PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang
masih gagal melaksanakan perintah gaji minimum 2012, kata Timbalan Menteri
Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Katanya kerajaan telah memberi penangguhan pelaksanaan itu kepada majikan
selama setahun bagi memberi mereka masa untuk menstruktur semula operasi.
"Sehingga akhir tahun lepas sebanyak 1,044 majikan memohon penangguhan gaji
minimum terbabit supaya mereka dapat lihat balik struktur perniagaan
mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan
kementerian itu, hari ini.
Menurut beliau, Jabatan Tenaga Kerja akan memantu dan mengambil tindakan
terhadap majikan yang gagal mematuhi perintah gaji minimum swasta iaitu
sebanyak RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah dan
Sarawak.
"Setakat dua minggu pertama tahun ini sahaja sebanyak tiga kes siasatan
disediakan bagi tujuan pendakwaan terhadap majikan di Selangor yang
didapati gagal mematuhi perintah gaji minimum itu," katanya.
Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana
majikan yang disabit kesalahan dalam tindakan pendakwaan akan dikenakan
denda tidak melebihi RM20,000 ataua dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun.
"Adalah diingatkan kepada semua majikan supaya memastikan pelaksanaan gaji
minimum dipatuhi bagi mengelak sebarang tindakan diambil memandangkan
bermula 1 Jan gerakan penguatkuasaan akan diadakan secara intensif dan
menyeluruh di seluruh Malaysia, "katanya.
Katanya semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan
pada 2015. - Bernama
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/16/2014 04:17:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.