PAS rakam tahniah kepada Gabenor Acheh                            
                         
                        
                                       Maslan Yusoh      
         Thu | Feb 08, 07 | 07:29:13 AM                         KOTA BHARU, 8 
Feb (Hrkh) –  Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat 
merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Ir Irwandi yang dilantik sebagai Gebenor 
Wilayah Acheh.

   
“Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), izinkan saya mengucapkan 
setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Yang Terhormat menduduki kerusi 
Gabenor Acheh."

 
 “Jika tidaklah kerana ihsan, sabar dan istiqamah pejuang-pejuang Islam di 
Acheh secara khusus serta berkat doa dan ikhtiar seluruh umat Islam, mungkin 
hal ini tidak akan terjadi,” katanya di sini.

 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kami akan memperlihatkan kepada 
mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka 
sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar. Dan 
apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan 
segala sesuatu?”. - Surah Fushshilat : 53).

 
Baru-baru ini Ir Irwandi dilantik sebagai Gabenor Acheh selepas memenangi 
pilihan raya yang diadakan setelah wilayah itu mendapat kuasa autonomi.

 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan 
pelantikan itu menandakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Islam selaku 
‘Khalifatu Fil Ardhi’ di muka bumi ini.

 
Menurutnya perkembangan itu dianggap sebagai satu dimensi baru politik dunia di 
mana di Amerika Syarikat pun mempunyai Datuk Bandar yang beragama Islam.

 
 “Alhamdulillah. Mari kita terus pikul amanah ini dengan segala kudrat dan 
upaya. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mempermudahkan segala urusan 
kita untuk mengangkat kalimah Allah setinggi-tingginya, InsyaAllah,” ujar 
beliau. 

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke