Mendekati tarbiyah sebagai pendamping diri umat Islam
Ustaz Zainuddin Hashim
Tue | May 08, 07 | 01:35:01 PM Tarbiyah
merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup
yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak
pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan maha Pencipta, ia
juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi
memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran
ciptaan manusia.
Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyah kepada beberapa bahagian :
*Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan)
*Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)
*Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)
*Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)
*Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)
*Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)
*Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)
*Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.
Apa yang hendak difokuskan di sini ialah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik
dari sebelum ini, kalau pun sudah baik, ia akan diarah untuk menuju yang lebih
baik, ia satu pendekatan kebaikan yang diterima di sisi Allah dan dinilainya
sebagai benar-benar baik, kerana manusia hari ini, melihat sesuatu yang baik
itu berdasarkan pandangannya semata-mata, kadang-kadang dilihatnya baik, tetapi
bagi Allah ia bukan perkara baik.
Begitulah sebaliknya, kadang-kadang manusia melihatnya tidak baik, tetapi bagi
Allah baik, sebagai contoh, ada seorang yang suka membantu orang lain, tetapi
pada masa yang sama, dia mengingkari perintah Allah sebagai menafikan hukum
hudud dan sebagainya, apakah Islam masih melihat orang seumpama ini sebagai
orang baik, maka perlu kepada satu kayu pengukur untuk meletakkan amalan
seseorang itu diterima di sisi Allah SWT.
Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap muslim :
1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah
serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi
pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan egala larangan-Nya.
2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap susunan
kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.
3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitab agama berunsur nasihat,
bimbingan, kaunseling lebih-lebih lagi yang memperkata masalah hati, penyakit
dan rawatannya.
4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh
membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.
5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang berfaedah
tanpa mensia-siakannya.
6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.
7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh
menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang
makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.
8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.
9-Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik di
sisi Allah atau sebaliknya.
10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama
ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon
keampunan daripada-Nya.
11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada perkara
yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti
amal ibadat kepada Allah SWT.
12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk
berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik
tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua agar mampu melakukan apa
yang disarankan seperti yang tersebut di atas, bagi menghadapi sisa-sisa hidup
dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya, Amin.
---------------------------------
Jumlah dilihat: 343 | Cetak | EmelKomen oleh (2) Pembaca
-->
ingatan kepada pejuang islam
Dihantar oleh nila, on 08-05-2007 17:01
kepada saudara,saudari seperjuangan ambillah dan praktiskan apa yang terkandung
dlam artikel ini..semoga islam sentiasa mekar didalam hati setiap pejuang
islam..ALLAHHUAKBAR!
Amalan ahli PAS & PKR Muslim!
Dihantar oleh Hang Jebat, on 08-05-2007 16:32
Salam,
Saranan dari Ustaz Zainuddin di atas adalah tepat sekali, terutama di kala
musuh kita menggunakan segala kekuatan untuk menumpaskan kita. Sepatutnya, PAS
terus menguatkan barisan pemimpin dan pekerjanya dengan tarbiyyah yang jitu,
bukan hanya semangat yang tumpul ilmu dan hikmahnya. Saya masih inginkan
tarbiyyah cara ikhwan muslimun atau IRC yang jelas megitu mantap dan berkesan
kepada para ahli jemaahnya. Kalau ianya dapat diamalkan dan diterap secara
konsisten dan penuh iltizam, insyaAllah kita akan lebih bertambah kuat dan
dapat melawan musuh2 Allah dengan persiapan yang rapi.
PAS dan PKR wajib bersatu dan bekerjasama dalam banyak hal, terutamanya dalam
bab tarbiyyah. Ahli PKR yang berugama islam seharusnya boleh bersama2 dengan
ahli PAS menjalani usrah dan program tarbiyyah yang lain. Natijahnya akan kita
perolehi beberapa tahun kemudian insyaAllah. Kalau peribadi pekerja/da'i itu
sudah baik, insyaallah kita akan kuat kembali. Tapi kalau peribadi atau
dalamannya kurang, maka ahli2 kita sama sahaja dengan ahli2 UMNO, tiada
bezanya! Macamana Allah nak tolong?
Kepada pimpinan PAS kawasan/cawangan, jalankanlah amanah pimpinan ini dengan
baik kerana sdra2 akan ditanya tentangnya di akhirat kelak!
Allahu AKBAR!!!
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.