Kami tetap bersamamu, warga kecil di Ijok!
LanH
Tue | May 08, 07 | 04:37:41 PM Saya bukan kaki
TV. Tetapi pada suatu malam (hari Jumaat, 27 April), selepas balik daripada
solat Isyak di masjid, saya 'terlentang' di sofa, di depan kaca TV. Rancangan
TV yang dibuka anak-anak terlihat oleh saya. Rancangan itu adalah 'Bersamamu'
TV3.
Disebabkan tidak mengikuti daripada awal, tidaklah dapat saya kisahkan paparan
itu secara 'detail'. Apa yang saya lihat, paparan sebuah keluarga miskin,
terlalu daif, kalau tidak silap saya kediaman mereka dekat Batu Gajah, Perak.
Keluarga daif itu ditunjukkan tinggal di rumah usang dekat lombong. Ketua
keluarga berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi nasibnya tetap
macam itu juga. Dia dan keluarganya sudah melakukan macam-macam ikhtiar -
termasuk mencari besi buruk dan barangan terpakai lain.
Lelaki pertengahan usia itu berkata lebih kurang begini: "Saya dah berusaha,
tapi nampaknya apa yang dapat, hanya cukup-cukup untuk makan saja."
Juga dipaparkan keluarga ini pergi menangkap ikan di lombong. Dapat dua ekor
ikan talapia. Ikan dua ekor itu digoreng dengan sisa minyak. Dengan ikan dua
ekor itulah keluarga itu makan malam itu. Hanya nasi dan ikan. Entah berapa
orang terpaksa berkongsi lauk ikan dua ekor itu, saya tidak perasaan tetapi
yang pasti ramai.
Kemudian wartawan TV itu mewawancara wakil rakyat kawasan itu. Seorang wanita.
Dengan selamba dia berkata, dia tidak tahu pun kewujudan keluarga miskin itu.
Syabas saya ucapkan kepada stesen TV berkenaan kerana menyiar dan memaparkan
kisah keluarga TERLALU MISKIN itu pada malam pilihan raya Ijok.
Bayangkan esok penduduk Ijok akan mengundi, TV berkenaan memaparkan bagaimana
ada rakyat tidak cukup makan. Ia membayangkan betapa prihatinnya TV berkenaan
manakala wakil rakyat parti pemerintah tidak buat kerja - cakap saja
berdegar-degar tetapi habuk pun tiada.
Paparan kisah keluarga tidak cukup makan ini membuktikan peruntukan kilat RM36
juta (kata sesetengah orang RM100 juta) di Ijok, tiada nilai satu sen pun. Ini
kerana kalau betul-betul pihak pemerintah hendak membantu rakyat, tentulah
tidak keluar kisah ada keluarga yang tidak cukup makan di negara ini. Dan pada
malam pilihan raya pula.
Kalau RM36 juta dikeluarkan semata-mata untuk kebajikan rakyat, mengapa
dikeluarkan di Ijok pada masa orang di sana sibuk dengan pilihan raya. Itu
tentulah ada udang di sebalik batu. Atau kata muda-mudi sekarang ini 'ada udang
di sebalik mee'. Jika dengan joran, pancing dan cacing, keluarga miskin di Batu
Gajah itu dapat pancing dua ekor ikan talapia untuk 'santapan' mereka, dengan
RM36 juta (atau RM100 juta), pemimpin BN dapat pancing 5,884 undi, membolehkan
'budak bujang' K Parthiban, 38, menjadi wakil rakyat.
Selepas Parthiban menjadi 'YB' apakah kisah 'sekeluarga makan dua ekor talapia'
itu tidak berlaku di Ijok? Mungkin Parthiban akan berperangai sama seperti
wakil rakyat wanita tadi, apabila diajukan soalan mengenai keluarga miskin itu
dia berkata, dia tidak tahu.
Rancangan Bersamamu itu tepat pada masanya. Sungguh hebat propaganda stesen TV
itu memburukkan parti pemerintah. Biasanya pada malam pilihan raya, TV akan
menyiarkan rancangan memburuk-burukkan pembangkang dan memberi liputan meluas
kebaikan dan pencapaian kerajaan.
Tetapi pada malam itu, alangkah bertuahnya melihat dengan mata saya sendiri
stesen TV berkenaan menggambarkan kejelekan wakil rakyat kerajaan dan
kemiskinan rakyat yang memaksa mereka membasuh pakaian menggunakan air lombong,
makan ikan lombong manakala anak-anak keluarga ini tidak berupaya disekolahkan.
TV berkenaan telah membuktikan bahawa sebahagian rakyat masih tersisih, miskin,
terpaksa makan ikan lombong pada ketika pemimpin negara mendabik dada, ekonomi
kita paling hebat, projek pembangunan kita paling menyuruh dan kata mukjizat
'hanya BN yang mampu perintah negara'.
Tetapi sayang, sayang seribu kali sayang, rakyat masih tidak nampak
'kecurangan' parti pemerintah. Mereka, terutama orang Melayu, masih 'tidak
teringin' menghukum parti pemerintah yang lalai daripada membela rakyat. Mereka
tidak nampak pemimpin parti pemerintah melambakkan wang dan janji jika ada
pilihan raya, jika tidak mereka tidak peduli akan nasib rakyat. Jika tidak
masakan ada keluarga besar terpaksa makan malam berlaukkan dua ekor ikan
lombong!
Di Ijok, pengundi Cina dikatakan menghukum BN dengan tidak memberikan undi
sepenuhnya kepada calon komponen parti itu. Undi orang Cina dikatakan banyak
menyebelahi calon KeADILan. Orang Cina sudah bosan dengan karenah wakil rakyat
BN sebelum ini yang mengabaikan kepentingan kaum mereka. Tetapi orang
Melayu...entahlah!
Akhir kata, syabas diucapkan kepada TV3 kerana begitu 'bertanggungjawab' pada
malam pilihan raya. Dan kepada rakyat di kampung dan desa di pedalaman sana,
sekali pun kalian tidak mengundi calon kami, kami tetap bersamamu seperti
dicoretkan seorang pejuang tidak bernama ini.
Aku Menangis Bersamamu, Rakyat Kecil
Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: orang-orang miskin yang terpaksa antri
beras murah berjam lamanya, yang tak punya biaya buat lanjutkan sekolah anaknya
ke kota, yang terisak karena dirampas sawah dan ladangnya, yang semaput digebuk
polisi karena terpaksa maling pupuk di gudang negara, yang ditampar yang
ditinju yang dibanting serta diperkosa hak-haknya sebagai manusia.
"Wahai, Tuhan Yang Maha Kaya, beri kami Cinta!"
Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: karena kalian hanya sanggup meratapi
penindasan yang tak henti menggilas kehidupan tanpa mampu melakukan perlawanan,
karena kalian cuma sanggup mengumpat dan mempertanyakan janji-janji keadilan
dari bilik-bilik kalian yang kumuh sambil terbaring menahan perut yang
kelaparan, karena kalian adalah mahluk kesayangan Tuhan.
"Wahai, Tuhan Pencipta Keadilan, beri kami Kekuatan."
Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: yang kecut yang takut yang geram karena
telah sekian lama dijadikan sapi perahan milik kaum modal dan penguasa,
bangkitlah!, jangan diam saja, sekarang saatnya kita melawan, lawanlah
kemiskinan, lawanlah pembodohan, lawanlah penjajahan yang telah berabad
menginjak-injak nasibmu dengan sepatu lars kekuasaan, bersatulah wahai kaum
yang kalah!, sekarang saatnya mewujudkan segala mimpimu akan keadilan yang
telah sekian lama terpendam di dalam batin yang sakit dan terjajah, maju!,
majulah rakyat kecil yang terhina, bersatulah, tunjukkan kini kuasa dirimu atas
dunia.
"Wahai, Tuhan Penguasa Jagat Raya, beri kami Senjata."
---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from
your Internet provider.