Askm...
Jangan gaduh2...bawak bertenang.... walau apa nama yg nak di beri biarkan lah.... kita ambik yg baik yg tak baik kita tolak.... cuba dgn perbuatan....cuba dgn perkataan... dan kalau dah tak mampu dgn doa/niat...alhamdulillah.... Ini pandangan peribadi.... Nama Islam Hadhari ni...mungkin satu kata jolokan atau kata kiasan utk cara hidup yg hendak di jalankan oleh PM kita pada zaman pemerintahan beliau setelah jadi perdana menteri.....bagi lah apa nama sekali pun kalau betul kita ikut...salah kita cuba betul kan..... Tapi dari apa yg di sebut dan tindakan yg di buat tak sama itu yg menjadi masalah sebenarnya.... Nak melahirkan umat Islam yg betul2 beriman perlu lah dari asasnya....dari sudut permakanan,pergaulan(masyarakat) dan undang2.... Kata nak lahirkan umat Islam yg Hadhari tapi asas pembangunannya tak ada...macam mana nak berjaya.... Dari sudut makanan/barangan harian...benar2 halal kah....makanan/barangan yg kita gunakan seharian....terus terang saya was-was... kalau makan yg was2 lagi haram macam mana....akhlak pun dah tak betul.... Menteri asyik sibuk kata nak jadi pengeksport barangan halal di dunia.... dalam negeri pun tak terjaga....undang2/kuatkuasa utk Islam terlalu lemah... terbatas oleh undang2 dunia....pesalah/undang2 utk halal/haram ni tak di pantau dgn baik.....kalau betul nak jadi negara Islam..asas makanan mesti dipastikan halal haram....kuatkuasa/kawalan yg betul2... baru lah dapat melahirkan umat Islam sempurna..InsyaAllah. Dari sudut pergaulan(masyarakat), terbina ke umat Islam kalau persekitarannya menjijikan....pusat judi,pusat hiburan,arak dll di biarkan bertapak dan tak de penguatkuasaan yg sebenar2nya dari sudut undang2 Islam.....kalau masih guna pakai undang2 dunia...undang2 Islam jadi boneka aje...bagaimana nak jadi Islam Hadhari.... Apa nak jadi kalau asyik pemimpin sibuk mempromosi baju yg mendedah sana-sini...macam tak cukup kain dah....bagaimana nak mendidik org yg di bawah kalau yg di atas...tunjuk teladan yg kurang baik.... Dari sudut undang2....Islam tu kan sendiri meletakkan / mengariskan yang baik buruk, halal haram sebagai landasan....so kalau tak ikut macam mana....... undang2 Islam sekadar nikah kahwin....salah satu...... undang2 Islam di kata zalim...tak sesuai...dan macam2 lagi..... bagi alasan undang2 tak semestinya menjadikan orang tak buat salah... yg penting didikan...ini alasan org yg. tak nak buat.... macam mana nak didik kalau halal haram dah bercampur aduk.... itu aje pandangan saya yg kurang ilmu....tapi yg hak tetap hak... halal haram tu dah tetap....hukum / undang2 Allah kena ikut tak de alasan.....pembangunan kita teruskan....tapi jgn sekali2 membelakangkan Islam.... Jadi sebagai kata rakan kita...sebagai org yg terpelajar.... kita kena lah berfikir guna akal tapi berpandukan asas2 Islam.... dan tidak pula jadi lalang ikut sahaja..... Jangan pula bercakap membabi buta...guna kewarasan..... Sekian terima kasih, jika salah maafkan.... Selamat Hari Raya Korban..... ----- Original Message ----- From: "piza" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[email protected]> Sent: Tuesday, January 18, 2005 12:07 PM Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ISLAM HADHARI DAN NEGARA ISLAM > > > > > ASM sdr, > > minta sdr lebih rasional dan minta sdr lebih menghormati perasaan > sesama islam....jgn berkata-kata tanpa menggunakan akal yg sihat > kerana bila akal anda tidak sihat anda hanya berkata-kata berdasarkan > nafsu yg telah tertipu. > > sila perhatikan semula apa yg sdr tulis itu....bagaimanapun, izinkan > saya memberi pendapat saya supaya berlaku keadilan disini disebabkan > pendapat sdr kita yg terlalu cepat melatah-latah tanpa membaca isi > kandungan buku itu terlebih dahulu. > > Adakah kita harus berpegang kepada kata org tidak tahu dan tidak > pernah membaca buku tersebut sehingga boleh menuduh buku tersebut > dirujuk dengan Christopher Columbus ? walaupun menyatakan sekadar > joke, ia dalah satu penghinaan sebenarnya..lebih-lebih lagi tanpa > usul periksa meletakkan isi kandungan buku tersebut sebagai satu > tipuan dajjal dan sanggup pula mempergunakan nama nabi di > situ.....Sdr, saya pelik sekali, sdr tak baca, tapi sdr tuduh begitu > hebat..Angkara apakah yg telah masuk ke hati sdr sehingga sdr ibarat > org yg hilang akal seperti itu ?.... > > Saya telah membaca buku tersebut, berulang kali. Dan kepada yg ingin > membaca secara online saya harap sdr/sdri boleh ke : > > http://forum.cari.com.my/viewthread.php? > tid=142446&page=1&fpage=1&sid=FSSjfF > > saya harap sdr/sdri bersikap adillah kepada diri sendiri dengan > membaca terlebih dahulu buku tersebut tanpa menuduh tanpa usul > periksa. Kita org terpelajar, buatlah cara terpelajar... > > tetapi malangnya sdr ruzaihan bersikap, berfikir seperti org yg tidak > pernah tahu apa-apa yg dimaksudkan dengan pembangunan islam...kalau > tidak mahu baca buku tulisan ust ashhari tak mengapa, tapi pergi > rujuk pada Prof Dr Syukri Salleh (USM), Prof Madya Dr Fauzi Abd Hamid > (USM), Prof Dr Sidek Baba ( UIA) atau Prof Dr Syed Naquib Al Attas > (ISTAC), sebelum sdr boleh bercakap tentang pembangunan islam. > Sekadar menyebut beberapa nama sahaja... > > saya pastekan sedikit petikan dari buku tersebut yg didaapti dari > kandungan online di atas . > > BAB Pengenalan > > Jangan kita terkeliru dengan istilah > Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya > hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak > membawa apa-apa maksud baru atau maksud- > maksud tambahan kepada istilah Islam > yang sebenarnya. > > PENDAHULUAN > > Semenjak Perdana Menteri menyebut tentang perlaksanaan Islam Hadhari > sedikit masa dahulu, ramai di kalangan rakyat turut menyebut dan > mengulangi istilah yang sama. Baik di kalangan para menteri, timbalan- > timbalan menteri, di kalangan wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai > kerajaan, para ulama, para akademik, pengulas-pengulas di akhbar dan > tidak ketinggalan rakyat biasa dari berbagai-bagai peringkat > masyarakat. > Dalam isu-isu yang lain, orang memperkatakan terus pen-dapat mereka > tentang isu yang menjadi persoalan. Suka tak suka. Pro dan kontra. > Kesan baik dan kesan tidak baiknya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi > dalam isu Islam Hadhari ini, tidak banyak pendapat seperti itu > dibincangkan. Tidak ada pendapat pro dan kontra, suka atau tak suka, > kesan baik atau tidak baiknya. Ini kerana orang belum faham. Orang > masih tertanya-tanya. Orang masih belum pasti apa sebenarnya Islam > Hadhari itu. Oleh itu tidak ada sesiapa yang boleh mem-beri pendapat > atau membuat apa-apa komen. > > Kalau ada pun yang memberi reaksi, hanya setakat menyatakan kefahaman > mereka tentang Islam Hadhari itu. Itu pun kefahaman mereka sahaja, > tidak ada apa-apa yang pasti. Sebab tidak ada tempat rujuk. Islam > Hadhari tidak disebut dalam Al Quran dan tidak disebut dalam hadis. > Ulama-ulama muktabar dahulu pun tidak ada yang menyebutnya. La > istilah baru atau istilah kontemporari. la hanya disebut oleh > beberapa ilmuan mutakhir dan kefahaman ini belum meluas dan belum > diterima umum. > > TAKRIF > > Kita biasa didedahkan kepada istilah Islam Madani yang pernah > dipopularkan satu ketika dulu. Islam Madani juga adalah istilah > kontemporari. Tidak ada dalam Al Quran dan tidak ada dalam hadis. > Namun istilah Madani ini lebih mudah diTahami sebab maksudnya terus > dan direct. Bila dikatakan Islam Madani, maksudnya Islam yang maju > lahir batin. Kalaupun orang tidak boleh bayangkan kemajuan batin atau > rohaninya, sedikit sebanyak orang boleh nampak pembangunan dan > kemajuan lahirnya seperti kereta mewah, gedung yang besar-besar dan > sebagainya. > > Madani adalah dari perkataan madana yang bermaksud kemajuan. Apabila > ditambah 'ya' di hujungnya menjadi madani, maka mengikut kaedah > bahasa Arab, ia menjadi isim nisbah iaitu yang dibangsakan kepada > kemajuan. > > Hadhari adalah dari perkataan hadhara. Kalau hendak diterjemahkan > dari segi bahasa, maknanya hadhir (hadir). Bila ditambah 'ya' di > hujungnya menjadi hadhari, maka maksudnya menjadi isim nisbah iaitu > dibangsakan kepada hadhir. > > Kalau maksud madani itu terus atau direct iaitu kemajuan, maksud > hadhari pula tidak sebegitu direct. Orang tidak dapat kaitkan hadhir > dengan Islam. Apakah itu Islam yang hadhir? Maksudnya kabur. Oleh itu > istilah hadhari ini perlu diterjemah, diulas dan dikupaskan lagi. > > Terjemahan atau kupasan kepada istilah hodhir ini ialah realiti. Jadi > Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti ialah sebenarnya, yang > betul-betul Islam, yang tulen dan pure yang hakiki. laitu Islam > seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan di zaman para-para > Sahabat. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan lahiriah. > > Bila diulas, dibahas dan dikupas, kita dapati hadhari dan madani itu > lebih kurang sama maksudnya. Cuma madani senang difahami dan > maksudnya jelas sedangkan hadhari maksudnya tidak jelas dan ia > bersifat indirect. Yang berbeza hanya istilahnya sahaja kerana ianya > dibawa oleh orang yang berlainan. Maksud, hakikat dan tuntutannya > tetap sama. Islam rtu satu sahaja. laitu seperti yang diajar dan > dibawa oleh Rasulullah SAW. > > Kalau ada Islam yang berbeza dari itu, maka tidak tulenlah Islamnya. > Islam itu satu, dari Tuhan yang satu, berasaskan Al Quran yang satu > dan dibawa oleh Rasul yang satu. Oleh itu ia mesti satu pada bila- > bila masa pun. Kecuali dalam hal-hal furuk yang kita dibenarkan > bermazhab. > > Namakanlah Islam itu madani ataupun hadhari ataupun apa-apa istilah > yang lain, ia tetap Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW, > kerana kalau dikatakan Islam, tidak ada Islam lain selain daripada > itu. Kalau berbeza maka ia dengan sendirinya tertolak. > > Sebenarnya, kalau disebut Islam sahaja pun sudah cukup. Istilah- > istilah dan slogan-slogan yang lain sebenarnya tidak menambah apa-apa > kepada istilah Islam. Yang penting umat Islam mesti memahami betul- > betul Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bukan Islam ikut fahaman > sendiri atau ikut fahaman kelompok-kelompok yang tertentu. Oleh itu > jangan kita terkeliru dengan istilah Madani atau Hadhari. Walaupun > bunyinya hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak mernbawa apa-apa > maksud baru atau maksud-maksud tam-bahan kepada istilah Islam yang > sebenarnya. > > Namun, tidak pula salah untuk menambah istilah lain kepada Islam bagi > meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang asal itu. Sebab > kalau umat Islam dilihat cacat, itu bukan bererti Islam mengajar > umatnya jadi begitu. Itu adalah tanda umat Islam telah tersimpang > dari ajaran Islam yang sebenar. > > > JADI SAYA KIRA KALAU KITA IKHLAS TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PERPADUAN > SESAMA ISLAM, MENGAPA PERLU ADA TUDUH MENUDUH?..... > > Sesuatu yg baik seperti yg diterangkan oleh Ustaz Ashaari itu adalah > menepati kehendak kita sebagai seorg islam. > > > > > > > > > > -------------------------------------------------------------------------- > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". > Yahoo! Groups Links > > > > > > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
