H-Net* Kemiskinan faktor utama gagal mendaftar

2002-03-28 Terurut Topik Ahmad


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Kemiskinan faktor utama gagal mendaftar

BUKIT MERAH 28 Mac - Masalah kemiskinan dan kurang
berkemampuan merupakan faktor utama menyebabkan
kira-kira 15,000 kanak-kanak di seluruh negara tidak
didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk kemasukan ke
Tahun Satu. 


AAAKK. BUKANKAH KITA SEKARANG NI
SEDANG BERADA DIDALAM SEBUAH NEGARA YANG TERMAJU 
TERCANGGIH DIDUNIA INI??? MANA LAGI ADE ORANG
MISKIN???.. BOHONG NI...


__
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®
http://movies.yahoo.com/

 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: Ahmad [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Kemiskinan faktor utama gagal mendaftar

2002-03-28 Terurut Topik Hassan, Haslim




15,000 
kanak-kanak adalah bersamaan 3 peratus kanak-kanak yang sepatutnya memasuki 
Tahun satu yang sebab utamanya ialah kemiskinan. Pada pandangan saya, ianya 
berlaku kepada keluarga menghadapi kesulitan yang TERAMAT sempit sehingga tidak 
mampu menghantar anak kesekolah rendah.

Ini belum 
lagi mengambil kira mereka-mereka yang masuk sekolah menengah yang mana kos-nya 
adalah lebih tinggi. Kalau Tahun satu sudah mencapai 3 peratus, apa tah lagi 
kalau yang masuk Tingkatan Satu atau lebih. Itu tidak juga termasuk keluarga 
yang hampir-hampir dhaif, yang walaupun tidak mampu tetapi cekal untuk terus 
menghantar anak kesekolah.

Tidakkah 
ini sebenarnya menggambarkan tahap kemiskinan yang agak serius dinegara 
kita?
Ironiknya 
pemimpin-pemimpin kita sering mewar-warkan negara kita ini kaya sehingga sanggup 
membelanjakan berbilion ringgit untuk sesuatu projek spt Litar 
Sepang!!!

Kemiskinan faktor utama gagal 
mendaftar
BUKIT MERAH 28 Mac - Masalah kemiskinan dan kurang 
berkemampuan merupakan faktor utama menyebabkan kira-kira 15,000 kanak-kanak di 
seluruh negara tidak didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk kemasukan ke Tahun 
Satu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin 
berkata, walaupun kementerian bercadang untuk mewajibkan ibu bapa menyekolahkan 
anak-anak mereka, tetapi dalam kes-kes seperti ini, pihaknya akan menggunakan 
budi bicara dan memberi bantuan yang perlu.
``Pihak kami akan usahakan bantuan kepada ibu bapa yang 
kurang berkemampuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka supaya 
masalah ini dapat diatasi.
``Kami sedar, bukan mereka (ibu bapa) tidak mahu 
menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka, tetapi kemiskinan yang 
memaksa mereka untuk berbuat demikian,''katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis 
Taklimat dan Menandatangani Surat Akujanji Jabatan Pendidikan Perak di Bukit 
Merah Laketown Resort, di sini petang ini.
Semalam, Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk 
Mahadzir Mohd. Khir berkata, pihaknya mengesan sebanyak 15,000 kanak-kanak di 
seluruh negara tidak didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing ke Tahun 
Satu.
Menurut beliau, walaupun jumlah itu hanya mewakili 
sebanyak tiga peratus daripada keseluruhan kanak-kanak yang sepatutnya masuk ke 
Tahun Satu, tetapi angka tersebut amat membimbangkan.
Dalam pada itu, Aziz menjelaskan masalah-masalah lain yang 
dihadapi oleh ibu bapa terutama di Sabah dan Sarawak ialah pengangkutan kerana 
rumah mereka terletak jauh di pedalaman.
``Masalah ini juga kita akan teliti dan usaha untuk 
membantu mereka diberi perhatian sewajarnya,'' ujar beliau.
Apa yang menjadi masalah sekarang, tegas beliau, terdapat 
segelintir ibu bapa yang sengaja tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke 
sekolah walaupun mempunyai kemampuan, sebaliknya membiarkan mereka bekerja di 
usia muda.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002dt=0329pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_04.htm


_
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit

http://www.messagelabs.com/stats.asp