Re: H-Net* Selamat Tinggal Pendang

2002-07-22 Terurut Topik mznasri



A'kum
Apakah justifikasi 'BURUK' yang anda 
maksudkan...Anda pergi ke atau lihat sendiri?

tq.

  - Original Message - 
  From: 
  Syazana 
  H. 
  To: [EMAIL PROTECTED] 
  Sent: Sunday, July 21, 2002 9:44 AM
  Subject: H-Net* Selamat Tinggal 
  Pendang
  *~* { 
  Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda 
  ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? 
  Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } 
  *~* UNDILAH PAS DAN 
  BARISAN ALTERNATIF ~~~ 

  
  
  Kempen pilihanraya paling BURUK dilakukan oleh PAS.patut pun KALAH.
  
  
  MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: Click 
  Here 
  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti 
  ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang 
  dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab 
  HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) 
   Pengirim: 
  "Syazana H." <[EMAIL PROTECTED]>


H-Net* Selamat Tinggal Pendang

2002-07-18 Terurut Topik [EMAIL PROTECTED]

Assalamualaikum,

Malam tadi (18/7/02), ketika berada bersama dgn ribuan penyokong PAS yg sedang menanti 
dengan penuh harap dan hampa 
berdegap di pusat pengiraan undi Sek Men Keb Pendang, sebelum 16 peti undi yg terakhir 
dibuka, iaitu sekitar pukul 10.00 
malam, hati saya berdebar kencang apabila keputusan daripada 14 peti undi yg diumumkan 
sebelum itu, semuanya dimenangi 
oleh Barisan.

Kalau sebelumnya, setiap kali pegawai SPR selesai mengumumkan sebahagian kiraan undi 
mengikut saluran, apabila ada 
rakan bangun mengumumkan kpd kami jumlah undi keseluruhan, maka takbir pun bergema 
memeriahkan suasana; tapi kiraan 
dari 14 peti undi yg disebut itu menyebabkan suasana menjadi hening sehening-heningnya.

Bayangkan daripada 14 peti undi itu, semuanya memihak kepada BN; bukan sedikit pula 
itu, untuk 14 peti undi itu sahaja BN 
mendapat 3469 dan PAS Cuma 1964, bermakna untuk 14 peti undi itu sahaja BN mendapat 
majority 1505. Apabila 16 peti undi yg 
kemudiannya diumumkan, ianya sudah tidak ada makna lagi walau pun dalam 16 peti undi 
itu ada yang PAS menang dan ada 
yang kalah.

Berdasarkan kiraan saya dan rakan-rakan malam tadi, 14 peti undi yg dimaksudkan di 
ataslah yg paling berhantu sekali buat 
kami; kami tidak tahu apa yg berlaku di dalam bilik kiraan, tapi bagi ribuan penyokong 
PAS di luar pagar sekolah, semuanya 
bagaikan dapat merasa sesuatu yg buruk sedang menjelma tatkala kiraan 14 peti undi itu 
menjelang tiba. Berdasarkan catatan 
saya tadi malam, inilah 14 Peti Undi berhantu yg saya maksudkan (ejaan pusat undi tak 
berapa sure):

Tanah Merah: saluran 5?, PAS= 174, UMNO= 206; KALAH
Pengkalan ?: sal 3, P=129, U=238; KALAH
K. Panjang: sal 2, P=180, U=273; KALAH
P.Rawa: sal 2, P=147, U=268; KALAH
P.Asam: sal 1, P=94, U=171; KALAH
P.Asam; sal 2, P=188, U=335; KALAH
Syed Ibrahim: sal 2, P=239, U=367; KALAH
Syed Ibrahim: sal 1, P=120, U=160; KALAH
Pokok Tai: sal1, P=91, U=202; KALAH
K. Panjang: sal 1, P = 103, U = 117; KALAH
Pokok Tai: sal 2, P=214, U=286; KALAH
Sg Tiang B: sal 2, P=116, U=266; KALAH
Wat Siam: sal 2, P=54, U=355; KALAH
Bkt Jenun, sal 3, P=115, U=225; KALAH

UNTUK 14 PETI UNDI INI SAHAJA UMNO MENANG 1500 Lebih!

Terus menggeleng kepala semua orang apabila keputusan 14 peti undi ini diumumkan; dan 
saya sendiri dan tak agak ada 
sesuatu yg tak kena sebab petang tadi sekitar pukul 6 petang, ada orang dah heboh kata 
ikut kiraan kasar di Gajah Mati (Markas 
Besar), kita akan menang selesa sekitar 2000 undi. Dan malam tadi juga ketika kiraan 
undi sedang berlangsung, ada sorang 
brader tu cakap dia baru saja sembang dgn Pesuruhjaya ka apa ka kata kita akan menang 
dalam 2000 undi, seronok tak terkira 
semua orang sambil dok tunggu kiraan rasmi SPR. Mana entah brader tu pi - kalau dapat 
mau kena luku kepala nie!

Apabila habis selesai pengumuman 16 peti undi yg seterusnya, berdasarkan kiraan kasar 
saya dan rakan-rakan, kita dah kalah!

Sedih, sebak dan pilu;  bila ada kawan-kawan dok call dari Johor, KL, Terengganu dan 
Putrajaya; saya tak tau nak jawab apa; 
tak taulah salah sapa. Lagi pun, otak saya pun tak berapa nak boleh adjust dah sebab 
sebelum itu (malam p/raya) semalaman 
kami berjaga. Saya ditugaskan menjaga keselamatan, rondaan selepas dinihari sehingga 
pagi. 

Siangnya pula, selepas tidur sekejap selepas solat subuh; kami ditugaskan menjaga 
lalulintas dan melaporkan kpd markas 
sekiranya ada ternampak kelibat yang 'mencurigakan'. Dalam keadaan tak cukup tidur dan 
bekerja untuk p/raya sejak hari 
penamaan ini, maka dalam ramai-ramai orang, kami merasakan kamilah yang paling berhak 
merasa kecewa dan sebak sekali 
dengan keputusan ini.

Sebak, sedih dan kecewa kerana message yg ingin kami sampaikan kpd pihak-pihak yang 
berkenaan tidak sampai; bak kata 
seorang rakan yg turut sama berjaga pada malam itu:

Saya tak kisah PAS menang atau kalah dalam pilihanraya, tapi yg pentingnya kita nak 
sampaikan message kpd pihak-pihak 
berkenaan, yang secara terang-terang menolak islam (dlm kes hudud) dan menghina 
rasulullah (dlm kes Farish Noor), menghina 
ulamak (dlm kes Mufti Selangor  kes Memorandum Ulamak Malaysia) dan menangkap 
pejuang2 Islam yang tak bersalah (dlm 
kes anak MB Kelantan dan rakan-rakan) dan menggadai ketuanan Melayu (dlm kes biasiswa, 
quota dan bahasa inggeris) 
bahawa majority rakyat Melayu yang beragama Islam ini tidak bersetuju dengan tindakan 
mereka. Itu sahaja!

Moga suara hati sahabat saya ini akan sampai jua kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Ada pun punca dan sebab kekalahan PAS dari sudut politik dan strategi akan kita 
analyze kan di lain kali. Apa pun yang berlaku, 
hakikatnya PAS sudah pun kalah dlm p/raya kecil Pendang 2002 ini; moga penat lelah 
kami lillah hi taala semata-mata untuk 
bangun menyatakan yang hak, mencurahkan suara hati kami mewakili majority rakyat 
marhain beragama Islam ini, walau pun 
mungkin tidak dipandang endah oleh mereka-mereka yg berkenaan, tapi kami berharap 
usaha ikhlas kami ini akan diberkati dan 
diberi