Assalamualaikum.....
Hmm...nampaknya mereka2 yg membalas emel2 dari cik norhapiza ni masih lagi dikritik sebagai mereka yg masih tidak tahu apa itu Islam Hadhari, suka cakap melencong dsb, org melayu berfikiran jumud dan sebagainya.....
Hmm...diri sendiri telah lama diingatkan....
Modul perlaksanaan oleh kerajaan sekarang yg kita mahu lihat dan jadikan contoh...kalau tak, serupalah ibarat ketam mengajar anak berjalan betul
Kami menegur bukan sbb kami kata kami ni perfect sgt......
Tapi sbb konsep ini dibawa untuk pembangunan negara, jadi kami mahu melihat pucuk pimpinan juga mengamalkannya...................
Jauh sekali meriak diri mengatakan diri kami semua ni sudah perfect...prioriti yg saudari listkan itu lebih sesuai ditujukan kepada kelopok besar kepimpinan, berbanding org perseorangan individu seperti kami ini, kerana saya yakin setiap individu di dalam groups ini ada kesedaran dan mementingkan amalan suruhan YANG ESA dalam kehidupan seharian............
Yang paling penting....janganlah anggap sesiapa sahaja yg membantah hujah saudari ni penyokong PAS, walaupun ada sesetengah isu yg dibawakan PAS agak radikal dan memeritkan, namun kdg2 ianya adalah KENYATAAN,......sekian...........
Nor hapiza Mohd Ariffin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
ASM,
saya melihat dari segi titik pertemuan pendapat.
pertama, semua yang sudah membaca dan faham mengenai
maksud islam hadhari, bersetuju bahawa :
a. Islam hadhari merujuk kepada islam yang hakiki,
islam yang betul-betul pure dan islam yg dibawa oleh
rasulullah SAW.
b. zaman mesti mengikut islam dan bukan islam mengikut
zaman. Matlamat mesti sama iaitu menegakkan islam cuma
alat yg digunakan adalah berbeza mengikut di mana
zaman kita berada. Tidak ada kompromi dengan kaedah
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. CARA atau ALAT yg
digunakan mesti betul-betul tidak menyeleweng dari
wahyu Allah SWT dan contoh panduan perlaksanaan yg
ditunjukkan oleh rasulullah SAW.
kedua, persoalannya yang sering menjadi kemusykilan
adalah :
1. Apa bentuk dan strategi perlaksanaan ISLAM HADHARI?
2. Apa kaedah perlaksanaannya?
3. Apa perancangan/modul perlaksanannya?
3. Apa input kepada perlaksanaannya?
4. Apa proses perlaksanaanya?
5. Apa output yang diharapkan dari perlaksanaanya?
6. Apa kayu ukur melihat kejayaan perlaksanaannya?
Kesemua ini masih kurang jelas kepada kita semua. Ini
bermaksud kita masih diperingkat awareness sahaja.
Belum sampai ke peringkat tahu atau faham lagi.
Mungkin dah tahu dan faham maksud islam hadhari tetapi
belum tahu dan faham bagaimana melaksanakannya.
Sebab itu, kita bercakappun melencong ke sana,
melencong ke sini sebab tak tahu yg mana prioriti dan
yg kurang prioriti di dalam perlaksanaan islam
hadhari.
kalau semua dah faham bgmn cara rasulullah SAW
menegakkan islam ke dalam masyarakatnya, perkara ini
tidak jadi kabur.
Rasulullah SAW berdakwah selama 23 tahun. 13 tahun di
MEkah dan 10 tahun di madinah.
Mula-mula perhatikan apa agenda yg dibawa oleh
rasulullah SAW semasa di Mekah?. Ini kita boleh kaji
berdasarkan ayat-ayat makkiyah dan hadis rasulullah
selama 13 tahun itu.
Kita dapati ia adalah berkaitan dengan pemantapan
akidah, ketakwaan dan hal-hal tasauf (akhlak, adab yg
merangkumi akhlak dengan Allah dan akhlak dengan
makhluk Allah)
Jadi utk laksanakan islam hadhari, kita rujuk semula
pokok persoalan di atas tadi, kita lihat
perlaksanaanya dari aspek usuluddinnya dan tasaufnya.
Itulah prioriti kita yg pertama. Awal-awal agama
adalah mengenal Allah. Persoalannya, kenal yg
bagaimana?. Yang merangkumi iman, islam dan ihsan.
Saya yakin semua atr kita melaksanakan bab rukun
islamnya, tetapi bgmn dengan rukun imannya lebih-lebih
lagi rukun ihsannya?. Tak perlu pergi jauhlah. Sifat
20 yg kita pelajari itu, adakah kita faham atau kita
hafal makna sahaja?.
Sebab itu kalau kita benar-benar faham islam hadhari,
kita tidak sempat nak perhatikan kat org lain dah.
Diri kita ni yg lebih penting. Kita perbaiki diri
sendiri dulu, sebab kitapun tak sehadhari manapun.
Sedangkan mati itu bila-bila masa sahaja. tapi sebab
kita semua ini cinta dunia, takut mati, kita lalai dan
lupa apa yg dalam diri kita tetapi asyik jenguk kat
dalam diri org lain sahaja. Bukan maksudnya sampai
lupa fardhu kifayah kepada masyarakat, bangsa dan
negara tetapi KEADILAN meletakkan prioriti itu
penting. Sebab itu Allah SWT selalu mengingatkan bahwa
manusia ini selalu menganiaya dirinya sendiri. Aniaya
kat dirilah sebab tidak berlaku ADIL pada diri
sendiri. ZALIM pada diri sendiri. Kalau dah ZALIM pada
diri sendiri, ada harapan ke kita nak berlaku ADIL
pada org lain?. Diri sendiripun tak boleh kawal, konon
nak kawal, marah kat org lain pula. Tak tahu malu ke
muka kita ini?. Tapi bagi org yg dah terkena penyakit
hati dgn sifat SOMBONG, RIAK, UJUB, TAKBUR memanglah
dia rasa dia dah cukup sempurna. Org lain semua salah,
dia seorg sahaja yg hebat, pandai, kuat, berilmu, alim
dan segala-gala yg baik ada pada dirinya. Tetapi
lupakah kita, segala kebaikan itu datangnya dari Allah
SWT, sepatutnya semakin lama kita semakin tawadhuk,
tetapi semakin lama kita rasa semakin hebat.
KITA RENUNGI FIRMAN ALLAH SWT DI BAWAH INI
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan
Jadinya, pandai-pandailah letak PRIORITI di dalam
melaksanakan islam hadhari. Tak salah concern mengenai
fardhu kifayah kepada masyarakat dan menasihati
pemimpin, malah itu sangat WAJAR. cuma proriti itu
perlu ADIL.
ada emel yg saya dapat awal=awal lagi dah macam putus
asa...kemajuan material bolehlah, kemajuan insan
camana mereka tanya?. kita ni cam dah zaman jahiliyah
mereka kata. Malah ada yg jadi seperti manusia
berwatak haiwan.
inilah situasi yag Allah SWT telah peringatkan kepada
kita dalam firman Allah SWT maksudnya,
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah
diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada
mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan,
sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria
dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka,
Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala
bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus
asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
jadi kalau dah faham begitu, maksudnya kita mulakan
PENGISIAN ISLAM HADHARI dengan meluruskan WATAK-WATAK
MANUSIA ini supaya dapat dimanusiakan semula. Kita
kenalkan manusia dengan Tuhan. Kita pupuk balik
hati-hati kita kepada mengenal Allah SWT. Muga-muga
dengan itu, Allah kasih dan kasihan kita yg dah
terlalu lama melupakan PERINGATANNYA. Muga-muga Allah
kembalikan kita kemanisan iman dan takwa dan
KEBERKATAN kepada negara kita. Allah swt hanya
berjanji utk membantu org islam yg berTAKWA bukan
setakat org islam sahaja.
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak
berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan
dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa,
Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia
tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan
untuk memberikan kamu barang yang lebih baik
daripadanya).
dan apabila kita semua berusaha utk menjadi org islam
yg bertakwa, akan tibalah pertolongan Allah, kerana
Allah SWT sudah berjanji dalam firmanNya :
Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama
Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira
serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan
dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa
berlakunya) dan sampaikanlah berita yang
menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku)
kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan
sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan
memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan
(ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Melihat.
wallahu alam.
sekadar pandangan dari saya hambaAllah yg daif.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
