ASM,
saya melihat dari segi titik pertemuan pendapat. pertama, semua yang sudah membaca dan faham mengenai maksud islam hadhari, bersetuju bahawa : a. Islam hadhari merujuk kepada islam yang hakiki, islam yang betul-betul pure dan islam yg dibawa oleh rasulullah SAW. b. zaman mesti mengikut islam dan bukan islam mengikut zaman. Matlamat mesti sama iaitu menegakkan islam cuma alat yg digunakan adalah berbeza mengikut di mana zaman kita berada. Tidak ada kompromi dengan kaedah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. CARA atau ALAT yg digunakan mesti betul-betul tidak menyeleweng dari wahyu Allah SWT dan contoh panduan perlaksanaan yg ditunjukkan oleh rasulullah SAW. kedua, persoalannya yang sering menjadi kemusykilan adalah : 1. Apa bentuk dan strategi perlaksanaan ISLAM HADHARI? 2. Apa kaedah perlaksanaannya? 3. Apa perancangan/modul perlaksanannya? 3. Apa input kepada perlaksanaannya? 4. Apa proses perlaksanaanya? 5. Apa output yang diharapkan dari perlaksanaanya? 6. Apa kayu ukur melihat kejayaan perlaksanaannya? Kesemua ini masih kurang jelas kepada kita semua. Ini bermaksud kita masih diperingkat awareness sahaja. Belum sampai ke peringkat tahu atau faham lagi. Mungkin dah tahu dan faham maksud islam hadhari tetapi belum tahu dan faham bagaimana melaksanakannya. Sebab itu, kita bercakappun melencong ke sana, melencong ke sini sebab tak tahu yg mana prioriti dan yg kurang prioriti di dalam perlaksanaan islam hadhari. kalau semua dah faham bgmn cara rasulullah SAW menegakkan islam ke dalam masyarakatnya, perkara ini tidak jadi kabur. Rasulullah SAW berdakwah selama 23 tahun. 13 tahun di MEkah dan 10 tahun di madinah. Mula-mula perhatikan apa agenda yg dibawa oleh rasulullah SAW semasa di Mekah?. Ini kita boleh kaji berdasarkan ayat-ayat makkiyah dan hadis rasulullah selama 13 tahun itu. Kita dapati ia adalah berkaitan dengan pemantapan akidah, ketakwaan dan hal-hal tasauf (akhlak, adab yg merangkumi akhlak dengan Allah dan akhlak dengan makhluk Allah) Jadi utk laksanakan islam hadhari, kita rujuk semula pokok persoalan di atas tadi, kita lihat perlaksanaanya dari aspek usuluddinnya dan tasaufnya. Itulah prioriti kita yg pertama. Awal-awal agama adalah mengenal Allah. Persoalannya, kenal yg bagaimana?. Yang merangkumi iman, islam dan ihsan. Saya yakin semua atr kita melaksanakan bab rukun islamnya, tetapi bgmn dengan rukun imannya lebih-lebih lagi rukun ihsannya?. Tak perlu pergi jauhlah. Sifat 20 yg kita pelajari itu, adakah kita faham atau kita hafal makna sahaja?. Sebab itu kalau kita benar-benar faham islam hadhari, kita tidak sempat nak perhatikan kat org lain dah. Diri kita ni yg lebih penting. Kita perbaiki diri sendiri dulu, sebab kitapun tak sehadhari manapun. Sedangkan mati itu bila-bila masa sahaja. tapi sebab kita semua ini cinta dunia, takut mati, kita lalai dan lupa apa yg dalam diri kita tetapi asyik jenguk kat dalam diri org lain sahaja. Bukan maksudnya sampai lupa fardhu kifayah kepada masyarakat, bangsa dan negara tetapi KEADILAN meletakkan prioriti itu penting. Sebab itu Allah SWT selalu mengingatkan bahwa manusia ini selalu menganiaya dirinya sendiri. Aniaya kat dirilah sebab tidak berlaku ADIL pada diri sendiri. ZALIM pada diri sendiri. Kalau dah ZALIM pada diri sendiri, ada harapan ke kita nak berlaku ADIL pada org lain?. Diri sendiripun tak boleh kawal, konon nak kawal, marah kat org lain pula. Tak tahu malu ke muka kita ini?. Tapi bagi org yg dah terkena penyakit hati dgn sifat SOMBONG, RIAK, UJUB, TAKBUR memanglah dia rasa dia dah cukup sempurna. Org lain semua salah, dia seorg sahaja yg hebat, pandai, kuat, berilmu, alim dan segala-gala yg baik ada pada dirinya. Tetapi lupakah kita, segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT, sepatutnya semakin lama kita semakin tawadhuk, tetapi semakin lama kita rasa semakin hebat. KITA RENUNGI FIRMAN ALLAH SWT DI BAWAH INI Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Jadinya, pandai-pandailah letak PRIORITI di dalam melaksanakan islam hadhari. Tak salah concern mengenai fardhu kifayah kepada masyarakat dan menasihati pemimpin, malah itu sangat WAJAR. cuma proriti itu perlu ADIL. ada emel yg saya dapat awal=awal lagi dah macam putus asa...kemajuan material bolehlah, kemajuan insan camana mereka tanya?. kita ni cam dah zaman jahiliyah mereka kata. Malah ada yg jadi seperti manusia berwatak haiwan. inilah situasi yag Allah SWT telah peringatkan kepada kita dalam firman Allah SWT maksudnya, Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). jadi kalau dah faham begitu, maksudnya kita mulakan PENGISIAN ISLAM HADHARI dengan meluruskan WATAK-WATAK MANUSIA ini supaya dapat dimanusiakan semula. Kita kenalkan manusia dengan Tuhan. Kita pupuk balik hati-hati kita kepada mengenal Allah SWT. Muga-muga dengan itu, Allah kasih dan kasihan kita yg dah terlalu lama melupakan PERINGATANNYA. Muga-muga Allah kembalikan kita kemanisan iman dan takwa dan KEBERKATAN kepada negara kita. Allah swt hanya berjanji utk membantu org islam yg berTAKWA bukan setakat org islam sahaja. (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). dan apabila kita semua berusaha utk menjadi org islam yg bertakwa, akan tibalah pertolongan Allah, kerana Allah SWT sudah berjanji dalam firmanNya : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. wallahu alam. sekadar pandangan dari saya hambaAllah yg daif. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/O2aXmA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
