Taib Azamudin dilarang berkhutbah walaupun bergelar Imam 1 Masjid Negara  
                                           Roy Rasul      
         Sun | May 06, 07 | 11:53:51 AM                         Ust Taib 
Azamudin bukanlah nama asing bagi umat Islam negara ini. Bekas Imam Besar 
Masjid Negara itu mengejutkan kerajaan BN apabila mengambil keputusan bersara 
awal untuk bertanding dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS di Parlimen 
Baling. Berpengalaman luas sebagai kakitangan kerajaan yang mengkhusus dalam 
bidang dakwah. Bapa kepada enam anak ini menganggap politik punyai seni 
tersendiri. Ikuti wawancara Mohd Sabri Said dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat 
itu.

 

  Latarbelakang Ustaz? 
Saya mempunyai enam orang anak. Anak sulung telah mendapat ijazah di Univesiti 
Al-Azhar, tiga orang lagi tengah buat diploma dan dua orang lagi masih 
diperingkat menengah. Kesemua masih menuntut di Kelantan, Trengganu dan juga 
Alor Setar.

 
 Isteri saya bernama Norlia Abdul berasal dari Balik Pulau. Kami berkahwin pada 
tahun 1979.

 
 Latar belakang pendidikan? 
 Pendidikan awal bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan kemudian bertukar ke 
Sekolah Tunku Putra, Baling dalam aliran Inggeris. Selepas itu ke pengajian 
berasaskan pondok di Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumbuh, Kota Bahru, 
Kelantan.

 
 Setelah mendapat kecemerlangan dalam pelajaran, saya ke Nilam Puri dan 
seterusnya ke Univesiti Al-Azhar.

 
 Kerjaya? 
Kembali ke Malaysia pada tahun 1977 dan berkhidmat di Bahagian Agama, Jabatan 
Perdana Menteri (JPM). Saya bermula di bahagian dakwah selama empat tahun. 
Selepas itu bertukar pula ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan 
kemudiannya Kota Kinabalu mengendalikan Institut dakwah.

 
 Pada 1983-84 kembali semula ke Pusat Islam, Kuala Lumpur  dibahagian 
penyelidikan ekonomi dan sosial.  Kemudian ditukarkan ke Imam 1, Masjid Negara 
pada 1986.

 
Tahun 1989 menyambung pelajaran ke Univesiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang. 
Selepas itu kembali semula ke Masjid Negara 1992 sebagai Iman Besar sehinggalah 
permohonan bersara awal 1999 untuk bertanding pilihan raya umum di Parlimen 
Baling.

 
 Apakah kenangan manis yang tidak boleh dilupakan ketika menjawat Imam Besar 
Masjid Negara?  
Pertukaran ke tujuh tempat sebenarnya membuka ruang bertemu banyak orang dan 
ini secara langsung memberi kelebihan untuk memperbaiki interaksi.

 
Tugasan saya sebenarnya di bawah skim Pegawai Hal Ehwal Islam. Gelarannya pula 
berasaskan kepada mana ditukarkan. Contohnya di Masjid Negara bergelar Imam 1 
kemudian bila dinaikkan pangkat bergelar pula Imam Besar.

 
 Di mana ada antara pertukaran itu melibatkan perancangan  pengtadbiran yang 
begitu mencabar lebih-lebih lagi sebagai  Ketua Penolong Pengarah di Kota 
Kinabalu.

 
 Waktu itu dipertanggungjawabkan terhadap tiga buah Pusat  Latihan Dakwah yang 
diserahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah  pada Kerajaan Persekutuan.

  
 Waktu itu semasa pemerintahan Ketua Menteri, Dato' Haris  Saleh dan Timbalan 
Perdana Menteri, Dato' Musa Hitam. Di sana saya bersama beberapa orang rakan 
menjagai Pusat  Latihan Dakwah di Keningau, Kundasang dan Kudat.

  
 Pengambilannya terdiri daripada peserta saudara baru yang  diberikan kursus 
selama enam bulan.  Mereka dibayar elaun  RM150.00 untuk yang sudah berkeluarga 
manakala yang bujang   RM100 pada waktu itu.

 
 Yang paling tidak boleh dilupakan ialah kenangan manis  ketika bertugas selama 
13 tahun di Masjid Negara berbanding  10 tahun di tempat lain.

 
 Di Masjid Negara saya cuba membawa pendekatan mengembalikan  fungsi masjid 
sebagaimana yang telah disunahkan sebagai 'pusat'  kepada umat Islam.

 
 Sebelum ini pun tugas itu dilakukan tetapi kurang menyerlah  dan bila 
mengambil alih saya terus menyusun dengan pelbagai  aktiviti dari pukul 8.00 
pagi sehingga 10.30 malam setiap  hari.

 
 Antaranya di sebelah pagi kita ada Sekolah Rendah Agama yang  mana seramai 72 
orang murid ketika permulaannya dan sebelum  saya meninggalkan Masjid Negara ia 
berjumlah 500 murid  dengan 15 orang tenaga pengajar.

 
 Pengajian Bahasa Arab juga diadakan di situ mengikut tahap  satu sehingga enam 
untuk dewasa.

 
 Begitu juga Al-Quran di mana bermula tahap satu sehinggalah  tahap enam iaitu 
peringkat lanjutan.  Ia melibatkan tujuh ribu  orang peserta dewasa.

 
 Diperingkat asas ia diseliakan oleh bilal iaitu Ustaz Abu  Bakar Idris 
manakala peringkat menengah ia dikemudian oleh  ketua kumpulan dan lanjutan ia 
diberikan tanggungjawab  kepada mereka yang bergelar 'Hafiz'.

 
 Program mingguan juga ditawarkan untuk membantu jabatan  kerajaan yang lain 
mengadakan kursus peningkatan terhadap  Islam.  Contohnya Bank Rakyat, MAS 
Logistik, Telekom, DBKL, Kastam dan sebagainya.

 
   Di peringkat tahunan kita membantu pengusaha muslim dengan  mengadakan ekspo 
untuk mereka selama dua atau tiga minggu  dengan kerjasama UiTM, Dewan Bahasa 
dan Pustaka, Fama dan  sebagainya.

 
 Kenangan pahit pula bagaimana? 
 Sebagai Imam Besar saya terpaksa berhadapan dengan  individu yang bermasalah 
terutamanya rumah tangga dari  peringkat orang bawahan sehinggalah orang atasan.

  
 Masalah rumah tangga yang 'berprofil tinggi' pun pernah  dikaunselingkan. 
Memandangkan amanah yang diberikan, saya  tidak pernah mendedahkan nama-nama 
siapa yang terlibat.

 
  Yang paling mencabar pernah berlaku ialah kematian seorang  wanita di 
kalangan isteri pemimpin negara di mana dua buah  kereta datang serentak untuk 
menuntut mayat.  Kedua kereta  itu daripada pihak gereja dan Jabatan Agama.

 
 Sebab berlaku begitu kerana si suami tidak berani  bertanggungjawab sama ada 
isterinya Islam atau tidak walaupun  suaminya orang Islam.  Tetapi, oleh kerana 
kita ada rekod  keislamannya maka ia diselesaikan dengan baik.

 
 Satu lagi peristiwa yang tidak boleh dilupakan sampai hari  ini ialah 
peristiwa tidak boleh berkhutbah di Masjid Negara  tanpa sebab.  Ia terjadi 
pada tahu 1989.

 
 Menteri di JPM, Dato' Abdul Hamid Othman sendiri  menyampaikan hasrat tersebut 
dengan lisan.

 
 Walaupun alasan tidak pernah diberikan namun saya yakin ia  berpunca daripada 
teguran dari mimbar berhubung lawatan  penyanyi Tina Turner ke Malaysia serta 
masalah arak yang  berlaku di serata pelosok ibu kota.

 
 Selepas itu saya bertekad ke UPM selama dua tahun dan bila  kembali ke Masjid 
Negara dinaikkan pangkat ke Imam Besar.

 
 Bagaimana membahagikan masa antara politik dan dakwah? 
Sebagai ahli politik ia agak berlainan dengan tugasan kita semasa bekerja. Ini 
kerana, berpolitik ada seni yang tersendiri. Kita memang kena rapat dengan 
rakyat baru golongan akar umbi tahu kemanisan bersama parti yang memperjuangkan 
Islam.

 
 Ustaz membantu kerja rumah? 
 Kerja rumah dilakukan bila lapang sahaja. Isteri saya cukup masak dengan tugas 
yang diamanahkan.

 
 Apa harapan Ustaz terhadap PAS? 
 Saya berharap PAS terus maju dan tidak hanya berada dalam lingkaran tertentu 
sahaja kerana dunia kini berada dalam era global.

 


                
---------------------------------
 All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our SpamGuard 
protect you.

Kirim email ke