Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.

Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.




Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri; Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -HM





--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/29/2013 07:46:00 pm

--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis: http://groups.google.com/group/gudangmedia Blog: http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
  http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
  http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
  http://pendek.in/0xn7
-
--- Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.

Kirim email ke