneliti faktor mana yang boleh diberi kuasa untuk polis bertindak 
kerana polis tidak boleh bertindak tanpa ada fasa yang membolehkan mereka 
menguatkuasakan undang-undang, katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20020716004433/Article/

_
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit

http://www.messagelabs.com/stats.asp

H-Net* Isu hudud: Polis rujuk Peguam Negara

2002-07-15 Terurut Topik Hassan, Haslim