YA..SOKONG..SOKONG..HARAP PIHAK SWASTA PUN IKUT SAMA..

  ----- Original Message ----- 
  From: syed dahij 
  To: [email protected] 
  Sent: Wednesday, May 09, 2007 10:30 PM
  Subject: [harakahdaily] Muslimat sokong langkah memanjangkan tempoh cuti 
bersalin



  Muslimat sokong langkah memanjangkan tempoh cuti bersalin Roy Rasul 
        Wed | May 09, 07 | 05:21:03 PM  
        KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong 
penuh cadangan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat kepada kerajaan 
supaya cadangan memberi cuti bersalin 84 hari dapat dipercepatkan.



        Bahkan kata, Timbalan Ketuanya, Dr Lo' Lo' Ghazali, sepatutnya cadangan 
itu digenapkan kepada tiga bulan.


        "Perkara yang baik Muslimat sokong biarpun cadangan itu dibawa oleh 
seorang menteri Barisan Nasional (BN) kerana memberi munafaat kepada 
masyarakat. Di sini juga kenapa 84 hari saja dan tidak digenapkan kepada 90 
hari," katanya ketika diminta mengulas cadangan tersebut.


        Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri 
Shahrizat Jalil hari ini dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata, 
kementeriannya akan menghantar semula memorandum cadangan cuti bersalin selama 
84 hari ke kabinet untuk dilulus dan dilaksanakan segera.


        Menurut Dr Lo'Lo' cuti panjang tersebut akan memberi peluang kepada ibu 
yang melahirkan itu pulih dengan baik dan memberi masa yang lama untuk 
menyusukan anaknya.


        Malah katanya ia satu pelaburan yang sangat penting kepada anak dan 
keluarganya.


        "Saya rasa ini adalah satu langkah patut disokong dan sebenarnya ini 
adalah salah satu agenda perjuangan Muslimat malah kita ada beberapa 
perancangan mungkin cuti tersebut dicadang sehingga enam bulan.


        "Biarpun pelaksanaan tersebut tidak mudah dilaksanakan tetapi ia lahir 
dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), maknanya ia boleh dilaksana dengan mendapat 
kerjasama dari Perkeso, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya," 
katanya.


        Malah katanya, cadangan itu dijangka tidak membebankan majikan sama ada 
kerajaan ataupun swasta.


        Apapun katanya, pelaksanaan tiga bulan adalah satu langkah permulaan 
yang baik.


        "Kita harap selepas ini mungkin lebih lama lagi tempoh cutinya lebih 
lama. Ini kerana institusi keluarga semakin rapuh dan jangan dirasakan rugi 
sekiranya para ibu memberi tumpuan lebih kepada anak-anak."


        "Jika institusi keluarga mantap, masalah jenayah, sosial, rasuah dan 
sebagainya dalam masyarakat dapat dikurangkan, kerana ibulah yang pemberi 
pendidikan awal kepada anak," katanya.


        Katanya jangan terlalu mengejar wang ringgit sehingga majikan berasa 
rugi kerana pekerjanya cuti bersalin.


        Oleh kerana itu katanya, tidak timbul kemerosotan prestasi kerja dan 
lain-lain andainya diberi cuti panjang.


        Dalam pada itu katanya, dalam masa yang sama pekerja tidak seharusnya 
bersalin setiap tahun.


        "Dengan pelaksanaan cuti tersebut tidak semestinya ibu itu bersalin 
setiap tahun kerana risikonya bukan saja terhadap pestasinya tetapi juga kepada 
kesihatan ibu dan anak-anak akan terjejas," katanya.


        Sebab itu katanya para ibu seharusnya wujudkan satu keluarga yang 
terancang agar pengurusan dan pembinaan keluarga lebih teratur. - mks.  





------------------------------------------------------------------------------
  New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

   

Kirim email ke