Rakyat patut hormati mesej Dr Mahathir kepada Kelantan - Nik Aziz         
                                    Rizal Tahir      
         Wed | May 09, 07 | 02:33:17 PM                         KOTA BHARU, 9 
Mei (Hrkh) -  Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kenyataan 
Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi mesej secara tidak langsung menggambarkan 
rakyat wajar terus memberi sokongan kepada PAS di Kelantan.

   

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, Menteri Besar memberitahunya 
mengenai perkara itu selepas meneliti ucapan Dr Mahathir melalui laporan 
internet yang membayangkan hasrat tersebut.

 
“Sebagai negarawan saranan Tun harus dihormati rakyat kerana ia diluahkan dari 
hati kecil beliau sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

 
Ketika menyampaikan ucapan pada syarahan perdana anjuran Majlis Tindakan Rakyat 
Kelantan (MTRK) di sebuah hotel di sini, Ahad lalu Dr Mahathir menegaskan 
sekiranya Umno tidak menunjukkan kepemimpinan secara serius di Kelantan, ia 
boleh memberi ruang kepada pembangkang (PAS) untuk terus mempertahankan 
kerajaan.

 
 Menurutnya, kalau kita terpaksa hendak tunjuk kepada orang tertentu bahawa 
orang mereka (Umno) tidak pimpin dengan baik, kita perlu tunjuk bahawa kalau 
awak tidak buat betul-betul parti lawan (PAS) akan menang.

 
Syarahan Perdana Tahunan itu bertajuk ‘Cabaran Kepimpinan Melayu Di Era 
Globalisasi: Memperkasakan Bangsa dan Kedaulatan Negara’ yang turut dihadiri 
veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Hussien Ahmad dan Tan Sri 
Abdullah Ahmad.

 
 Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, PAS tiada pesefahaman 
dengan Dr Mahathir dalam apa-apa pendapat berkaitan politik. Oleh itu, 
kenyataan tersebut adalah pandangan peribadinya sendiri.

 
 Beliau juga berharap rakyat mengambil tindakan politik yang bijak berdasar 
kepada saranan seorang bekas Perdana Menteri.

 
 Husam juga membidas kenyataan pemimpin Umno yang mahu mewujudkan pembangkang 
sifar di negara ini.

  
 “Sedangkan kewujudan pembangkang penting bagi menegur kepincangan yang 
dilakukan kerajaan,” ujarnya.

 
Menurutnya juga, pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada mukhtamar yang akan 
diadakan awal Jun ini tetap mengekalkan perpaduan dalam parti kerana ahli-ahli 
telah ditarbiyah dengan Islam.

 
Sebaliknya kata beliau parti lawan terpaksa menangguh pemilihan dalam parti 
kerana mereka tidak mempunyai kekuatan dalaman di mana sering berlaku perebutan 
jawatan utama. - /mj 


                
---------------------------------
 Inbox full of unwanted email? Get leading protection and 1GB storage with All 
New Yahoo! Mail.

Kirim email ke